Showing posts with label Bandar Tun Hussein Onn. Show all posts
Showing posts with label Bandar Tun Hussein Onn. Show all posts

Saturday, December 31, 2011

Masakan kampung di Restoran Rose Sari, Bdr Tun Hussein Onn

Kalau lunchtime, restoran paling sedap dengan pelbagai masakan kampung di area umah saya ialah Restoran Rose Sari, terletak di Suadamai Bdr Tun Hussin Onn. memang sedap dan terbaik utk lunch, sbb banyaakkk pilihan lauk pauk yg ada. dari gulai kawah, masak lemak cili api yg pelbagai (paling koman ada 5-6 jenis masak lemak), ulam-ulaman, ayam kampung goreng, ikan bakar hingga lah ke pelbagai jenis pengat (ada dekat 5-6 jenis pengat)

masak lemak siput sedut, pucuk ubi, ketam, ikan sembilang, rebung, nangka dll. sedap giler!
lauk pauk lain pon banyak. ada dekat 30 jenis kot? atau lebih! kalau g sini, mmg akan duk pusing2 lama tatau nak amik lauk mana satu! hehehe

biasanya ni lauk febret kitorg. ikan bakar, lala masak pedas dgn nasik campur. heaven.

puashati sebab dapat makan masak lemak pucuk paku + gulai nangka. almaklumler nak masak sendiri tak pandai dan malas! hahaha lala dia pun sedap! ikan bakar not bad, banyak choice, biasanya ada ikan keli, tilapia, terubuk dan pari. paling suka amik ikan keli bakar. dia punya air asam ok lar, tp lagi suka cicah sambal ikan bakar tu. lagi kick!

pricewise, not bad. cuma kitorg lagi suka kalau makan kat sana terus je. bukan apa, kalau lauk pauk utk 2 org makan mcm kat atas tu dgn air teh o ais 2 gelas hanyalah dlm RM21. kira murah la kan.. tp kalau bungkus/tapau, jaaaauuuhhh lagi mahal! just imagine hubby pernah kena RM19 utk satu polisterin nasik jer! bukannya amik lauk mahal pun, just ayam seketul dgn seekor ikan keli bakar jer!! rasanya mebi sbb org yg kira kat kaunter charge dgn harga yg lebih mahal compared to org yg kira kat meja makan. thats why kitorg suka lepak2 makan kat restoran je, eventho jarak rumah ke restoran ni less than 3km! tak kisahla org ckp bini pemalas nk basuh pinggan ke hape, yg penting, jimat beb!! hahaha :p


THE VERDICT:

Food: delicious kampung food.
Cleanliness: Clean, restraurant is air conditioned.
Value for money: Yes (if dine-in), No (for takeaways).
Return again: Definitely.

p.s: my next entry will be in the new year! haha


Wednesday, December 21, 2011

Nasi Kukus

Antara makanan febret kalau time malas nak masak dan malas nak tunggu order makanan panas di restoran2.. dahla takyah nk pikir2 parking keta kat mana, just parking keta tepi jalan, order dan terus dapat.. balik umah, boleh terus makan! :)

gerai febret kitorg ialah di Suadamai Bdr Tun Hussein Onn, di hadapan Klinik Pergigian Azizah. biasanya gerai ni dibukak pada pukul 6 onwards, tp by pukul 9pm dah tak banyak ayam yg tinggal. 

nasi ni simple je, ada ayam seketul (either whole leg, or wings) agak besar-dlm quarter chicken gitu, kuah, sambal belacan dan ulam timun- kalau dtg beli awal boleh dapat taugeh goreng. eventho simple, tp sedap dan mengenyangkan.. puashati! harga sebungkus nasi ialah rm6. memang ada kick! ;)


THE VERDICT:
Food: Delicious
Cleanliness:Clean (by warung standard)
Value for money: Yes
Return again: Yes.


Tuesday, December 20, 2011

Ani Sup Utara, Bdr Tun Hussein Onn

Dah 2 minggu sakit tekak, masa first time kena 2wks ago siap demam2 lagi, suara pon takde. siap dapat MC lagi 2 hari.. nak wat camne, keja guna suara dan tangan, bila suara takde, mmg patut dapat coti la kan? hehehe :p since sakit tekak yg amat teruk sampai tahap nak menelan pon susah, cik Awe suggested g makan benda2 lembut, macam sup2 jer... sebab malas nak travel dan explore tempat makan jauh2, kitorg ke Restoran Ani Sup Utara kat Lake Valley BTHO jer...

