Showing posts with label Kota Bharu. Show all posts
Showing posts with label Kota Bharu. Show all posts

Tuesday, November 29, 2011

Breakfast di Restoran Gulai Serati Power dan dinner nasi lemak puyuh, Kota Bharu

Setiap kali balik kelantan, for sure akan ada lambakan lelemak lebih. sebab selalu duk makan nasik je pagi petang malam..   hehe not to complain,actually kitorg enjoy je makan nasik ni, tp bila ada peningkatan berat badan setiap kali balik, mula la pening kepala.. hehehe

antara kedai untuk breakfast febret kitorg ialah Restoran Gulai Serati Power. Terletak berhampiran simpang 4 besar Kubang Kerian, sebelah Restoran Pinang Seribu.  

restoran ni kecik jer, dan takde singboard pon. cuma bila masuk dlm kedai tu, baru ada banner tulis nama kedai. konpius gak.:D diorg berniaga dr pagi utk breakfast hingga tengahari utk lunch.  

ada banyak pilihan lauk, eventhough utk breakfast. dia punya siganture dish ialah gulai itik serati dan jugak ayam kampung. cuma satu je, kat restoran ni,utk sarapan hanya nasi berlauk yg dijual. takde mee/nasi lemak dan seangkatan dengannya..memang sedap dan mengenyangkan!


dan kalau dinner pulak, antara dinner yg unik dan sedap di KB masa balik bebaruni ialah nasi lemak puyuh.. warung ni terletak di deretan foodcourt di Pasir Tumboh. walaupun hanya sebuah gerai foodcourt, tp food presentation tetap mantap sekali..

siap dihidang dalam dulang buluh lagi. dan lauk nasi lemak pulak ialah burung puyuh goreng kunyit. sedap dan memang unik.. sambal nasi lemak pun sedap dan ada kick. boleh dikategorikan sbg kedai yg jual nasi lemak tersedap di bandar Kota Bharu!



Restoran Hoover, Kota Bharu

Antara restoran wajib singgah setiap kali balik KB. Restoran Hoover. glamer restoran ni, siap pernah masuk Majalah 3 lagi dulu.. Restoran ni menyediakan masakan padang - diorg akan serve pelbagai lauk pauk, dan hanya lauk yg dimakan sahaja akan dikenakan caj..   

actually kat restoran ni, bahagian minuman dimiliki oleh cina, manakala food/nasi dimiliki oleh org melayu. memang betul2 konsep 1Malaysia lar kiranya.. :)

yang lagi special sebab ada pelbagai jenis lauk.. kadangtu kalau ikutkan diorg, sampai penuh meja diorg serve.biasanya awal2 kitorg dah reject mana2 lauk yg tak terasa nak makan utk kurangkan pinggan atas meja.

selalunya kitorg akan amik gulai ikan, kerutuk limpa, taugeh goreng dgn gulai ayam kampung. kesemua lauk pauk dia mempunyai rasa masakan kampung yg authentic, tatau camne nak describe kena cuba dulu baru tau. :)

dan yang paling special dan takleh tinggal ialah ayam kampung goreng ni. sedap!sedap! crispy diluar tapi juicy di dalam. makan pulak dgn nasi panas, fuhh!! memang sedap!! seketul ayam ni berharga dlm rm4.50. dan selalunya kitorg paling koman perlu 2-3pinggan! sedap woo!dan kalau ratah, memang boleh kalah kfc!!

servis dia pun bagus. laju jer, sebab semua lauk pauk dah tersedia. dan yg paling istimewa, ada sorang pakcik ni memang terer giler mengira/mencongak harga. laju je dia kira,takguna kalkulator pun, pastu betul lak tuh.. kagum kagum.. owh ye, utk kitorg makan bertiga haritu costs us dlm rm60 utk 3pinggan ayam goreng kampung, 3ketul paru goreng, seketul kerutuk limpa, sepinggan taugeh goreng dgn 3 gelas air teh o ais. murah tak? kira ok la kot sbb semua food diorg guna ayam kampung, ayam kampung memang mahal sket pun kan?

