Saturday, October 25, 2014

Burger Shack, KLCC


KLCC adalah tempat melepak favourite kami. Sebulan mau 2-3 kali ke sana, especially kalau weekend.. �� 

First time kitorg try makan burger shack beberapa minggu lepas.. Selalunya kalau ke klcc akan makan di chilis,little penang atau nasi ayam kat foodcourt. Yg menarik perhatian utk kitorg try Burger Shack sebab org senantiasa ramai! Setiap kali lalu foodcourt mesti nampak q yg panjang kat gerai ni. Gambar burger2 dia pulak nampak sgt marveles.. So haruslah try kan.. Hehehe ��


Gerai warna merah kat hujung sekali- di laluan utama utk naik turun escalator di foodcourt klcc. 

Gambar burger dan hotdogs yg lazat.. 


Proses penyediaan.. 

Konsep dia- queue for order,pastu byr. Then tunggu tepi/queue kat tepi utk amik food. 


Kitorg beli take away jer. Amik lamb burger. Lazat weihhh!! Harga dia slightly expensive than Mc D's but wayyy cheaper than Chili's. Kalau tak silap utk lamb burger ni dlm rm15 lebih kurang. Rasa dia seakan2 chilis- daging burger tebal dan juicy, ada pickles, tomato dan salad. Sedap!! 

Memang akan return utk try burger2 lain pulak lepasni.. Rasa yg lain dr burger2 fastfood yg biasa kita makan.. Yummm yummm!!

Location: Burger Shack, KLCC foodcourt   (Foodcourt yg bwh cinema tu) 



Sunday, June 8, 2014

Mikey's Pizza, Bangsar


Pagi tadi hubby mention dia ada terbaca pasal restoran pizza baru di bangsar. Katanya review restoran tu bagus dan chef pizza tu adalah chef yg tersohor di New York. So tanpa berlengah,terus kitorg ke Bangsar utk cari dan try.. 

Location restoran ni terletak di Jalan Telawi 2, Bangsar.. Berhampiran dgn Bangsar Village. Just opposite Shawn Cutlier. Senang je nak cari,cuma parking yg agak susah sikit, esp peak hours. Restoran ni berkonsepkan pizza joint, dan time saya sampai memang full house.. So kitorg decide utk bungkus aje.. 

 
Deco simple tp sangat cosy. Restoran ni Penuh dgn foreigners..

 
Konsep restoran ni: dptkan meja,then kena self service order kat kaunter. Semua transaction cash only (maybe sbb restoran ni baru lagi kot so belum ada kemudahan card). Bila dah order,diorg akan bg plate/signage yg ala2 signage jalan tu utk kita bawa ke meja. Then diorg akan hntar food ke meja kita-berpandukan signage yg diberi.

Semua pizza adalah new york crust,dan claim to be the most authentic/original new york pizza in KL.. Diorg duk prepare pizza kat belakang kaunter je,even chef (mat saleh) pun ada duk monitor anak buah dia tebar pizza.. 


Saya take away 4 slices of pizza. Dia punya packaging pun menarik- pack is per slice,so rasa pizza tu tak bercampur. Dan slice pizza tu besar.. Double the size pizza large kat Pizza Hut kot.. 


This is New York Classic pizza. Sedap dan simple. Plain pizza (ala2 margharita pizza) which reminds us of pizzas we had in Rome/Venice. dan crust dia memang terbaik! Not too thin, but not too thick. Just nice ajer.. RM9.40 per slice.

This is Tony Soprano Pizza. Sedap gila,toppings dia mmg terbaik- all toppings are in this pizza. Our favourite! Harga quite pricey dlm RM 15.88+ per slice. 

BBQ chicken pizza ni sedap dan rasa dia agak berbeza sbb diorg letak sos thousand island,menjadikan rasa bbq chcken tu unik. RM 10.88+ per slice

Meatball pizza ni pun sedap. Meatball dia kecik2 dan chewy. Terasa daging dia. RM 10.88+ per slice.

All in all, highly recommended dan sgt sedap. All pizzas are freshly made with unique topping flavours,complete with fresh herbs and cheese. They also serve side dishes such as waffles and fries. Tapi sebab tak try so takboleh nk bg review. 


We will return!!

