Showing posts with label Masakan kampung. Show all posts
Showing posts with label Masakan kampung. Show all posts

Sunday, June 24, 2012

Ikan Bakar Bubu

Last weekend pergi jalan2 ke Shah Alam. To be honest, seriously tak berapa mahir selok belok shah alam. masuk bandar shah alam pun jarang. hehehe tup2 last week berjaya jugak sampai, siap berjaya shopping lagi. dah alang2 sampai sana, terus la cari2 makan sedap sekali. hehehhe :D

Since pergi tu masa lunchtime, so lepas shopping, terus lunch. ternampak restoran Bubu Ikan Bakar ni. nampak impressive. my dad pulak mcm tak berapa nak makan Wong Solo sebab baru je diorg makan kat situ. so terus decide lunch at Bubu jer..

Bubu Ikan Bakar ni terletak di Seksyen 7 Shah Alam, betul2 berhadapan dengan UiTM shah alam.

Memula singgah tu ingatkan restoran ni serve nasi campur. tapi rupanya kena order lauk pauk - semuanya di masak fresh upon order. Ikan bakar pulak boleh pilih, then diorg bakarkan. Pilihan ikan tak banyak sangat, antara ikan yg ada - tilapia, keli, pari, siakap dan kembung. Sotong ,kerang dgn udang pun ada jugak. semuanya menu utk bakar shj.

on that day kitorg amik ayam panggang ni. dia bg sekali kuah percik. rasa dia ok jugak, cuma kuah percik tu agak cair dan rasa dia sebijik macam rasa sate. hehehe kalau tak silap RM8 per serving.

kitorg order jugak ikan tilapia bakar ni. gravy dia not bad lar, tp nak kata sedap giler tu tak jugak. boleh layan lar.. 

ikan keli bakar. diorg bakar ikan2 ni semua ok jugak - tak terlalu hangus, just nice jer. cuma mungkin boleh rasa gravy tu diimprove kan lagi  utk lebih mantap. :) harga ikan2 ni semua bergantung kpd timbangan ikan.

kuah kitorg amik masak lemak cili api pucuk paku ni. fail! kuahnya cair dan pucuk paku tak banyak. selection utk kuah tak banyak, boleh pilih either asam pedas, masak lemak or tomyam shj. RM4.50 semangkuk.

  
hubby order budu yg harga RM1. bila diorg serve, budu hanya semangkuk kecik je, tp diberi sekali dgn condiments yg lain - sambal kicap dan sambal cili. rasa dia biasa2 jer. nothing special. too pricey .

Total expenses that day was RM50 utk lauk pauk diatas, termasuk seekor lagi ikan tilapia bakar yg ditapau, air jus tembikai 2 gelas, teh o ais segelas dan limau ais segelas. not bad, reasonable la kot?

Address:
Seksyen 7 Shah Alam (belakang Jakel)
GPS coordinate:
 Latitude:  3° 4’6.81″N;
Longitude: 101°29’25.63″E

Monday, June 11, 2012

Ayam Kampung Salai Batang Bonar

Tempat yang selalu duk ulang alik skrgni ialah ke Nilai-Pajam. almaklumler ada 'tarikan terbaru' kat situ. ;-) the very first day pergi ke area sana, terus terjumpa kedai makan yg sedap nih. masa memula ternampak gerai ni, memang dah tertarik. out of nowhere, tetiba kereta berderet2 penuh kat tmpt parking (parking lot dia besar).

asap berkepul2, dgn ayam itik tergantung lagi.. terus, hasben u-turn kereta dan berenti. dan terus ter-suka! at least ada another 'tarikan' selain tarikan yg satu lagi tuh.. :)

gerai kampung biasa ajer. ada banyak gerai, dlm 4-5buah camtuh. febret ialah gerai ayam kampung ni, dgn gerai masak lemak cili api kat sebelah dia. (sila click gambar utk check harga food yg murah2 ni!)


 even kerusi meja pun DIY punya je. kerusi kayu. tp cukup santai dan autentik! :)

surprisingly, orang memang ramai!! taktau dr mana datang nya org2 ni semua.. ehehehe

specialty utk gerai No.4. ayam, itik, keli, daging salai/bakar. memang terbaikk!! dgn asap berkepul2, bau semerbak. memang menambat selera makan betul! 

even tempat bakar ayam itik tu pun DIY. mmg suasana kampung yg asli!

and then kat gerai sebelah dia, ada jual masakan negori asli. masak lemak cili api daging salai, masak lemak cili api  pucuk paku, asam pedas dan masak tempoyak.  semua dimasak dlm periuk besar. 

sambal tumis udang petai, ulam2 pun ada.. yummieh!

