Showing posts with label nasi berlauk. Show all posts
Showing posts with label nasi berlauk. Show all posts

Thursday, December 15, 2011

Nasi berlauk kelate di Kg Baru pd jam 2pagi! hahaha

Sesekali kalau malam2 boring dan dah terlebih tido siangnya tu, kekadangtu kitorg buat kerja gilaaa merewang pusing kl malam2 buta disusuli aktiviti makan2 di tengah malam di tengah bandaraya.. contohnya macam last week. kebetulan nak perabih cuti tahunan, so malam sblm cuti tuh buatlar kerja gilaaa nih.. dah lama tak buat, last sekali 3 thn lepas kot. hehehe boleh dianggap ni febret activity kitorg gak ni, cuma takleh amalkan selalu atas dasar kesihatan dan kesuntukan masa! hehehe :D

restoran febret di Kg Baru. utk food kelate mmg best of the best lar. senang je nk cari restoran ni- dia terletak di jalan yg ada pintu gerbang tu,jalan terussss je dlm 50m dr selekoh akan nampak gerai ni kat sebelah kanan- kalau kul 1pg ni jer gerai yg paliiiiinggg ramai org..

restoran ni agak unik, memang lain dari yg lain. sebabnya lauk pauk dan food kelate ori tuh hanya akan mula dijual pada jam 1PAGI sahaja! kalau g awal, memang lauk pauk tak siap lagi, diorg just jual masakan panas jer.. tu yg kalau mata ni tak ngantuk+cuti, sekali sekala kami buat kerja gila g makan nasik tgh2 malam kat kg baru! heehehe

 
lauk pauknya pulak banyakkkkkk choice! freshly cooked pulak tuh. semua makanan glamer org kelate ada kat sini: nasi dagang, nasi berlauk, nasi kerabu, laksam dll.. 

kuih muih pon ada banyak choice jugak..

setiap kali ke sini kitorg biasanya makan nasi berlauk.. kekadangtu tapau laksam sekali utk breakfast esoknya tuh..

lauk febret: nasi putih, gulai kawah ayam dan telur rebus, daging goreng dan sambal belacan. sesungguhnya tersangat sedap. berbaloi2 tak tido malam drive ke tgh kotaraya utk makan.. seriously!
 
daging goreng dia memang superb!! sedap,tatau camna diorg goreng, tp rasa masin-manis dia complete. siap ada org meja sebelah ratah 1 pinggan daging ni camtu jer..  
saja nk tayang lagi gmbar nasik kitorg. mmg sedap woo!! hhehehe

owh ye, bukan kami saja yg buat kerja gila ni.. tapi rupanya ramaiii warga kota yg buat keja camni gak. sampai tahap beratur panjang utk beli nasik pada pukul 2-3 pagi, okeh!! mostly kastemer dia ialah org2 yg kerja malam (actually restoran ni pon cik Awe yg selalu lepak2 dulu time dia keja malam kat damansara dulu), even ada jugak minah2 yg baru balik clubbing (dgn baju seksi2 dan mekap tebal) g makan kat warung nih! hehehehe

suasana pada jam 2 pagi di kg baru. memang meriah, kadangtu tak sangka org seramai ni di tengah malam dan di hari minggu lak tuh!

pricewise pon tak mahal sangat dan sgt2 worth the money (and effort, hehe!)..total harga dalam less than RM20 utk  2 pinggan nasi (telur+ayam seketul+daging goreng sesenduk+sambal belacan) dan 3 gelas teh o ais.


THE VERDICT:
Food: awesome!awesome!
Cleanliness: Moderate
Value for money: Definitely
Return again? YES!YES!YES!!
 
p/s: malamtu sebelum balik sempat pusing2 Bukit Bintang-Jalan TAR kejap. pukul 3 pg Bkt Bintang still jem!! prostitutes pon ramai... isk isk isk..

Tuesday, November 29, 2011

Breakfast di Restoran Gulai Serati Power dan dinner nasi lemak puyuh, Kota Bharu

Setiap kali balik kelantan, for sure akan ada lambakan lelemak lebih. sebab selalu duk makan nasik je pagi petang malam..   hehe not to complain,actually kitorg enjoy je makan nasik ni, tp bila ada peningkatan berat badan setiap kali balik, mula la pening kepala.. hehehe

antara kedai untuk breakfast febret kitorg ialah Restoran Gulai Serati Power. Terletak berhampiran simpang 4 besar Kubang Kerian, sebelah Restoran Pinang Seribu.  

restoran ni kecik jer, dan takde singboard pon. cuma bila masuk dlm kedai tu, baru ada banner tulis nama kedai. konpius gak.:D diorg berniaga dr pagi utk breakfast hingga tengahari utk lunch.  

ada banyak pilihan lauk, eventhough utk breakfast. dia punya siganture dish ialah gulai itik serati dan jugak ayam kampung. cuma satu je, kat restoran ni,utk sarapan hanya nasi berlauk yg dijual. takde mee/nasi lemak dan seangkatan dengannya..memang sedap dan mengenyangkan!


dan kalau dinner pulak, antara dinner yg unik dan sedap di KB masa balik bebaruni ialah nasi lemak puyuh.. warung ni terletak di deretan foodcourt di Pasir Tumboh. walaupun hanya sebuah gerai foodcourt, tp food presentation tetap mantap sekali..

siap dihidang dalam dulang buluh lagi. dan lauk nasi lemak pulak ialah burung puyuh goreng kunyit. sedap dan memang unik.. sambal nasi lemak pun sedap dan ada kick. boleh dikategorikan sbg kedai yg jual nasi lemak tersedap di bandar Kota Bharu!