Friday, May 25, 2012

Nasi Padang Minang Hotel Internasional

....... sambungan entry makan-makan at Penang.

well actually the day before tu selepas pekena Nasi Kandaq Line Clear, kami terus high sampai ke malam. bila dah pukul 9 baru kuar cari dinner. by that time dah tak mampu nak makan nasi lagi dah! so tu yg pegi ke Padang Kota saja pekena CKT dgn laksa.. surrender dengan kari mamak for that day! skrgni baru duk teringat2 lagi.. hehehe  :-)

so the following day tu kitorg lepak2 kat hotel saja, jalan2 amik angin kat tepi pantai. lepas check-out terus ke our next destination utk jalan-jalan cari makan. sebab dah malas nak makan kari mamak/nasi kandar lagi, kitorg decide nak cari kelainan try makan nasi padang/masakan minang pulak kat Restoran Nasi Padang Minang Hotel Internasional. actually kebetulan saja terjumpa pasal restoran ni masa tengah google google cari tempat2 makan kat Penang.



kedai kopi cina, tapi food totally melayu. kat atas kedai kopi ada hotel kecil.


suasana dalam kedai. typical kedai kopi cina lama.

ada banyak jenis lauk, sampai rambang mata nak pilih yang mana satu.. tapi dari hasil pengooglelan, antara specialty kat sini ialah ikan cencaru sumbat dengan sup daging.

so kitorg amik nasi putih sepinggan sorg
tambah  peparu goreng seketul dan ayam goreng seketul utk share berdua

kuah kitorg amik sup daging

sup daging kat sini agak unik sebab bewarna merah mcm ala2 tomyam gitu. cuma tak rasa pedas pun. pastu kat dalam tu diorg taruk makaroni, potato, tomato dan jugak bijik2 barli.  
 
rasa dia unik, sedap jugak. boleh kasi markah A- la, sebab sedap duk meratah makaroni dlm sup. cuma daging diorg kasi tulang yg banyak lelemak. agak kurang healthy di situ..

kitorg amik jugak seekor ikan cencaru sumbat ni. special sebab diorg sumbat dengan bawang hiris/bawang goreng, menjadikan ikan ni wangi dan sedap. kat dlm ikan ni ada bawang hiris bercili, dan memang lembut jer isi ikan kat dlm tu.. cuma bahagian luar ikan je yg garing.

air kena order dr cina kedai ni. bila dah order diorg akan letak price tag, bila dah bayar price tag akan bertukar kepada "paid". canggih jugak sistem diorg ni, mmg senang nk detect sapa yg dah bayar/sapa yg minum belum bayar lagik.


Total damage for lunch was RM25 rasanya. considered ok la kot. nak kata highly recommended tak jugak, cuma uols boleh try la utk kelainan rasa/selera.. cuma kebersihan kedai agak kureng sikit, maybe sebab kedai lama kot..

Address:
92, Transfer Road
10050 
Penang  Malaysia Telephone: 0164771237

GPS Coordinates:
N 5 25.27098 E 100 19.84199

1 comment:

Juadah said...

Betul. ikan cencaru dan sup yg ada macaroni tu antara yg sedap di "nasi padang minang".