Actually restoran ni di-franchise. ada banyak jer cawangan di seluruh mesia.. tp quality/kesedapan food tatau camne diorg selaraskan. sebab tak pernah rasa kat tempat lain.. last week kira first time kitorg try makan kat situ.. :)

suasana agak lengang. 

kipas. actually tatau apa motip amik gmbr ni, tp sbb dah haplod, tayang je lar.. heheh :D

cik Awe order set nasi. diorg bg nasi putih, telur masin, smbal belacan dgn sup ekor. biasa2 aje, tp sambal belacan tu pedassssssssssss bangats!
 lupa harga brapa, tp mmg agak pricey.. 
cik Mek lak masa tu sbb tak berapa sihat, order bihun sup jer. main telann je, malas nak kunyah sbb sakit tekak. seriously tak sedap sangat, biasa2 ajer. rasanya yg jual kat tepi jalan/pasar malam jauh lagi sedap. dia punya bahan2 dlm tu pun tak banyak, mangkuk tu penuh dgn bihun jer.. 


THE VERDICT:

Food: So-so
Cleanliness: Clean
Value for money: No
Return again : Nope!

check their website here

Saturday, December 17, 2011

Restoran Barada, Bdr Tun Hussein Onn

Second time kitorg ke Restoran Barada, kitorg decide nak try nasi pulak. since aritu masa makan roti/kebab kat sini  cam ala2 tak memberangsangkan jer.. 

the menu

ada banyak jugak pilihan nasi kat sini..

suasana still cosy. agak lengang sebab ke sana di tengah minggu dan di hujung bulan. hehe

haritu kitorg order lamb maghout setengah kilo. masa memula order tuh cam skeptical takut tak cukup setengah kilo utk makan berdua, siap tnya waiter tu lagi.. tersengih2 budak tuh jawab, cukuppp. bila sampai nasik tuh.... perghhh!! banyaaaaakkkkkkkk!! daging kambing pon banyak, berketul2 diorg lambak kat atas nasi tu. 

cuba tengok comparison saiz pinggan nasi dgn tin air coke tuh. reaallllyyyy biggg portion, kan?? nasi ni dihidang bersama sup, kira takdela tercekik makan nasi ni.. nasi sedap gak, memang diorg guna beras basmati yg mahal tuh, panjang2 sebijik2 jer.. 

daging kambing dia pun lembut jer, juicy lak tu. nasi ni ala2 nasi mendy je, cuma cara/rempah ratus masakan yg berbeza.. pancittss gak nak habiskan nasik ni, last2 kitorg tapau! hehehe

Moral of the story, kalau ke Barada BTHO, sila la amik makanan nasik-based ye! jauh lagi sedap dr sebarang kebab2 tuh. sungguh murah lak tuh! setengah kilo nasi lamb maghout harga dia RM28, boleh makan bertiga (hingga kenyang) atau berempat kalau utk org yg makan sikit..

THE VERDICT:

Food: Their rice is yummy!
Cleanliness: Clean
Value for money: Obsolutely!
Return again: Yes.

Saturday, December 10, 2011

Barada, Bdr Tun Hussein Onn


The only restoran arab di perkampungan umah saya. Restoran Barada Bdr Tun Hussein Onn ni terletak di Suarasa / Lake Valley. kira dekat2 area Carrefour BTHO tu.. memula dulu tak perasan pun ada restoran arab ni, mati2 duk ingat restoran melayu jer. tup2 bila baca signboard betul2 baru nampak arab cuisine rupanya.. so apalagi, time2 malas masak dan kemaruk makan luar ni lar nk pekena kan.. haruslah try singgah makan.. :)

  
 restoran ni terletak betul2 di sebelah Bangi Kopitiam BTHO.

ada 2 ekor unta sambut kedatangan kastemer

so lastweek kitorg singgah Barada utk dinner..since terasa nak diet (kununla kan? hehe) dan taknak makan nasi tambah2 pulak sebab lately asyik duk teringat jer kedai makanan febret kat london dulu, so kitorg decide nk try diorg punya kebabs. 

quite cosy gak lar.

hiasan dan food yg berkonsepkan moghul

sebab lately asyik duk teringat kat kebab kat skolah lama dulu, so cik mek decide nk order chicken kebab..
tapiiiiiiii
  
 sedih giler tgk kebab ni!! :(( diorg guna roti pita je, keras pulak tu.. dahla isi ayam tu kurang! :( priced at RM6.90 (kalau tak silap)

try to snap pic from diff angle- hoping that it'll looks yummy, but then still tak menariks! sebab memang tak sedap pon! :( sedih tak tengok salad dia? beberapa hirisan salad dgn sekeping tomato jerrr!! sungguh tak value for money!