Gulai ikan patin Pak Usop, Temerloh

Kitorg buat roadtrip jelajah Pahang semalam. The highlight of the trip was Temerloh and Kuala Rompin. Dari KL ke temerloh via karak hiway,bertolak pukul 9, sampai sana dlm kul 11.30 (sikit jem kat hiway sbb cuti sekolah).. 

Sampai je temerloh, terus kami terjah gerai Pak Usop ni. Sebab nk try pekena gulai tempoyak ikan patin. 


Utk cari gerai makan ni mudah je, terletak berdekatan dgn hentian bas Temerloh,exactly menghadap sungai pahang. Kalau ada gps,just cari je dlm gps mmg dah tersedia ada dlm gps. ��

Nasib kami baik sbb sampai awal pukul 11.30. Plan asal nk makan sikit pastu tapau utk dinner,tp diorg hanya jual utk dine-in shj. Sebabnya satu periuk besar gulai ikan patin ni dah sold out!! Yes,sold out at 11.30am!! �� utk dine-in pun tak banyak yg ada,tinggal part ekor je dlm 4ketul.. So kira mmg betul2 bernasib baik sbb at least dpt jugak merasa.. Hehehe

Kitorg amik nasi putih n sayur makan dgn gulai tempoyak ikan patin ni.


Air teh o kosong tu mmg complimentary,dah tersedia atas meja..

Close up.. Dan the verdict? Memang terbaik rasa dia!! Cukup lengkap dgn rasa masam-pedas-tempoyak-dan rasa ikan yg fresh. Isi ikan pulak memang properly cooked dan tender,relai2 gitu isi dia menjadikan kuah  pekat dgn isi ikan... Yummy gila!! 

And the best part: murah sangat!! Ekor ikan patin yg besar dgn 2pinggn nasi with ulams/sayur dan 3gelas air (hehehe,pedas dan panas pnya psl), just cost us rm19.00!!! 

Will definitely return!! ��

Sunday, May 5, 2013

Aroma Ikan Bakar, Jeram

Last time masa ke Kuala Selangor sempat singgah Jeram utk makan ikan bakar for dinner. First time ke sana, pergi pun sbb SIL bwk kan. kitorg ke sana awal, dlm kul 5.30 dah smpai. i was told kalau lambat, selalunya full kat sini..

 restoran ni besarrrr, terletak betul2 ditepi pantai Jeram

  
siap ada tempat makan tepi pantai lagi


kalau nak makan kat pondok2 ni, kena sewa. kalau tak silap RM20 utk pondok yg betul2 tepi laut, tp kena makan secara bersila. kalau pondok yg  jauh sikit dr pantai, RM10.

nice view. kebetulan air surut lak. tp sempatla tengok sunset sambil dinner. :)

tapi kitorg makan kat meja biasa jer. biasala sbb nak FOC. hahahaha :p tempat makan pon luas, siap lengkap dgn surau lagi. selesa la nak makan..

haritu kitorg makan open table.. main amik je apa yg nak makan... eheheheh :p

kerang bakar as starter. 
 ketam bercili

buttered prawns

  
udang celup tepung

  
dan semestinya ikan bakar harus ada! sedappp!

 
2 ekor okeh! hahhahaa

  
tudiaaaa! banyak gilos utk 4 adults and 2kids makan je nih. kekekek :p

  
kitorg makan ni semua dgn nasik goreng
makan sampai lebam. tak pandang kiri kanan dah, sebab sedap! :D


berbaloi gak. sedap lak tuh. suasana makan pon selesa. pricewise, fair lah. kira fair la dgn suasana dan seafood yg fresh. recommended mencuba! tp make sure kena sampai awal la,kalau tak org ramai.. takpon blh buat tempahan meja dulu..

