Showing posts with label Seafood. Show all posts
Showing posts with label Seafood. Show all posts

Sunday, May 5, 2013

Aroma Ikan Bakar, Jeram

Last time masa ke Kuala Selangor sempat singgah Jeram utk makan ikan bakar for dinner. First time ke sana, pergi pun sbb SIL bwk kan. kitorg ke sana awal, dlm kul 5.30 dah smpai. i was told kalau lambat, selalunya full kat sini..

 restoran ni besarrrr, terletak betul2 ditepi pantai Jeram

  
siap ada tempat makan tepi pantai lagi


kalau nak makan kat pondok2 ni, kena sewa. kalau tak silap RM20 utk pondok yg betul2 tepi laut, tp kena makan secara bersila. kalau pondok yg  jauh sikit dr pantai, RM10.

nice view. kebetulan air surut lak. tp sempatla tengok sunset sambil dinner. :)

tapi kitorg makan kat meja biasa jer. biasala sbb nak FOC. hahahaha :p tempat makan pon luas, siap lengkap dgn surau lagi. selesa la nak makan..

haritu kitorg makan open table.. main amik je apa yg nak makan... eheheheh :p

kerang bakar as starter. 
 ketam bercili

buttered prawns

  
udang celup tepung

  
dan semestinya ikan bakar harus ada! sedappp!

 
2 ekor okeh! hahhahaa

  
tudiaaaa! banyak gilos utk 4 adults and 2kids makan je nih. kekekek :p

  
kitorg makan ni semua dgn nasik goreng
makan sampai lebam. tak pandang kiri kanan dah, sebab sedap! :D


berbaloi gak. sedap lak tuh. suasana makan pon selesa. pricewise, fair lah. kira fair la dgn suasana dan seafood yg fresh. recommended mencuba! tp make sure kena sampai awal la,kalau tak org ramai.. takpon blh buat tempahan meja dulu..

Alamat : Aroma Ikan Bakar, 
Jalan Jati off Jalan Pantai Jeram, 
Pantai Jeram, 45800 Jeram, Selangor
Tel : 017 – 3163117 (En. Naim) atau 019 – 2084452 (Pn. Hazura)

GPS coordinates:
N3° 13' 33.45"
E101° 18' 19.61"


Wednesday, June 27, 2012

Mee Ketam Kuala Lumpur

Last week jugak, masa jalan2 di Shah Alam sempat google cari tempat makan menarik. rata2 semua blog suggest makan mee ketam di Shah Alam. memula tu mcm saja2 je amik GPS coordinate, tp terrrsinggah pulak! hahaha




Yang agak pelik sebab nama kedai ni Mee Ketam Kuala Lumpur, tp terletak di tgh2 Shah Alam. :) restoran ni glamer, banyak masuk papers/tv/blogs.


 newspaper cuttings yg dijadikan hiasan.

dan lagi newspaper cuttings.plak JJCM yg disign oleh Qi pun ada. impressive!

the interior. restoran ni kecik jer. meja makan pun tak banyak.. actually restoran ni terletak di foodcourt kat sebelah UniSel. so memang kecik skit la dia punya restoran/gerai.

dgr2nya kalau lunchtime, memang fullhouse dan susah nak dapat seat!
tempat diorg panaskan kuah mee/serve dan rebus ketam..

mine. mee kari ketam biasa. diorg guna ketam medium size, seekor utk setiap mangkuk.RM8 semangkuk.

photo wif flash.

hubby's - mee ketam nipah. ketam ni ditimbang. 

the verdict? ermmm to be honest, biasa2 ajer.. cuma agak pelik sebab memang jarang org buat mee kari letak ketam, agaknya sebabtu diorg ni glamer kot? rasa mee kari dia sedap jugak, but nothing to boast about. dan ketam? rasa ketam lah! hehehe biasa2 jugak... rasa mcm ketam masak kari! :)

tapi kat situ, yg sedap adalah..

yang ni haaa! :p

otak-otak johor!! eventhough quite spicy, tp sedap. tambah sedap sebab dibakar panas2. actually otak2 ni dijual oleh gerai sebelah - yg menumpang bukak gerai kat depan restoran mee ketam ni. RM2.50 sebakul, ada 5 bijik kesemuanya.makan panas2, memang sedapppp! habis 2 bakul kitorg makan berdua! hehehe :)


My advise, boleh try pergi makan kalau nak kan kelainan, dan kalau uols penggemar mee kari tegar. agak frust sebab takde sambal kerang. hehehe tersangat beat the purpose sebab pergi restoran ketam tapi duk anticipate nak kerang dlm mee kari! hahahaha otherwise, the price was quite pricey. we spent RM28 utk 2 mangkuk mee ketam dan 2 gelas air sunquick!!

