Tuesday, November 29, 2011

Breakfast di Restoran Gulai Serati Power dan dinner nasi lemak puyuh, Kota Bharu

Setiap kali balik kelantan, for sure akan ada lambakan lelemak lebih. sebab selalu duk makan nasik je pagi petang malam..   hehe not to complain,actually kitorg enjoy je makan nasik ni, tp bila ada peningkatan berat badan setiap kali balik, mula la pening kepala.. hehehe

antara kedai untuk breakfast febret kitorg ialah Restoran Gulai Serati Power. Terletak berhampiran simpang 4 besar Kubang Kerian, sebelah Restoran Pinang Seribu.  

restoran ni kecik jer, dan takde singboard pon. cuma bila masuk dlm kedai tu, baru ada banner tulis nama kedai. konpius gak.:D diorg berniaga dr pagi utk breakfast hingga tengahari utk lunch.  

ada banyak pilihan lauk, eventhough utk breakfast. dia punya siganture dish ialah gulai itik serati dan jugak ayam kampung. cuma satu je, kat restoran ni,utk sarapan hanya nasi berlauk yg dijual. takde mee/nasi lemak dan seangkatan dengannya..memang sedap dan mengenyangkan!


dan kalau dinner pulak, antara dinner yg unik dan sedap di KB masa balik bebaruni ialah nasi lemak puyuh.. warung ni terletak di deretan foodcourt di Pasir Tumboh. walaupun hanya sebuah gerai foodcourt, tp food presentation tetap mantap sekali..

siap dihidang dalam dulang buluh lagi. dan lauk nasi lemak pulak ialah burung puyuh goreng kunyit. sedap dan memang unik.. sambal nasi lemak pun sedap dan ada kick. boleh dikategorikan sbg kedai yg jual nasi lemak tersedap di bandar Kota Bharu!



3 comments:

kucingorengemok said...

komen ngada²- koordinat ada, koordinat? hehe

siti hasmah said...

kedai nasik lemak puyuh tu bukan nasik lemak tanah merah ka...mmg kat pasir tumbuh pun...hampir setiap minggu aku beli dinner kat situ dulu...

Wan said...

KoG: nanti i upgrade blog ni. kita letak koordinat lak. almaklumla, i ni budak baru blajo buat blog review restoran ni. hehehe :)

semah:
yeah!! nasi lemak tanah merah kalau tak silap. kat foodcourt pasir tumbuh. sedap kan?? hehe