Monday, June 11, 2012

Ayam Kampung Salai Batang Bonar

Tempat yang selalu duk ulang alik skrgni ialah ke Nilai-Pajam. almaklumler ada 'tarikan terbaru' kat situ. ;-) the very first day pergi ke area sana, terus terjumpa kedai makan yg sedap nih. masa memula ternampak gerai ni, memang dah tertarik. out of nowhere, tetiba kereta berderet2 penuh kat tmpt parking (parking lot dia besar).

asap berkepul2, dgn ayam itik tergantung lagi.. terus, hasben u-turn kereta dan berenti. dan terus ter-suka! at least ada another 'tarikan' selain tarikan yg satu lagi tuh.. :)

gerai kampung biasa ajer. ada banyak gerai, dlm 4-5buah camtuh. febret ialah gerai ayam kampung ni, dgn gerai masak lemak cili api kat sebelah dia. (sila click gambar utk check harga food yg murah2 ni!)


 even kerusi meja pun DIY punya je. kerusi kayu. tp cukup santai dan autentik! :)

surprisingly, orang memang ramai!! taktau dr mana datang nya org2 ni semua.. ehehehe

specialty utk gerai No.4. ayam, itik, keli, daging salai/bakar. memang terbaikk!! dgn asap berkepul2, bau semerbak. memang menambat selera makan betul! 

even tempat bakar ayam itik tu pun DIY. mmg suasana kampung yg asli!

and then kat gerai sebelah dia, ada jual masakan negori asli. masak lemak cili api daging salai, masak lemak cili api  pucuk paku, asam pedas dan masak tempoyak.  semua dimasak dlm periuk besar. 

sambal tumis udang petai, ulam2 pun ada.. yummieh!

so lauk kegemaran kalau singgah ke sini, ialah ...

ayam kampung panggang. sedap dan murah giler! RM8 utk half chicken! kat KL rm6-7 utk paha seketul saja! ayam ni di serve dgn pencicah. atau boleh jugak request nasi ayam utk makan dgn ayam ni..

ikan keli bakar pon menjadi pojaan hati. tak sempat amik gambar, tetiba je dah abis kena ngap dulu! hehehe murah jugak, RM2 seekor ikan keli tu!! 

biasanya kitorg makan dengan nasi putih. dan amik lauk masak lemak cili api dr gerai sebelah..

masak lemak cili api daging salai dan pucuk paku. the best! pedas , tapi memang kick! memang masakan negori asli lah! makan pulak dgn ulam2. harga masak lemak cili api ni semangkuk dgn sepinggan ulam ialah RM11.

pernah jugak try ikan jenahak masak tempoyak. sedap jugak!! pendek kata, so far semua food tak mengecewakan lagi laa..

makan di tengah2 panas  dan masakan pedas pulak tu, memang sedap sekali kalau minum air tebu. the best air tebu. memang diorg mesin kat situ jugak. RM1 je segelas!! even kalau apa2 air pun (even air bersusu sekalipun) harga dia RM1 jer!!!! gilerr murah!!!!! :D

Highly recommended kalau u all kebetulan lalu kawasan tu. dalam 100m dr exit Pajam/Nilai LEKAS Hiway (keluar dr Hiway, dekat traffic light ke kiri, akan nampak asap berkepul2 dr gerai2 tu), dan dlm 300m dr Stesen Komuter Batang Benar.

Sedap dan murah!!!


p.s: ada gerai yg jual kuih pau yg dibuat drp tepung wholemeal. kaler dia lain sket dr kuih pau normal, cuma tak pernah try lagi. next time maybe! tu pon kalau tak kenyang sangat melantak masak lemak cili api dgn ayam/itik kampung bakar ni semua!! ;-p




6 comments:

littlehumblelynn said...

Adoikhhhh,sedap betul tgk gmbr.terus telek kalendar,bila boleh pg sana nih.kalo ikut plus mmg exit nilai ker?

naza said...

seriously sgt tempting..itik die sedap tak? dh suka mkn itik..rasenye lg senang nk makan itik kt London than msia..hehe...

OneWan said...

lynn:

kalau ikut plus mcm complicated sket. amik exit nilai, dan kat simpang 3 besar selepas tol tu ke kiri (mcm nk g arah nilai 3). lepastu terus je ikut signboard ke pajam. lepas stesen komuter batang benar, dlm 300m camtu jumpala gerai ni on our left.

naza: ayam dan keli serta masak lemak dan masak tempoyak sedap. itik tak pernah try lg. cuba tnya ajoi, dia pergi try gak bebaru ni-atas my recommendation. hehehe

:: Dhiya :: said...

Tempat favourite saya juga sejak tahun 2013. Sampai skrg, sanggup drive dari bangi utk ke sana. Daging salai masak lemak gerai no 3 memang awesome.kami siap tapau lagi.

Umar Mochlis said...

https://www.facebook.com/kelisalaiberanang

sila lawati page saya saya

Lucy Luchh said...

adussssss sodapnya...daging salai masak lomak cili api pucuk ubi...teringt betul lah..adusss