THE VERDICT

Food: Fantastic
Cleanliness: Fair
Value For Money: Yes
Return again? Absolutely!

Address:
1963 Jalan Dato Pati, 15000 Kota Bharu, Malaysia

Phone number: 09-748 1439 

The map is here

Monday, November 28, 2011

One Ikan Bakar, Kubang Kerian

Restoran One Ikan Bakar ni terletak di tepi pagar istana Kubang Kerian, Kelantan. dah lama dibukak,cuma tak pernah try jer. selalu je banyak kereta.. dan my frens yg study kat HUSM pon selalu duk tayang gmbar food restoran ni kat facebook.

So bila balik bebaru ni, sebab cik Mek malas nak masak, kitorg decide nk try food kat restoran ni.. kira dekat jer dgn umah FIL.

  
ni list menu dia. tak byk choice. unfortunately masakan panas yg ada hanyalah sup tulang,sup ekor dgn sayur goreng jer.. tp agak terkagum gak sebab ada wifi dan ada credit card facility (eventho memula tu cam agak sceptical sket,sbb jarang sangat restoran kecik2 ada facility ni.. hehehe)!!

restoran ni berkonsepkan open space. takde dinding, diorg sewa bangunan ala2 gudang/balai raya. spacious. cuma agak panas sebab siling tinggi dan kurang kipas. hehehe   

diorg bakar ikan kat tepi tu jer.. yg specialnya sebab guna arang api,atas dapur arang dulu2 yg kaler merah tu. memang tradisional habis la.. :)

even dapur tempat diorg masak, basuh pinggan pon kat tepi tu jer. takde dinding, mmg open.

plan asal haritu nk makan nasi/mee goreng jer. tp sebab tak available, terpaksa order nasik jugak..
kitorg order sup tulang. biasa2 jer rasa dia. isi/tulang pun kurang..
dengan sotong celup tepung. rasa dia pon biasa2 jer.. sotong agak liat sebab saiz besar sangat, dan dia punya tepung tu tak tersalut betul2.. ada sotong yg togel jer, sebab tepung cam tak melekat.. :( 
ikan bakar fresh, pandai gak diorg bakar. just nice, lembut dan juicy, dan tak terlalu garing/hangus.cuma diorg just bakar tawar jer. takde apa yg special sgt pun.. ikan ni kitorg pilih ikan jenahak. actually ada banyak pilihan ikan yg diletak dlm ice box polisterin, pilih je, then bgtau nak suruh diorg masak apa.. 

dia punya pencicah tu ada 2 pilihan. satu warna merah cair-tak sedap, sbb tasteless, takde rasa apa kecuali rasa2 bawang! satu lagi (yg warna merah gelap) lebih pekat, dan terlajak pedas pulak! rasa belacan agak kuat, dan sebab pedas sangat, terpaksa mix dgn kicap.. agaknya sbbtu diorg memang ada sediakan kicap di setiap meja kot..

All in all, tak sedap sangat! frust dan agak hairan naper ramai sangat org singgah. pastu harga dia agak mahal!! nasi 3 pinggan+lauk2 di atas+ teh o ais 3 gelas costs us RM80!!! mahal!!


THE VERDICT?

FOOD: not good. very minimal choices.
CLEANLINESS: not so clean. I grade them as B only..
VALUE FOR MONEY? No.
RETURN AGAIN? No.


Friday, November 25, 2011

Four Seasons Restaurant, Kota Bharu


Masa balik Kota Bharu bebaru ni, cik Awe suggest g makan besar kat KB, sambil2 nk belanja FIL makan.. cik Awe yg suggest ke Restoran Four Seasons nih, sebab dah lama betul tak pergi. last time makan kat situ sblm merantau ke obersi dulu.. so dah 3thn lebih dah tak makan kat situ..

actually ni adalah chinese muslim restaurant yg tersohor sekali kat kelantan. dijamin halal, siap ada logo Jakim lagi.. even Tok Guru yg rasmikan restoran ni, siap tayang gambar Tok Guru tgh menjamu selera lagi.. ;)

dia punya ambience, memang first class! fully airconditioned. banyak pulak tuh aircond! sejuk dan nyaman jer.. dan yang paling utama, bersih memang tip top! owh ye, diorg siap ada sediakan surau lagi kat sini,memang memudahkan pengunjung utk solat.