Address:
No 11 Kompleks Anjung 7,
Jalan Zirkon B 7/B, 
Seksyen 7, 40000 Shah Alam Selangor

or u can visit their blog here

lebih mudah, guna GPS ni. ;) 
3.077068,
101.495923

Tuesday, June 5, 2012

Pesta Udang di Restoran Mee Udang Mak Jah


Antara tempat makan febret kitorg skrg ialah Restoran Mee Udang Mak Jah di Wangsa Maju.masa sebelum try memang agak sceptical dgn kesedapan mee/kesegaran udang kat situ, tapi lepas pekena sekali, terus dah tahap kemaruk!! termasuk last weekend, dah 2 kali kitorg pergi berpesta udang kat situ. hehehe

Restoran ni terletak di Wangsa Maju, bersebelahan dgn Wangsa Walk shopping mall yg baru tu. restoran ni kat corner lot, dgn dgn bukit. kalau weekend, parking mmg tak jadi masalah, sbb memang banyak parking kat depan/tepi kedai tu..


interior dalaman dia memang cosy. 
wangsa maju ni branch je, restoran asal ada kat Kuala Sepetang.

menu dia pun simple jer.dibuka dr 11.30pg-10mlm.
 ditutup setiap Rabu kecuali cuti umum dan cuti sekolah.

nombor meja

  
signature dish adalah mee udang special. RM12 per bowl.
udang besar ada 6-7 ekor, besarrrrrr gilerr!

udang jauh lagi besar dr sudu. dan tersangat fresh!


kuah mee udang tu pulak memang dimasak upon request, so udang memang tak overcooked. dan kuah memang panas. pekat. sedap giler. the only downside, mee agak sikit - memang kenyang sebab makan udang jer sebenarnya. tapi seriously puashati!!

 the aftermath..

kulit udang2 yg terkorban drp 2 mangkuk mee!


selain mee udang kami pernah try jugak signature dish yg lain,
 iaitu udang goreng kunyit dgn nasi putih..


udang goreng kunyit, nasi putih dan telur dadar

 
close up udang. kualiti udang maintain sama - besar2 dan juicy. sedapppp!


 
the aftermath :p

Conclusions- sedap giler dan udang dia besar2 serta tersangat fresh. memang susah nak jumpa udang yg bersaiz sebesar ni. wajib singgah kalau ke Wangsa Maju.kedai besar, parking pun banyak. cuma satu je, kolesterolll.. hehehe

Address:
Blok 3A, No. 22,
Jln Wangsa Delima 10,
D'Wangsa, Wangsa Maju, KL. 
(belakang Wangsa Walk - berhampiran Ayer's Rock Wangsa Maju)
Tel: 03-41314430
GPS Coordinate:  N 03.197008      E 101.740576

 
lepas ni maybe boleh try mee udang makjah di Kuala Sepetang pulak la kot..

Address: 
Kampung Menteri, Kuala Sepetang
Phone: 05-8581400



Wednesday, February 8, 2012

Seafood dinner@Bagan Lalang

Entry ulang tayang.. Seafood di Restoran Senandung Malan, Bagan Lalang. dah nama lagi restoran febret kan, sure la pegi banyak kali.. hehehe this time we went during weekday (Friday to be exact) dan in the middle of the month. hasilnya? bestttT!!! org tak ramai lansung, tak berebut lansung utk pilih food dan boleh makan dgn aman damaiii.. even masakan dia pun lagi sedap drp masakan2 sblm ni..

pergi berdua dgn hubby jer.. kitorg order nasi goreng kampung sorang sepinggan- sedap!!

lala dan bamboo lala (pepahat) masak pedas. sedap giler!! (sampaikan banyak kali dapat hint dr hubby time makan tu, dia suh buatkan lala masak pedas ni kat umah.. pls help!!)

sotong celup tepung. sedap gak!! cuma agak konpius sket, sbb tetiba dapat sikit jer. masa duk amik sotong tu rasa cam dah amik banyak.. hmm.. tataula kot2 diorg tertukar bakul ke, or sotong tu shrink dgn banyak sekali masa goreng tuh..

