2 minggu lepas kitorg ke Bagan Lalang, pergi beramai2 7 orang, dgn keluarga in laws, sempena FIL datang ke KL. actually dah lama sangat anak sdara duk ajak ke Bagan Lalang makan seafood febret dia, tp sebab jauh dan masing2 malas nak drive, tu yg asyik duk postphone jer tuh.. last2 pergi jugak 2 minggu lepas, lagipun bersempena dgn besdey nephew.
Restoran Senandung Malam ni memang dah jadi restoran febret di Bagan Lalang sejak dulu lagi.. kalau ke sana, mmg akan ke restoran ni. bukan tak pernah try restoran2 lain, tapi semua yg menepati selera..
masa kitorg ke sana, kebetulan hari sabtu dahtu org semua baru dapat gaji lak tuh (gaji awal, sempena xmas). tuh yg raaaamaaaaaaaaiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiii sangat2 org kat restoran tuh! to make it worst, hujan lebat la pulak time tu!! memang overcrowded sangat!! kitorg sampai dan terpaksa berdiri queue tunggu meja hampir sejam lebih!! dahla diorg punya polisi kalau takde meja, takleh order. nak tapau pon tak leh sebab ramau giler org.. nak patah balik umah, sbb pikir dah alang2 dtg jauh kan.. nak tak nak kitorg tunggu jugak lar.. :( so bila dapat je meja, baru leh order. mmg order tak hengat jugakla.. masa makan tu semua org serius je, semua dah takde mood nk borak sebab dahla sejuk, basah sbb tempias hujan lagi, penat berdiri tunggu meja lagi, pastu overcrowded lagi.. tuh belum amik kira org duk berdiri belakang kita tunggu meja lagi.. hmm...
3 bakul kitorg order otak2 ni sementara tunggu nasi sampai. hehehe sebakul ada dlm 10 ketul. memang otak2 ni sedap dan terbaekk lah!!
ikan bakar 3 ekor medium size.
nasib baik still sedap mcm biasa, dan ikan fresh dan isi tersangat lembut..
dia punya sambal kicap still the best!
2 pinggan besar sotong celup tepung. habis licin sampai ala2 tak cukup pon ada. sedap punya pasal!haha
sebab nk save masa, kitorg order lala dan pepahat (bamboo lala) untuk masakan yg sama- lala masak pedas. sedap dan tak pedas sangat.. the best jugak!
udang sweet sour pon sedap! isi udang tu juicy sungguh, dan fresh. best!!
owh ye, kitorg makan semua lauk2 di atas ni dgn nasi goreng jer. malas nk order tomyam, sebab dulu2 pernah makan tomyam kat sini mmg tak sedap sangat.. air lak kitorg order 3 jag- 2 jugs fresh orange dgn 1 jug sirap ais. total cost was RM216. pricewise not that bad,and they still serve the best seafood.. cuma pengajaran yg kitorg dapat- lenkali prebook meja dulu kalau nk g di hujung minggu. takpun pergi awal petang, or pergi di hari minggu or di pertengahan bulan, utk mengelakkan kena tunggu lama utk dapatkan meja!!
Address:
Restoran Senandung Malam
Pantai Bagan Lalang, Sepang
Phone number: 017-3432908 (Ayie), 013-3849368 (Along)
Koordinat:
E 101 degree 41' 18.4"
N 02 degree 36' 21.7"
THE VERDICT:
Food: The best seafood. fresh and tasty.
Cleanliness: Moderate
Value for money: Yes
Return again: Yes.