cik Awe lak order chicken shawarma..
ini yg dia dapat..

shawarma bertopi! hahaha lawak gak memula tengok tuh.. amatlah jaaauuuhhh bezanya dgn shawarma yg kitorg biasa makan kat kedai pakistan dulu2.. :(

dan bila selak topi tu, baru tersembul ketulan2 ayam dia.. biasa2 je rasa dia, but edible lah. pastu rasa tak lengkap sebab takde garlic-mint sauce.. diorg replaced with mayo and ketchup instead! tapi rasa dia better than kebab lah.. isi ayam pon banyak.. priced at rm12 kalau tak silap.. 

ermm mungkin gak kitorg tersilap pilih food. sebab nampak meja sebelah makan nasik cam sedap gak.. next time kita try nasik pulak! ok? :)


THE VERDICT:

Food: the kebabs are not good. not sure bout their signature dish (rice)
Cleanliness:  Clean
Value for money: No
Return again? Yes-to try their rice 

 Address:
Barada Restaurant
33-A, Jalan Suarasa 8/3,
Town Park One, Lake Valley
Bandar Tun Hussien Onn
Tel: 03-9075 1939 Fax: 03-90751939


(p.s: to my fren, hargailah restoran warung chilis depan skolah kita tuh.jgnlah asyik duk termenung, sbb kebab diorg tiada lawannya.. hehe)


Saturday, December 3, 2011

JM Bariani House, Bdr Tun Hussein Onn

Betapa ketinggalan keretapi, restoran JM Bariani ni dah lama wujud di KL, tp kitorang tak pernah rasa nak try. hehehe tup2 baru terbukak pintu hati nk try nasi beriani kat sini last week. tu pun sebab dah bosan tatau nk makan kat mana + malas nak drive jauh utk cari sesuap nasik! :P

so kitorg decide utk dinner di JM Bariani House kat Lake Valley BTHO. diorg claim ni resepi beriani johor asli punya.

JM Bariani House, Lake Valley Bdr Tun Hussein Onn. 
actually ada banyak jer restoran ni di serata KL-Selangor.

interior yg cosy.

dan bersih!

Main food ofkos la nasik beriani. tp ada jugak terselit makanan johor yg lain cam mee jawa, tauhu bakar etc.. Tapi unfortunately malamtu masa kitorg ke sana, menu yg ada hanyalah beriani kambing dan ayam masak merah. even beriani gam pun takde. frust gak sbb baru je plan nk makan mee jawa!
so kitorg order beriani kambing dan beriani ayam masak merah (since tu jer yg ada pon) 

kuah dan lauk pauk semua diorg asingkan mangkuk. so kalo nak share pon boleh.. diorg serve lauk skali dgn dalca, acar buah dan papadom.

beriani ayam masak merah. quite a large portion jugak! ayam masak merah tu memang besar betul, penat jugaklah nak habiskan..ayam masak merah dia sedap gak.. cuma tak cukup pedas kot.. dan rasa beriani dia not so bad, biasa2 jer tp takdela sampai tak sedap lansung..

   
beriani ayam masak merah (pic taken wif flash)

cik Awe lak order bariani kambing. nasi sama, lauk jer yg berbeza. saiz daging kambing kecik sket, memang cik Awe kena kidnap cik Mek punya ayam masak merah gak..hehe dan rasa dia so-so jugak, but edible.  acar buah dia pon tak sedap sgt, sbb cam manis sangat buah tuh. prefer kalau acar tu masam-manis gitu. :)

2 pinggan bariani dgn 2 gelas limau ice costs us RM32+. bolehlar kot, actually 2 pinggan bariani ni cukup utk makan bertiga, sbb big portion.


THE VERDICT
Food: so-so. not bad though.
Cleanliness: Very clean. and cosy ambience.
Value for money? Fair
Return again? Maybe.

Address:  
No 20, Jalan Suarasa 8/4 Town Park Bandar Tun Hussein Onn,43200 Cheras, Selangor Darul Ehsan
Phone number: 016-6597496/03-9075 2680

Checkout their other outlets here

p/s: erkkk.. actually how to spell beriani? or izzit bariani? 


