Monday, June 18, 2012

Ayer's Rock Wangsa Maju

..... adalah amat mengecewakan!!!! :(

frankly speaking, we didnt plan to have steak for dinner last week, but then, since our fave Mak Jah Mee Udang tutup (maybe sebab takde stok udang, no kidding, I'm serious-they'll close the restaurantkalau takde stok shrimp) so terpaksa divert ke the nearest restaurant - Ayers Rock.

Hoping that the restaurant will be as good (if not better) as the one in Bukit Jelutong, we went in without hesitation..

their interior is still the same. but a bit dull,i think. for the interior, we  prefer Bkt Jelutong more than Wangsa Maju kot..

 
dan meat selection tak sebanyak kat Bkt Jelutong. org makan pun tak ramai - but maybe sebab kitorg pergi di tengah bulan, dan weekdays pulak  kot?

we ordered our fave steak:

tenderloin steak for me. I ordered medium well, medium sized-steak. namun, hampa, sebab diserve small sized-steak. dan medium well tak berapa well, mcm ala2 medium rare saje!! dan daging pulak banyak lemak2 keras berbanding daging! even our fave potato salad pon tak sedap- masam semacam saja!! gravy pun tak sama dgn Bkt Jelutong punya, cair dan tasteles!!!

 dear hubby ordered medium well ribeye steak.
 FRUST SUPER DUPER BIIGGGGG TIMEE!! 


why?
1.  he ordered medium well, tapi dapat medium rare. daging still mentah.
2. he ordered the biggest portion - big eater- tapi dapat hearty meal (medium portion) saja (nasib baik!)..
3. the biggest frustration - rasa daging mentah/tak masak sebijik macam daging BURUK yg dah di-defrost lama!! memang tahap dah smelly ! yulk!!
4. tak pasal2 malam tu mr hubby kena food poisoning!!!!


my advise, Bukit Jelutong's branch is wayyyyyyyyyyyyy better. if possible, please avoid Wangsa Maju's branch.If u ask us, we would say- A big NO-NO! Sorry, I'm not going to give their address/phone number/gps coordinates.waste of time and money.

If u want to have real steak, go to Bukit Jelutong. way better. way cheaper. worth the trip. u can read my review here and here

Saturday, June 16, 2012

Cari Makan

Aktiviti febret hujung minggu: 'cari makan' di Bangsar Utama. ;-)

Maggie goreng (yg agak hangus) dengan teh o ais limau pon layannn...
RM5 utk meal se-simple ni.mahal!
tp dah nama makan kat mamak,dahtu di bangsar pulak kan,terpaksa redho aje ler.. hehehe :p

  
Restoran Fathima, Bangsar Utama.
 (belakang Menara Maybank/berhadapan UOA Building)

Wednesday, June 13, 2012

Laksa Buyung Pulau Pinang, Wangsa Melawati

Penangan tengok Jalan-Jalan Cari Makan kat tonton.my. terus terpengaruh, off we went to Wangsa Melawati 2-3weeks ago. nak cari gerai lain, tp gerai yg dicari kurang memberangsangkan (compared to masa Qi pergi dlm JJCM tu...cis! tertipu!!)... bagi mengubat hati yg lara dan mulut yg lapar, kitorg cubajaya makan laksa buyung Penang ni..

Gerai Laksa Buyung Pulau Pinang. yg ajaibnya, takde nampak bayang buyung pulak. hehe

 laksa yang pekat likat kuahnya. laksa penang. memang lain dr laksa utara. apa yg lain? ntoh ler, yg pasti memang rasa lain lar... kitorg hentam je semua! hehehe

kat gerai ni diorg provide sekali otak udang/petis. yg syioknya sebab botol tu baru bukak masa sampai kat meja kitorg. so takdela rasa ragu2 dgn cross contamination ke apa kannn. heheheh :p

verdict: boleh lar layan. tp takde lar sedap giler sampaikan sanggup drive dr cheras semata2 nak makan laksa ni.. hehehe kalau kebetulan lalu situ, sila la singgah try rasa.