Alamat : Aroma Ikan Bakar, 
Jalan Jati off Jalan Pantai Jeram, 
Pantai Jeram, 45800 Jeram, Selangor
Tel : 017 – 3163117 (En. Naim) atau 019 – 2084452 (Pn. Hazura)

GPS coordinates:
N3° 13' 33.45"
E101° 18' 19.61"


Friday, May 3, 2013

Pulut mangga di Mango Tango, Bangkok

nak sambung tayang gambar2 makanan sedap di kota Bangkok. dah lama kitorg pergi, tp sampai sekarang still duk teringat2 lagi kesedapannya. :) kalau ke bangkok haruslah pekena mango with sticky rice dia. atau dlm bahasa melayu pulut mangga. kalau kat sini kitorg tak berapa gemar sgt pulut mangga, tp kat bangkok punya mmg sedap giler.

disebabkan kitorg 'segan' geli nak makan/beli food kat kakilima sbb kebersihannya tak berapa memberangsangkan (pernah nampak ada org asah pisau dan potong buah utk buat rojak buah kat atas jalan raya jer!! euwww!!), so utk rasa pulut mangga ni kitorg sanggup buat extra effort menapak jauh dan google lagi utk cari Mango Tango ni.

Mango Tango ni adalah kedai franchise yg menjual makanan/minuman yg berasaskan mangga ajer.airconditioned, dan selalu full house! mostly tourists la kebanyakkannya.

sebab full, terpaksa menunggu seat kat luar kedai (diorg dah prepare stools siap2 utk org menunggu).
lama sangat menunggu + penat seharian berjalan, so kami decide nak tapau ajer makan kat hotel! :)
impressive, bukan? bekas plastik cantik giler, siap kitorg bwk balik ke kl lagi. hehehe diorg asingkan siap2 1 pack utk buah mangga, satu pack lagi utk pulut. kuah santan diletakkan dlm paket kecil berasingan.

balik hotel, terus masukkan dlm fridge.
 lepas dinner dan refresh ourselves baru teringat nk makan....

yummmmyyyyyy!!! the best ever pulut mangga!! 
mangga dia banyak, manis dan lembut. santan tak terlalu pekat, tak terlalu cair. pulut tak melekit (relai2) dan manis - even tanpa santan/mangga pon kitorg boleh habiskan makan camtu jer.. dan combination keseluruhan mangga-santan-pulut ditambah pulak dgn sejuk menjadikan ia tersangat refreshing dan sodapppp!! (salivating while typing this.. lol!)


interested? going to bangkok soon?
checkout their website here : http://www.mymangotango.com/
(kitorg pergi yg cawangan di Siam Sq Soi 5 - depan novotel hotel)
mmg wajib singgah okeh!! 
dan kalau boleh tolong tapau bawak balik kl bagitaula, i nk kirim!!! hehehe :p

Wednesday, May 1, 2013

Coconut icecream

Found this in Chatuchak market, bangkok. 
yummieh and refreshing!!



  
 the stall
 
the toppings varies between stalls, depends on their creativity. 

a must try if u happen to be in bangkok.


Monday, April 22, 2013

Udang Mak Ngah Kuala Rompin

Udang Mak Ngah Kuala Rompin : Tempat utk menaikkan tahap kolesterol anda dgn berbaloi2, merangkap tempat makan udang galah yg paling sedap,fresh dan murah.

malas nak cerita panjang, let all photos do the talking. :)

udang galah gred A masak lemak. 

besar, fresh dan sedap. sebesar tapak tangan manusia dewasa. :)

udang galah gred A masak sambal. masakan sambal dia fair ajer, tapi udang memang tahap meletop!!

yg terbaek adalah udang goreng kunyit.. (waaa siap ada effect kabur2 berkabus gitu!hahaha)

the best of udang galah. kitorg amik gred B aje, tp besar2 dan fresh2.mmg terasa kesegaran dia, cara dia goreng pon sedap. berperisa dan tak berminyak lansung. marbelessss! ibu2 mengandung, sila mengidam. memang tersangat berbaloi utk mengidam udang galah goreng Mak Ngah neh. hehehe :)

sbg bini kpd ore kelate, lauk pauk haruslah disusuli dgn cicahan budu. :p

the end result. sedap yg tak terhingga. sampai tahap kitorg ke kuala rompin 3 kali berturut2 dalam masa 2 minggu! muahahahahah :D

pricewise? murahhh! 
udang galah yg dimasak gred A : RM75/kilo. gred B : RM55/kilo
kalau nk beli mentah pon boleh, harga slightly cheaper..
gred A: RM60/kilo, gred B rm55/kilo


Address:
Udang Mak Ngah Kuala Rompin,
Kampung Leban Chondong.
(Food court/mini R&R Kg Leban Chondong berhampiran persimpangan Kuala Rompin-Muadzam Shah)