Friday, January 4, 2013

Makanan halal bangkok: Saman Islam Chatuchak Market

Kami pulang dari vacation trip ke bangkok dah lama, tapi sekarangni musim malas melanda. so lepas dekat 2 bulan ni baru nak hapdet blog, hopefully masih ingatla.. hehehehe :) sebelum ke bangkok aritu kitorg mmg ada google2 cari tempat2 makan yg best dan halal di bangkok. makanan halal di bangkok ada banyak, cuma agak susah nk cari.

on the second day kat bangkok kitorg ke Chatuchak Market. market ni besarrr... boleh tersesat jugakla kalau berjalan tanpa map.. antara gerai makan yg halal kat Chatuchak Market ni ialah Restoran Saman Islam. Nak cari stall ni senang je, kena cari clock tower kat chatuchak tu, dan stall ni betul2 berhadapan dgn clock tower tuh.

the clock tower

the stall. ada banyak pilihan makanan kat sini, dari nasi beriani, hinggalah ke pelbagai jenis tomyam, kerabu dan jugak desert.

nasi beriani dan lauk pauk yg ada.

  
beef noodle station

haritu memandangkan kami plan nk pergi makan kat tempat lain for lunch, so kitorg decide just makan ringan2 je dulu.. utk alas perut je dulu sementara nak pusing pasar chatuchak tu..

  
ada org tgh menikmati beef noodle

the beef noodle, rasa dia sedap. cuma ada org tersilap underestimate diaorg punya serbuk cili. ingatkan serbuk cili ala2 malaysia yg pedas2 manja, skali pedasssss tahan gaban! hahahaha struggle nak habiskan bihun yg tersilap taruk cili nih, dahla cuaca tgh panas terik.. habis jugakla 2 gelas air utk compensate kepedasan bihun ni. hehehe :)


 
dan saya pulak order seafood tomyam noodle. sedapppp!! tomyam sedap, tp pedass jugak! seafood banyak, lagi banyak dr noodle yg ada.

Highly recommended kalau ke chatuchak market! cuma stall dia agak kecil, dan selalu full time lunch hour (mostly pelancong dr malaysia).

Address:
Section 16, Soi 7, Chatuchak, Bangkok, Thailand


5 comments:

Azueriena said...

org Thailand memang suker pedas2....nampak sedapp sgtt tomyam tu

kay said...

Mahal!!!

SW said...

Lebih rm20/bowl untuk tom yum seafood. But lain tempat takdak la. Sya lmbt baca post ni, berkeliling juga lah cari tmpt ni.

Anonymous said...

Maaf mencelah. Gerai ni agak mahal. Harga potong leher sikit. Cuma pendapat saya. Hati2 sebelum buat pesanan

vincent said...

wah kelihatannya enak-enak ya!

#BroDay (diskon s/d 76%)


https://shopee.co.id/Broday+-+19+Jul+-+GoCamping%21-col.21963?smtt=1.3166