Address: Wangsa Melawati 3-area food stalls banyak2 tu
GPS coordinate: N3deg 12"10'    E101deg44"46'


p.s: saya blogging bukan sebab tgh free lenggang kangkung,sebaliknya adalah amat stress dan sibuk sekali skrgni. cuba mendivert kepenatan dan kestressan dgn food dan blogging. sekian.

Monday, June 11, 2012

Ayam Kampung Salai Batang Bonar

Tempat yang selalu duk ulang alik skrgni ialah ke Nilai-Pajam. almaklumler ada 'tarikan terbaru' kat situ. ;-) the very first day pergi ke area sana, terus terjumpa kedai makan yg sedap nih. masa memula ternampak gerai ni, memang dah tertarik. out of nowhere, tetiba kereta berderet2 penuh kat tmpt parking (parking lot dia besar).

asap berkepul2, dgn ayam itik tergantung lagi.. terus, hasben u-turn kereta dan berenti. dan terus ter-suka! at least ada another 'tarikan' selain tarikan yg satu lagi tuh.. :)

gerai kampung biasa ajer. ada banyak gerai, dlm 4-5buah camtuh. febret ialah gerai ayam kampung ni, dgn gerai masak lemak cili api kat sebelah dia. (sila click gambar utk check harga food yg murah2 ni!)


 even kerusi meja pun DIY punya je. kerusi kayu. tp cukup santai dan autentik! :)

surprisingly, orang memang ramai!! taktau dr mana datang nya org2 ni semua.. ehehehe

specialty utk gerai No.4. ayam, itik, keli, daging salai/bakar. memang terbaikk!! dgn asap berkepul2, bau semerbak. memang menambat selera makan betul! 

even tempat bakar ayam itik tu pun DIY. mmg suasana kampung yg asli!

and then kat gerai sebelah dia, ada jual masakan negori asli. masak lemak cili api daging salai, masak lemak cili api  pucuk paku, asam pedas dan masak tempoyak.  semua dimasak dlm periuk besar. 

sambal tumis udang petai, ulam2 pun ada.. yummieh!

so lauk kegemaran kalau singgah ke sini, ialah ...

ayam kampung panggang. sedap dan murah giler! RM8 utk half chicken! kat KL rm6-7 utk paha seketul saja! ayam ni di serve dgn pencicah. atau boleh jugak request nasi ayam utk makan dgn ayam ni..

ikan keli bakar pon menjadi pojaan hati. tak sempat amik gambar, tetiba je dah abis kena ngap dulu! hehehe murah jugak, RM2 seekor ikan keli tu!! 

biasanya kitorg makan dengan nasi putih. dan amik lauk masak lemak cili api dr gerai sebelah..

masak lemak cili api daging salai dan pucuk paku. the best! pedas , tapi memang kick! memang masakan negori asli lah! makan pulak dgn ulam2. harga masak lemak cili api ni semangkuk dgn sepinggan ulam ialah RM11.

pernah jugak try ikan jenahak masak tempoyak. sedap jugak!! pendek kata, so far semua food tak mengecewakan lagi laa..

makan di tengah2 panas  dan masakan pedas pulak tu, memang sedap sekali kalau minum air tebu. the best air tebu. memang diorg mesin kat situ jugak. RM1 je segelas!! even kalau apa2 air pun (even air bersusu sekalipun) harga dia RM1 jer!!!! gilerr murah!!!!! :D

Highly recommended kalau u all kebetulan lalu kawasan tu. dalam 100m dr exit Pajam/Nilai LEKAS Hiway (keluar dr Hiway, dekat traffic light ke kiri, akan nampak asap berkepul2 dr gerai2 tu), dan dlm 300m dr Stesen Komuter Batang Benar.

Sedap dan murah!!!


p.s: ada gerai yg jual kuih pau yg dibuat drp tepung wholemeal. kaler dia lain sket dr kuih pau normal, cuma tak pernah try lagi. next time maybe! tu pon kalau tak kenyang sangat melantak masak lemak cili api dgn ayam/itik kampung bakar ni semua!! ;-p




Saturday, June 9, 2012

Chicken Shawarma Saba

Beberapa minggu lepas kitorang ke Restoran Saba di Cyberjaya. Sebelum2 ni selalunya kalau ke sana utk makan nasi. but then that day since tak lapar sangat + duk teringat2 kesedapan chicken shawarma restoran Chilis depan skool kat london tu, tu yg decide nk try rasa diorg punya shawarma pulak.

Unfortunately, rasa dia biasa2 ajer. kulit roti agak keras/liat, isi ayam dia pulak ciput. no tomatoes. no salad.yg ada hanyalah shredded chicken floss dan shredded potatoes.

(photo without flash)
 fail bigggg time! :(

owh! tetiba rindu nak makan makanan pakistan tersedap kat whitechapel: chicken shawarma. kebab. pakistani styled fried chicken. biryani. pilau rice. mixed kebab. teringin jugak nak makan chicken burger meal (burger+fries+soft drink) yg harga 2pounds tuh (restoran plg murah di east london, tp dgr2 restoran tu dah kena tutup sbb kotor! hahaha) dan yg paling teringin nk makan (dan tak pernah jumpa lagi di mesia) ialah penshwari nan!


Friday, June 8, 2012

Rojak Buah

Kegilaan masa kini kami berdua.
 esp inchik hasben. 
pantang nampak ada gerai/restoran jual, haruslah order.


antara rojak buah yg sedap ialah di
1. Padang Kota Lama - Rojak Buah 101
2. Little Penang Cafe, Suria KLCC.
3. Chicken Rice Shop pun not bad, cuma agak distracted masa makan sebab kacang terlalu banyakk!


Tuesday, June 5, 2012

Pesta Udang di Restoran Mee Udang Mak Jah


Antara tempat makan febret kitorg skrg ialah Restoran Mee Udang Mak Jah di Wangsa Maju.masa sebelum try memang agak sceptical dgn kesedapan mee/kesegaran udang kat situ, tapi lepas pekena sekali, terus dah tahap kemaruk!! termasuk last weekend, dah 2 kali kitorg pergi berpesta udang kat situ. hehehe

Restoran ni terletak di Wangsa Maju, bersebelahan dgn Wangsa Walk shopping mall yg baru tu. restoran ni kat corner lot, dgn dgn bukit. kalau weekend, parking mmg tak jadi masalah, sbb memang banyak parking kat depan/tepi kedai tu..


interior dalaman dia memang cosy. 
wangsa maju ni branch je, restoran asal ada kat Kuala Sepetang.

menu dia pun simple jer.dibuka dr 11.30pg-10mlm.
 ditutup setiap Rabu kecuali cuti umum dan cuti sekolah.

nombor meja

  
signature dish adalah mee udang special. RM12 per bowl.
udang besar ada 6-7 ekor, besarrrrrr gilerr!

udang jauh lagi besar dr sudu. dan tersangat fresh!


kuah mee udang tu pulak memang dimasak upon request, so udang memang tak overcooked. dan kuah memang panas. pekat. sedap giler. the only downside, mee agak sikit - memang kenyang sebab makan udang jer sebenarnya. tapi seriously puashati!!

 the aftermath..

kulit udang2 yg terkorban drp 2 mangkuk mee!


selain mee udang kami pernah try jugak signature dish yg lain,
 iaitu udang goreng kunyit dgn nasi putih..


udang goreng kunyit, nasi putih dan telur dadar

 
close up udang. kualiti udang maintain sama - besar2 dan juicy. sedapppp!


 
the aftermath :p

Conclusions- sedap giler dan udang dia besar2 serta tersangat fresh. memang susah nak jumpa udang yg bersaiz sebesar ni. wajib singgah kalau ke Wangsa Maju.kedai besar, parking pun banyak. cuma satu je, kolesterolll.. hehehe

Address:
Blok 3A, No. 22,
Jln Wangsa Delima 10,
D'Wangsa, Wangsa Maju, KL. 
(belakang Wangsa Walk - berhampiran Ayer's Rock Wangsa Maju)
Tel: 03-41314430
GPS Coordinate:  N 03.197008      E 101.740576

 
lepas ni maybe boleh try mee udang makjah di Kuala Sepetang pulak la kot..

Address: 
Kampung Menteri, Kuala Sepetang
Phone: 05-8581400