so lauk kegemaran kalau singgah ke sini, ialah ...

ayam kampung panggang. sedap dan murah giler! RM8 utk half chicken! kat KL rm6-7 utk paha seketul saja! ayam ni di serve dgn pencicah. atau boleh jugak request nasi ayam utk makan dgn ayam ni..

ikan keli bakar pon menjadi pojaan hati. tak sempat amik gambar, tetiba je dah abis kena ngap dulu! hehehe murah jugak, RM2 seekor ikan keli tu!! 

biasanya kitorg makan dengan nasi putih. dan amik lauk masak lemak cili api dr gerai sebelah..

masak lemak cili api daging salai dan pucuk paku. the best! pedas , tapi memang kick! memang masakan negori asli lah! makan pulak dgn ulam2. harga masak lemak cili api ni semangkuk dgn sepinggan ulam ialah RM11.

pernah jugak try ikan jenahak masak tempoyak. sedap jugak!! pendek kata, so far semua food tak mengecewakan lagi laa..

makan di tengah2 panas  dan masakan pedas pulak tu, memang sedap sekali kalau minum air tebu. the best air tebu. memang diorg mesin kat situ jugak. RM1 je segelas!! even kalau apa2 air pun (even air bersusu sekalipun) harga dia RM1 jer!!!! gilerr murah!!!!! :D

Highly recommended kalau u all kebetulan lalu kawasan tu. dalam 100m dr exit Pajam/Nilai LEKAS Hiway (keluar dr Hiway, dekat traffic light ke kiri, akan nampak asap berkepul2 dr gerai2 tu), dan dlm 300m dr Stesen Komuter Batang Benar.

Sedap dan murah!!!


p.s: ada gerai yg jual kuih pau yg dibuat drp tepung wholemeal. kaler dia lain sket dr kuih pau normal, cuma tak pernah try lagi. next time maybe! tu pon kalau tak kenyang sangat melantak masak lemak cili api dgn ayam/itik kampung bakar ni semua!! ;-p




Saturday, December 31, 2011

Masakan kampung di Restoran Rose Sari, Bdr Tun Hussein Onn

Kalau lunchtime, restoran paling sedap dengan pelbagai masakan kampung di area umah saya ialah Restoran Rose Sari, terletak di Suadamai Bdr Tun Hussin Onn. memang sedap dan terbaik utk lunch, sbb banyaakkk pilihan lauk pauk yg ada. dari gulai kawah, masak lemak cili api yg pelbagai (paling koman ada 5-6 jenis masak lemak), ulam-ulaman, ayam kampung goreng, ikan bakar hingga lah ke pelbagai jenis pengat (ada dekat 5-6 jenis pengat)

masak lemak siput sedut, pucuk ubi, ketam, ikan sembilang, rebung, nangka dll. sedap giler!
lauk pauk lain pon banyak. ada dekat 30 jenis kot? atau lebih! kalau g sini, mmg akan duk pusing2 lama tatau nak amik lauk mana satu! hehehe

biasanya ni lauk febret kitorg. ikan bakar, lala masak pedas dgn nasik campur. heaven.

puashati sebab dapat makan masak lemak pucuk paku + gulai nangka. almaklumler nak masak sendiri tak pandai dan malas! hahaha lala dia pun sedap! ikan bakar not bad, banyak choice, biasanya ada ikan keli, tilapia, terubuk dan pari. paling suka amik ikan keli bakar. dia punya air asam ok lar, tp lagi suka cicah sambal ikan bakar tu. lagi kick!

pricewise, not bad. cuma kitorg lagi suka kalau makan kat sana terus je. bukan apa, kalau lauk pauk utk 2 org makan mcm kat atas tu dgn air teh o ais 2 gelas hanyalah dlm RM21. kira murah la kan.. tp kalau bungkus/tapau, jaaaauuuhhh lagi mahal! just imagine hubby pernah kena RM19 utk satu polisterin nasik jer! bukannya amik lauk mahal pun, just ayam seketul dgn seekor ikan keli bakar jer!! rasanya mebi sbb org yg kira kat kaunter charge dgn harga yg lebih mahal compared to org yg kira kat meja makan. thats why kitorg suka lepak2 makan kat restoran je, eventho jarak rumah ke restoran ni less than 3km! tak kisahla org ckp bini pemalas nk basuh pinggan ke hape, yg penting, jimat beb!! hahaha :p


THE VERDICT:

Food: delicious kampung food.
Cleanliness: Clean, restraurant is air conditioned.
Value for money: Yes (if dine-in), No (for takeaways).
Return again: Definitely.

p.s: my next entry will be in the new year! haha