Kitorang sengaja melajakkan kereta dari Kuala Kangsar ke Tasik Raban last weekend,semata2 sebab nak makan ikan bakar kat Restoran Tasik Raban ni.. Masa tu ikut hubby balik ke sekolah lama, utk tengok tournament rugby bebudak sekolah dia.. kalau ikutkan agak jauh jugak dr KK nak ke Tasik Raban (Lenggong), tapi rajin jer drive kereta sejauh 35km semata2 nak makan ikan sungai bakar! hehehe :D
restoran dia biasa2 jer, ala2 lebih kurang R&R jer, kat tepi jalan besar dr KK nk menuju ke Gerik..
tapi restoran ni sungguhla famous, kalau time old boys' weekend, memang confirm pernuh! last weekend pun tak terkecuali.. sampai penuh tempat letak kereta depan restoran tuh.. heheh
hidangan utama adalah nasi dgn lauk pauk ala kampung. ulam2an pelbagai jenis, sambal tempoyak, sambal belacan semua cukup lengkap. specialty kat situ ialah ikan patin masak tempoyak.. yummy!
dan yg paliiiingggg special, semestinya lar ikan bakar nih! gravy dia superbb! terasa serainya, lengkap dgni masam-masin manis. ikan tu pulak dibela dlm sungai kat sebelah restoran tu jer. diorg letak ikan hidup dlm kolah sebelah tempat membakar ikan tuh,bila ada request, terus tangkap-siang-bakar ikan tuh kat situ jugak! tersangat fresh!
antara favourite kitorg jugak time ke sana, mesti nak amik lala masak pedas ni banyak2 utk ratah! sedap!!
owh ye, that day kitorg amik ikan yg paling mahal, rm40 sekilo. dah lupa nama, sbb ikan tu tersangat rare. hehehe
cicah pulak dgn sos kicap ni, takpun air asam ni.. memang marbeles!!
ikan patin masak tempoyak seketul rm6. amik jugak ulam2 celur dgn sambal belacan/tempoyak sepinggan. sedap!!
sistem layan diri sepenuhnya. even nasik pon kena ceduk sendiri dr dlm periuk. sukahati nak ceduk banyak mana, harga sama jer! last year masa balik bercuti,still belum guna sistem layan diri.. agaknya bisnes dah maju, dah tak menang tangan nk amik order kot.. eventho sistem layan diri, tp teratur jugakla. takdela sampai nk kena q panjang masa nak amik nasik/air..
Verdict? tersangat amat puashati! sedap, fresh dan murah!harga pun murahhhh!!! ikan bakar yg harga rm40 sekilo tuh (kitorg amik besar gak) + air 3 teh o ais gelas + lala masak pedas semangkuk besar+ ikan patin masak tempoyak seketul + ulam2an costs us just RM65!! kat kl jangan harap lerrr!! memang berbaloi2 drive 35km dr KK utk lunch. kadangtuh kitorg sengaja balik KL-KB lalui ikut Plus hiway-Gerik- Lebuhraya Timur Barat, semata2 utk singgah makan kat Restoran nih!! seriously, this restaurant is THAT good!!
for further info, checkout their phone numbers in this photo: