Saturday, January 5, 2013

Makanan halal Bangkok: Yana Restaurant, MBK Mall

Kalau ke Bangkok, tak sah kalau tak ke MBK Mall utk shopping souvenirs. dan kalau ke MBK Mall memang tak sah kalau tak pekena makan kat Yana Restaurant. Glamer restoran ni, memang selalu full. Terletak di Level 5, Tokyo Wing. Betul2 berhadapan dengan food court.

the entrance
  
restoran ni kecik je. meja makan dia buat dalam bentuk section2 camni.
thai & international food. tp ofkos la kat sini makanan thai lar yg sedap. :)

pepper and salt yg kiut

our drinks. 


kitorg ke Yana Restaurant ni 2 kali sepanjang berada di bangkok. 

on the first visit kitorg order...

  
tomyam goong. superrrr sedap!!! memang yg paling sedap kami pernah rasa. tomyam pedas, tp tak terlalu pedas, diorg letak santan cair skit yg tak terasa muak, dan dia punya lauk pauk dalam tu pun banyak. puashati!

  
blackpepper beef. so-so ajer sebab beef tu overcooked. yang bijik2 hijau tu ialah blackpepper  fresh- pelik skali rasa dia.

burppp!!!  total damage that day was RM60+ utk 2 pinggan nasi, tomyam, blackpepper beef dan 2 cans of soft drinks.


disebabkan sedap dan asyik duk terkenangkan si mek Yana ni, kami ke sana lagi on the second day kat Bangkok tuh.. but this time around kami try lauk lain pulak...

  
kerabu mangga
 
  
sedap wehhh kerabu mangga ni. tak masam, manis2 dan terasa sangat fresh.

 
sotong celup tepung. agak fail sebab lemau. pastu sotong sikittt sangat. nampak banyak sebab diorg serve sekali dengan bawang besar celup tepung dan jugak sengkuang celup tepung. sos dia terlalu cair dan manis.

tapi dia punya thai green curry ni teramat sangat sedap! masya allah sedap giler hokeh!! sampai tahap boleh hirup kuah tuh!!! ayam dia tender dan juicy, ada skali dalam tu terung pipit dan jugak rebung yg crunchy2 lemak2 manis gitu. perghhh!! memang sedap gilerr!! (im actually drooling while typing this! hahahaha)

  
lambang kesedapan green curry :p

  
yang tinggal hanyalah bunga orkid dan bawang celup tepung; :p

lichinnn!! :p

alhamdulillah tersandar kekenyangan... hahaha


lepas makan, kami terus jadi malas nak pusing2 shopping MBK lagi. tp still rajin dan bersemangat nk cari thai desert pulak.. hahhahaha


...to be continued



Friday, January 4, 2013

Makanan halal bangkok: Saman Islam Chatuchak Market

Kami pulang dari vacation trip ke bangkok dah lama, tapi sekarangni musim malas melanda. so lepas dekat 2 bulan ni baru nak hapdet blog, hopefully masih ingatla.. hehehehe :) sebelum ke bangkok aritu kitorg mmg ada google2 cari tempat2 makan yg best dan halal di bangkok. makanan halal di bangkok ada banyak, cuma agak susah nk cari.

on the second day kat bangkok kitorg ke Chatuchak Market. market ni besarrr... boleh tersesat jugakla kalau berjalan tanpa map.. antara gerai makan yg halal kat Chatuchak Market ni ialah Restoran Saman Islam. Nak cari stall ni senang je, kena cari clock tower kat chatuchak tu, dan stall ni betul2 berhadapan dgn clock tower tuh.

the clock tower

the stall. ada banyak pilihan makanan kat sini, dari nasi beriani, hinggalah ke pelbagai jenis tomyam, kerabu dan jugak desert.

nasi beriani dan lauk pauk yg ada.

  
beef noodle station

haritu memandangkan kami plan nk pergi makan kat tempat lain for lunch, so kitorg decide just makan ringan2 je dulu.. utk alas perut je dulu sementara nak pusing pasar chatuchak tu..

  
ada org tgh menikmati beef noodle

the beef noodle, rasa dia sedap. cuma ada org tersilap underestimate diaorg punya serbuk cili. ingatkan serbuk cili ala2 malaysia yg pedas2 manja, skali pedasssss tahan gaban! hahahaha struggle nak habiskan bihun yg tersilap taruk cili nih, dahla cuaca tgh panas terik.. habis jugakla 2 gelas air utk compensate kepedasan bihun ni. hehehe :)


 
dan saya pulak order seafood tomyam noodle. sedapppp!! tomyam sedap, tp pedass jugak! seafood banyak, lagi banyak dr noodle yg ada.

Highly recommended kalau ke chatuchak market! cuma stall dia agak kecil, dan selalu full time lunch hour (mostly pelancong dr malaysia).

Address:
Section 16, Soi 7, Chatuchak, Bangkok, Thailand