tapi meal of the day haruslah ikan bakar nih. 750gm jenahak bakar habisss liciiiiinn dlm masa tak sampai sejam.. hehehehe


total price malamtu termasuk sejag kecik fresh oren  ialah RM91. seriously kitorg rasa agak mahal. sebab semuanya dlm kuantiti yg sikit,except jenahak.. tp tu pun jenahak tu just 750gm jer.. kalau dulu amik lauk yg sama, kitrog just spent dlm RM70-80 jer,tu yg terkejut gak masa nk membayar.. tataula kot2 harga semua seafood dah naik ke apa... huhuhu


THE VERDICT:
Food: Delicious & Fresh
Cleanliness: Moderate
Value for money: Not so!
Return again? Well, maybe yes.

Sunday, December 25, 2011

Restoran Senandung Malam, Bagan Lalang

2 minggu lepas kitorg ke Bagan Lalang, pergi beramai2 7 orang, dgn keluarga in laws, sempena FIL datang ke KL.  actually dah lama sangat anak sdara duk ajak ke Bagan Lalang makan seafood febret dia, tp sebab jauh dan masing2 malas nak drive, tu yg asyik duk postphone jer tuh.. last2 pergi jugak 2 minggu lepas, lagipun bersempena dgn besdey nephew. 

Restoran Senandung Malam ni memang dah jadi restoran febret di Bagan Lalang sejak dulu lagi.. kalau ke sana, mmg akan ke restoran ni. bukan tak pernah try restoran2 lain, tapi semua yg menepati selera.. 

masa kitorg ke sana, kebetulan hari sabtu dahtu org semua baru dapat gaji lak tuh (gaji awal, sempena xmas). tuh yg raaaamaaaaaaaaiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiii sangat2 org kat restoran tuh! to make it worst, hujan lebat la pulak time tu!! memang overcrowded sangat!! kitorg sampai dan terpaksa berdiri queue tunggu meja hampir sejam lebih!! dahla diorg punya polisi kalau takde meja, takleh order. nak tapau pon tak leh sebab ramau giler org.. nak patah balik umah, sbb pikir dah alang2 dtg jauh kan.. nak tak nak kitorg tunggu jugak lar.. :( so bila dapat je meja, baru leh order. mmg order tak hengat jugakla.. masa makan tu semua org serius je, semua dah takde mood nk borak sebab dahla sejuk, basah sbb tempias hujan lagi, penat berdiri tunggu meja lagi, pastu overcrowded lagi.. tuh belum amik kira org duk berdiri belakang kita tunggu meja lagi.. hmm...

3 bakul kitorg order otak2 ni sementara tunggu nasi sampai. hehehe sebakul ada dlm 10 ketul. memang otak2 ni sedap dan terbaekk lah!!
ikan bakar 3 ekor medium size. 

nasib baik still sedap mcm biasa, dan ikan fresh dan isi tersangat lembut.. 

dia punya sambal kicap still the best!
 
2 pinggan besar sotong celup tepung. habis licin sampai ala2 tak cukup pon ada. sedap punya pasal!haha 
sebab nk save masa, kitorg order lala dan pepahat (bamboo lala) untuk masakan yg sama- lala masak pedas. sedap dan tak pedas sangat.. the best jugak! 

udang sweet sour pon sedap! isi udang tu juicy sungguh, dan fresh. best!!

owh ye, kitorg makan semua lauk2 di atas ni dgn nasi goreng jer. malas nk order tomyam, sebab dulu2 pernah makan tomyam kat sini mmg tak sedap sangat.. air lak kitorg order 3 jag- 2 jugs fresh orange dgn 1 jug sirap ais. total cost was RM216. pricewise not that bad,and they still serve the best seafood.. cuma pengajaran yg kitorg dapat- lenkali prebook meja dulu kalau nk g di hujung minggu. takpun pergi awal petang, or pergi di hari minggu or di pertengahan bulan, utk mengelakkan kena tunggu lama utk dapatkan meja!!

Address:
Restoran Senandung Malam
Pantai Bagan Lalang, Sepang
Phone number: 017-3432908 (Ayie), 013-3849368 (Along)

Koordinat:
E 101 degree 41' 18.4"
N 02 degree 36' 21.7"

THE VERDICT:
Food: The best seafood. fresh and tasty.
Cleanliness: Moderate
Value for money: Yes
Return again: Yes.