Sunday, October 14, 2012

Goreng Pisang Mawar

2 minggu lepas kami buat road trip ke Johor. sesaja berjalan sebab dah boring jalan2 kat kl. lagipun saja nk jenguk Johor Premium Outlet.. org lain dah hilang excitement ke JPO, tp kitorg baru nak merasa. hehehehe :p so alang2 dah ke JPO, terus lajak ke JB utk jalan2 cari makan sambil makan angin. almaklumler tuan empunya blog baru sekali pegi JB seumur hidup ni, hasben pulak dulu pernah kerja JB dlm 2-3 thn. so mcm excited lebih jugaklar berjalan kalini. hehehehe :)

spt biasa sure akan buat homework dulu sblm berjalan.. google punya google, berjaya jugakla jumpa a few places yg diorg cakap wajib singgah makan kalau ke JB. antaranya ialah goreng pisang Mawar ni. hasben duk beriya2 ajak makan goreng pisang, dah kebetulan dekat dgn hotel kitorg sempatla pekena goreng pisang ni utk 2 hari berturut2. hehhehehe

goreng pisang yg femes tu dia jual kat sini - Galeri Mawar. pic ni amik dr google je sbb terlupa nk snap pic, duk eksaited nk makan gorpis. :)

tempat bungkus goreng pisang. 

konsep dia, kena tempah dulu goreng pisang nk berapa ringgit, then cik adik ni akan tulis dlm buku dia. bila sampai giliran kita (ikut turn dlm buku tu) baru boleh dapat.. 

kalau taknak tapau, boleh makan kat situ jer. tapi orang ramai, selalunya kerusi full!!

pemakan goreng pisang 1

  
pemakan goreng pisang 2 
(pisang bertandan2 tergantung utk stok dan jugak sbg hiasan)

pemakan goreng pisang 3

pemakan goreng pisang 4. 
orang yg berdiri dihujung pic ni ialah org tgh beratur utk tapau beli goreng pisang.

selain goreng pisang, diorg ada jual jugak tauhu bakar, nasi lemak bungkus dan jugak kuih2. tp main business ialah goreng pisang dan goreng keledek.

goreng pisang yg menjadi pojaan. RM3 sepinggan nih.

  
makan pulak dgn sambal kicap. sedapppp!!! kalau compare dgn goreng pisang lain, rasanya kat kl memang tiasa tandingan. kalau kat ganu/kb ada la gerai yg maybe boleh menandingi goreng pisang mawar ni. cuma sambal kicap tu memang takdela kalo kat KT/KB. 

tambah best, eventho sejuk (kalau bawak balik umah tapau), tp goreng pisang ni still crunchy.. terbaek! kitorg overload makan goreng pisang masa duk sana, dlm masa 2 hari pekena dkt rm11 utk goreng pisang. dahla makan berdua je pulak tuh!! heheheheheh :p


Location: Mawar Gallery, di sebelah Thistle Hotel JB.
Opening hours: 12pm-6pm, Ahad tutup.


 

No comments: