Showing posts with label Arab cuisine. Show all posts
Showing posts with label Arab cuisine. Show all posts

Monday, February 20, 2012

Hadramawt, Chulan Square


Still ingat lagi entry ni? pasal yg saya dapat beli kupon Groupon utk lunch for 2 dgn harga RM33? so dipendekkan cerita lepas beli kupon tu 2 bulan, dah dekat2 nak expired baru la kitorg pergi redeeem. bukan apa, malas bebenor nak masuk kl semata2 utk lunch je kan!! tp sebab dah nak expired so terpaksa jugak la redah, takkan nak burn jer kupon tu! hehehe

Restoran yg dimaksudkan ialah Restoran Hadramawt di Chulan Square,sebuah restoran yg serve Yemeni dishes.

actually utk guna Groupon ni senang jer, just subscribe then every day akan ada a few notifications pasal promotions yg ada, bila dah berkenan, beli jer online, then diorg akan bg voucher utk redeem. then bwk voucher tu ke restoran, bg kat kaunter dan dah boleh pilih food. so utk harga RM33 kitorg eligible utk bottomless ice lemon tea for 2, choice of either nasi mendy lamb/ayam or chicken kebab, 2 bowls of salads and desserts for 2.

since kitorg ke sana lunchtime, dgn tak sempat breakfast lagi pagi tu, so for sure la pilih nasik. 

hubby amik lamb mandy. sedap dan lamb dia pun banyak!

and i amik chicken mandy. verdict: tak sedap sangat, frust jer bilamana tgk saiz ayam yg kecik. dan agak keras tuh.. a big No-No after this!

lamb and chicken mandy tuh dua-dua diserve dgn sup. pelik skit sup ni sbb berwarna merah. rasa dia ok gak, agak berbeza dgn sup melayu/mamak.

dapat sekali dgn dessert - tak sure apanama dessert ni, tp rasa dia ala2 dadih gitu. sedap dan refreshing. teh arab ni pun included dlm deal groupon tuh.

salad dgn bottomless ice lemon tea ni included dlm deal voucher groupon tuh. kira puashati la jugak, sbb murahhh!! semua food kat atas ni for 2 persons just rm33!

sebab dah rasa murah (dan voucher tu dah dibayar months ago), so kitorg order la food tambahan lain.. 

dah alang sampai ke chulan square kan, haruslah try jugak food lain.. hehe 

ni Fried Lamb diserve dgn roti nan.harga RM18. lamb ni direlai2kan dan  yg panjang2 tu ialah potato,diorg masaklak dgn herbs. rasa dia  sedap gak..

ni roti nan dia. sedap!! lembut dan kat tepi2 dia tu crunchy.

tp yg paling sedap ialah udang ni.Prawns with Sauce, RM30. udang ni rasa dia masam2 gitu, gravy dia sungguh pekat dan tersangat sedaaaappp kalau dicicah dgn roti nan. udang ni akan diserve either dgn roti nan or pilau rice. hingga licin kitorg cicah kuah udang nih!! mmg berbaloi-baloi sungguh!! hehehe 

pricewise, considered ok lar.. sbb location tu kat belakang klcc, harga lebih kurang sama dgn mana2 restoran arab di sekitar kl ni jer.. check their menu and price here

suasana pun tenang jer. 2 tingkat restoran ni. actually ada satu lagi restoran ni kat Jalan Ampang- opposite Victoria Station Jalan Ampang. restoran kat Jln Ampang tu lagi besar,parking pun FOC.. kalau yg kat Chulan Sq ni, parking banyak kat belakang building tu, cuma kena bayar RM5 per entry.

owhs tabir kayu kat sblh kanan ni sbnrnya digunakan utk tutup/bg privacy kat mat2/minah2 arab utk makan, esp utk yg pakai burka/purdah. so boleh request dgn waiter utk dapatkan blind ni, then lepas dah habis makan diorg akan alih balik blind ni..

dan kalau nk panggil waiter, takyah terjerit angkat tangan. just press je button tuh. cool huh? :)


THE VERDICT:
Food: delicious, our favourite would be their nans, and udang in tomato gravy (in Chulan Sq) and Lamb madghout (in Jln Ampang)
Cleanliness: Very clean
Value for money: Yes (esp with our groupon voucher!hahaha :p)
Return again? Yes, but would prefer Jln Ampang's branch.

Address:
Lot 7 & 7A, Block B,
Chulan Square, 
92, Jalan Raja Chulan, KL. 
checkout their map here


or you can visit their website here


Saturday, December 17, 2011

Restoran Barada, Bdr Tun Hussein Onn

Second time kitorg ke Restoran Barada, kitorg decide nak try nasi pulak. since aritu masa makan roti/kebab kat sini  cam ala2 tak memberangsangkan jer.. 

the menu

ada banyak jugak pilihan nasi kat sini..

suasana still cosy. agak lengang sebab ke sana di tengah minggu dan di hujung bulan. hehe

haritu kitorg order lamb maghout setengah kilo. masa memula order tuh cam skeptical takut tak cukup setengah kilo utk makan berdua, siap tnya waiter tu lagi.. tersengih2 budak tuh jawab, cukuppp. bila sampai nasik tuh.... perghhh!! banyaaaaakkkkkkkk!! daging kambing pon banyak, berketul2 diorg lambak kat atas nasi tu. 

cuba tengok comparison saiz pinggan nasi dgn tin air coke tuh. reaallllyyyy biggg portion, kan?? nasi ni dihidang bersama sup, kira takdela tercekik makan nasi ni.. nasi sedap gak, memang diorg guna beras basmati yg mahal tuh, panjang2 sebijik2 jer.. 

daging kambing dia pun lembut jer, juicy lak tu. nasi ni ala2 nasi mendy je, cuma cara/rempah ratus masakan yg berbeza.. pancittss gak nak habiskan nasik ni, last2 kitorg tapau! hehehe

Moral of the story, kalau ke Barada BTHO, sila la amik makanan nasik-based ye! jauh lagi sedap dr sebarang kebab2 tuh. sungguh murah lak tuh! setengah kilo nasi lamb maghout harga dia RM28, boleh makan bertiga (hingga kenyang) atau berempat kalau utk org yg makan sikit..

THE VERDICT:

Food: Their rice is yummy!
Cleanliness: Clean
Value for money: Obsolutely!
Return again: Yes.

Saturday, December 10, 2011

Barada, Bdr Tun Hussein Onn


The only restoran arab di perkampungan umah saya. Restoran Barada Bdr Tun Hussein Onn ni terletak di Suarasa / Lake Valley. kira dekat2 area Carrefour BTHO tu.. memula dulu tak perasan pun ada restoran arab ni, mati2 duk ingat restoran melayu jer. tup2 bila baca signboard betul2 baru nampak arab cuisine rupanya.. so apalagi, time2 malas masak dan kemaruk makan luar ni lar nk pekena kan.. haruslah try singgah makan.. :)

  
 restoran ni terletak betul2 di sebelah Bangi Kopitiam BTHO.

ada 2 ekor unta sambut kedatangan kastemer

so lastweek kitorg singgah Barada utk dinner..since terasa nak diet (kununla kan? hehe) dan taknak makan nasi tambah2 pulak sebab lately asyik duk teringat jer kedai makanan febret kat london dulu, so kitorg decide nk try diorg punya kebabs. 

quite cosy gak lar.

hiasan dan food yg berkonsepkan moghul

sebab lately asyik duk teringat kat kebab kat skolah lama dulu, so cik mek decide nk order chicken kebab..
tapiiiiiiii
  
 sedih giler tgk kebab ni!! :(( diorg guna roti pita je, keras pulak tu.. dahla isi ayam tu kurang! :( priced at RM6.90 (kalau tak silap)

try to snap pic from diff angle- hoping that it'll looks yummy, but then still tak menariks! sebab memang tak sedap pon! :( sedih tak tengok salad dia? beberapa hirisan salad dgn sekeping tomato jerrr!! sungguh tak value for money!

cik Awe lak order chicken shawarma..
ini yg dia dapat..

shawarma bertopi! hahaha lawak gak memula tengok tuh.. amatlah jaaauuuhhh bezanya dgn shawarma yg kitorg biasa makan kat kedai pakistan dulu2.. :(

dan bila selak topi tu, baru tersembul ketulan2 ayam dia.. biasa2 je rasa dia, but edible lah. pastu rasa tak lengkap sebab takde garlic-mint sauce.. diorg replaced with mayo and ketchup instead! tapi rasa dia better than kebab lah.. isi ayam pon banyak.. priced at rm12 kalau tak silap.. 

ermm mungkin gak kitorg tersilap pilih food. sebab nampak meja sebelah makan nasik cam sedap gak.. next time kita try nasik pulak! ok? :)


THE VERDICT:

Food: the kebabs are not good. not sure bout their signature dish (rice)
Cleanliness:  Clean
Value for money: No
Return again? Yes-to try their rice 

 Address:
Barada Restaurant
33-A, Jalan Suarasa 8/3,
Town Park One, Lake Valley
Bandar Tun Hussien Onn
Tel: 03-9075 1939 Fax: 03-90751939


(p.s: to my fren, hargailah restoran warung chilis depan skolah kita tuh.jgnlah asyik duk termenung, sbb kebab diorg tiada lawannya.. hehe)