.
dia punya menu, banyakkk!! ni atr yg berjaya diamik gambar.. dan yang best kat sini, sbb diorg dah ada sediakan set menu. ada pelbagai set, dr set utk 2 org makan hinggalah set utk 10 org makan.. dan yg paaalinnggg best, sebab harga set menu tu adalah tersangat murah, jauh lagi murah berbanding kalau beli a la carte!

gambar dapur tempat diorg serve nasi dan jugak utensils.

malamtuh cik Awe yg pilih food. dia amik set 1, utk 2-3 org makan.. dlm set 1, boleh pilih 4 jenis lauk (any dish!) dan chinese tea and fruits are also included..

kalau ke chinese restaurant haruslah amik buttered prawns ni. mmg seriously sedap sungguh!!udang dia besar2,fresh dan tersangat juicy.. dia punya butter floss tu pon halus dan lembut jer.. yummy!!

then kitorg order jugak lemon chicken. pon sedap, crunchy diluar tp isinya maintain juicy dan lembut.. dia punya gravy masam-manis just nice jer.. quite a big portion utk 3 org makan..

then we had blackpepper beef. dish ni  pon sedap!! isi daging lembut jer, dan tak terlalu pedas dgn blackpepper.. isi daging pun banyak, tak mcm sesetengah restoran yg slalunya bg sayur/bawang lagi banyak drp daging.. *salivating*

even steam fish (nyonya style) ni pon sedap giler!! isi lembut dan fresh. dia punya gravy sedap hingga boleh hirup kuah dia.. dan veryyy big fish pulak tuh! and yes, ni pon termasuk dlm 4 dish yg boleh pilih dlm menu set tuh! *drooling*

and then we all order jugak tomyam. yg ni kitorg order tambahan (not included dlm 4dishes tuh). agak spicy, tp sedap dan ada kick! just rm10 utk semangkuk besar tomyam yg sedap nih.. 

owhs! did i tell u that this restaurant is always full? and its better to book earlier, especially if you plan to go during weekends/year end. if not, u might end up like us.. we got lotsss of pressies!! :D

lots and lots of 'em!! :p

cos our table was just next to the rostrum!! and we became the VIP that day, eating in front of 70+ of teachers!! hehehe gara2 tak book awal, kitorg ditempatkan di depan sekali, yg kebetulan tgh ada function jamuan akhir tahun cikgu2 sekolah. hehehe buat muka selamba je menikmati makanan yg lazat tuh, mmg tak pandang kiri kanan dah! :p

owhh... the best of our dinner that nite was the bill!! guess how much did we pay for the dinner? 

YUP!! it was just RM80.50!! 4 dishes (blackpepper beef, lemon chicken, ikan siakap steam, buttered prawns) + 1 mangkuk besar tomyam + 2 orange juices + 1 ice lemon tea. dahla semua big portions! mmg murah giler!!!!!!!!!!!!!!! and theres no service tax whatsoever summore!!

it is definitely THE restaurant in town!! the best in KB! highly highly recommended!!


OVERALL REVIEW:

FOOD: Superb!
CLEANLINESS: Superb!
VALUE FOR MONEY: Very!
RETURN AGAIN? Definitely, 110%!!

Check their website here.

Address: 
5670 B/2 & B/3,
JALAN SRI CEMERLANG,
KOTA BHARU
KELANTAN
15300
MALAYSIA .
check their map here

E-mail: fsrsb@tm.net.my
Telephone: 609-743 6666 , 609-743 7399
Fax: 609-743 9973
Mobile Phone Number: 6019-987 8282 (Noraini), 6012-901 8282 (Vivian)
Business Hours : 12.00pm-2.30pm and 6.00pm-10.00pm