Showing posts with label masak tempoyak. Show all posts
Showing posts with label masak tempoyak. Show all posts

Monday, June 11, 2012

Ayam Kampung Salai Batang Bonar

Tempat yang selalu duk ulang alik skrgni ialah ke Nilai-Pajam. almaklumler ada 'tarikan terbaru' kat situ. ;-) the very first day pergi ke area sana, terus terjumpa kedai makan yg sedap nih. masa memula ternampak gerai ni, memang dah tertarik. out of nowhere, tetiba kereta berderet2 penuh kat tmpt parking (parking lot dia besar).

asap berkepul2, dgn ayam itik tergantung lagi.. terus, hasben u-turn kereta dan berenti. dan terus ter-suka! at least ada another 'tarikan' selain tarikan yg satu lagi tuh.. :)

gerai kampung biasa ajer. ada banyak gerai, dlm 4-5buah camtuh. febret ialah gerai ayam kampung ni, dgn gerai masak lemak cili api kat sebelah dia. (sila click gambar utk check harga food yg murah2 ni!)


 even kerusi meja pun DIY punya je. kerusi kayu. tp cukup santai dan autentik! :)

surprisingly, orang memang ramai!! taktau dr mana datang nya org2 ni semua.. ehehehe

specialty utk gerai No.4. ayam, itik, keli, daging salai/bakar. memang terbaikk!! dgn asap berkepul2, bau semerbak. memang menambat selera makan betul! 

even tempat bakar ayam itik tu pun DIY. mmg suasana kampung yg asli!

and then kat gerai sebelah dia, ada jual masakan negori asli. masak lemak cili api daging salai, masak lemak cili api  pucuk paku, asam pedas dan masak tempoyak.  semua dimasak dlm periuk besar. 

sambal tumis udang petai, ulam2 pun ada.. yummieh!

so lauk kegemaran kalau singgah ke sini, ialah ...

ayam kampung panggang. sedap dan murah giler! RM8 utk half chicken! kat KL rm6-7 utk paha seketul saja! ayam ni di serve dgn pencicah. atau boleh jugak request nasi ayam utk makan dgn ayam ni..

ikan keli bakar pon menjadi pojaan hati. tak sempat amik gambar, tetiba je dah abis kena ngap dulu! hehehe murah jugak, RM2 seekor ikan keli tu!! 

biasanya kitorg makan dengan nasi putih. dan amik lauk masak lemak cili api dr gerai sebelah..

masak lemak cili api daging salai dan pucuk paku. the best! pedas , tapi memang kick! memang masakan negori asli lah! makan pulak dgn ulam2. harga masak lemak cili api ni semangkuk dgn sepinggan ulam ialah RM11.

pernah jugak try ikan jenahak masak tempoyak. sedap jugak!! pendek kata, so far semua food tak mengecewakan lagi laa..

makan di tengah2 panas  dan masakan pedas pulak tu, memang sedap sekali kalau minum air tebu. the best air tebu. memang diorg mesin kat situ jugak. RM1 je segelas!! even kalau apa2 air pun (even air bersusu sekalipun) harga dia RM1 jer!!!! gilerr murah!!!!! :D

Highly recommended kalau u all kebetulan lalu kawasan tu. dalam 100m dr exit Pajam/Nilai LEKAS Hiway (keluar dr Hiway, dekat traffic light ke kiri, akan nampak asap berkepul2 dr gerai2 tu), dan dlm 300m dr Stesen Komuter Batang Benar.

Sedap dan murah!!!


p.s: ada gerai yg jual kuih pau yg dibuat drp tepung wholemeal. kaler dia lain sket dr kuih pau normal, cuma tak pernah try lagi. next time maybe! tu pon kalau tak kenyang sangat melantak masak lemak cili api dgn ayam/itik kampung bakar ni semua!! ;-p




Saturday, March 3, 2012

Ikan bakar air tawar di Restoran Tasik Raban

Kitorang sengaja melajakkan kereta dari Kuala Kangsar ke Tasik Raban last weekend,semata2 sebab nak makan ikan bakar kat Restoran Tasik Raban ni..  Masa tu ikut hubby balik ke sekolah lama, utk tengok tournament rugby bebudak sekolah dia..  kalau ikutkan agak jauh jugak dr KK nak ke Tasik Raban (Lenggong), tapi rajin jer drive kereta sejauh 35km semata2 nak makan ikan sungai bakar! hehehe :D

restoran dia biasa2 jer, ala2 lebih kurang R&R jer, kat tepi jalan besar dr KK nk menuju ke Gerik..

tapi restoran ni sungguhla famous, kalau time old boys' weekend, memang confirm pernuh! last weekend pun tak terkecuali.. sampai penuh tempat letak kereta depan restoran tuh.. heheh

  

hidangan utama adalah nasi dgn lauk pauk ala kampung. ulam2an pelbagai jenis, sambal tempoyak, sambal belacan semua cukup lengkap. specialty kat situ ialah ikan patin masak tempoyak.. yummy!

dan yg paliiiingggg special, semestinya lar ikan bakar nih! gravy dia superbb! terasa serainya, lengkap dgni masam-masin manis.  ikan tu pulak dibela dlm sungai kat sebelah restoran tu jer. diorg letak ikan hidup dlm kolah sebelah tempat membakar ikan tuh,bila ada request, terus tangkap-siang-bakar ikan tuh kat situ jugak!  tersangat fresh!

antara favourite kitorg jugak time ke sana, mesti nak amik lala masak pedas ni banyak2 utk ratah! sedap!!
owh ye, that day kitorg amik ikan yg paling mahal, rm40 sekilo. dah lupa nama, sbb ikan tu tersangat rare. hehehe 

cicah pulak dgn sos kicap ni, takpun air asam ni.. memang marbeles!!

ikan patin masak tempoyak seketul rm6.  amik jugak ulam2 celur dgn sambal belacan/tempoyak sepinggan. sedap!!

sistem layan diri sepenuhnya. even nasik pon kena ceduk sendiri dr dlm periuk. sukahati nak ceduk banyak mana, harga sama jer! last year masa balik bercuti,still belum guna sistem layan diri.. agaknya bisnes dah maju, dah tak menang tangan nk amik order kot.. eventho sistem layan diri, tp teratur jugakla. takdela sampai nk kena q panjang masa nak amik nasik/air..

Verdict? tersangat amat puashati! sedap, fresh dan murah!harga pun murahhhh!!! ikan bakar yg harga rm40 sekilo tuh (kitorg amik besar gak) + air 3 teh o ais gelas + lala masak pedas semangkuk besar+ ikan patin masak tempoyak seketul + ulam2an costs us just RM65!! kat kl jangan harap lerrr!! memang berbaloi2 drive 35km dr KK utk lunch. kadangtuh kitorg sengaja balik KL-KB lalui ikut Plus hiway-Gerik- Lebuhraya Timur Barat, semata2 utk singgah makan kat Restoran nih!! seriously, this restaurant is THAT good!!

for further info, checkout their phone numbers in this photo:



p.s: kalau tak silap diorg ada bukak cawangan di Ipoh jugak. tapi tak pernah pergi lagi..