Wednesday, November 23, 2011

Yusof Bistro at Bandar Tun Hussein Onn

Tak tahu kenapa, area2 Bandar Tun Hussein Onn ni adalah amat ketandusan restoran mamak! yg best dan paling dekat pon Alif Bistro je, tu pon dekat area pekan Batu 11 (i'll blog bout this resturant later). biasanya kalau nk bistro yg terbaek mmg kena travel sket lar.. 

so bila Yusof Bistro start tayang banner utk opening, terus kitorg excited pergi try. Yusof Bistro ni terletak di Lake Valley BTHO, bersebelahan Carrefour BTHO. diorg baru bukak early this month.
so biasanya kalau nk try test tengok sesebuah restoran mamak tu sedap ke tak, haruslah try diorg punya signature dish - mee goreng mamak dan jugak roti canai.. 

on that day cik Mek try mee goreng mamak. lengkap dengan telur mata separuh masak sebijik. the verdict?  so-so ajer. takde kick pon. rasa mcm mee goreng biasa jer.. hmm.. 

cik Awe lak try roti canai telur. size dia reasonable, dan roti tuh lembut.. boleh la tahan.. 

cuma kari dal dia kurenggg sket! pastu dia punya sambal tuh pon tak sedap! cam tak logik je bila diorg serve sambal yg rasa dia manis2.. aiyoo!! spoil je sbb roti canai dah sedap, tp gravy out la pulak!!

All in all, kitorg agak frust dgn kualiti food yg ada. maybe kitorg belum terjumpa food yg betul2 sedap kat restoran ni kot.. lagi satu, dia punya servis agak slow. lambaaat sangat nk tunggu diorg serve food. mungkin jugak sbb baru stat beroperasi diorg belum betul2 expert lagi dgn sistem camne nk amik order etc....

hmmm... baru je ingat dah jumpa port mamak yg best kat sini, tp frust je!

Overall review:

FOOD: so-so
CLEANLINESS: very clean. even the toilets are clean!
VALUE FOR MONEY? No
RETURN AGAIN? No

Wednesday, November 16, 2011

Risya D'Kampung at Bdr Tun Hussein Onn

Jumaat lepas tetiba kitorg dapat lambakan barang2 dari UK. ada 19 kotak besar semuanya.. bila dah dapat kekotak tuh semua, mula la excited nk bukak, nk tgk balik condition my toys selamat ke tak.. end up, umah bersepah habis!! sampai tahap dah kalah tongkang pecah! takde space pon nk duduk lepak2 tgk tv, or even masak kat dapur!! so cik Mek dengan malasnya suggest kat cik Awe makan luar!! so far dah 5hari 5 malam dapur tak berasap!! hahahaha menjadikan cik Mek tersangatla hepi!! :D

Disebabkan bizi punya pasal, kitorg makan di restoran2 sekitar umah jer. lagipon nak kena concentrate kemas umah, dah sakit mata tengok keadaan umah yg bersepah tuh.. 

so last night kami dinner di Restoran Risya Masakan Kampung di Lake Valley Bdr Tun Hussein Onn (bersebelahan Carrefour BTHO). tak sure dah brapa lama restoran ni bukak, yang pasti, September tahun lepas takde lagi, tp lepas je mendarat dr negri omputih akhir September lepas, dah ada siap beroperasi. 

First impression, not bad at all! macam2 lauk kampung ada,masak lemak pucuk paku, tempoyak ikan patin, mee jawa, rojak dan even nasik dagang terengganu pon ada. disebabkan kitorg perlukan tenaga yg banyak utk dapatkan tenaga kemas umah, kitorg decide utk order nasi ayam for dinner.

Ok, kat kedai ni nasi ayam dia disediakan di dapur, i mean takde tayang2 ayam gantung depan kedai mcm typical kedai nasik ayam tuh. yg bagusnya sebab sup dia panas2 dan bersih (sebab ayam takdela tergantung sepanjang hari).

dia punya portion nasik ayam banyaaakkkk!!! mebe sbb biasanya kalau kedai2 lain diorg guna mangkuk bulat utk scoop nasik, tp kedai ni guna mangkuk square (agaknya sbb tak ada mangkuk square yg kecik kot?) paling best sebab sup dia panas, dan sos cili dia berasa cili-tapi tak terlalu pedas- dan diorg mmg tak berkira, mmg very2 generous dgn servings tuh!!

ayam pulak, biiigggggg portion jugak!! cik Awe siap dapat the whole thigh lagi, ok! first time g makan nasik ayam dapat ayam yg banyak. eventhough nasi diorg bg banyak, tp ayam laaagiii banyak! even sempat ratah2 ayam lagi lepas dah habis nasik, sebab banyak giler ayam dia kasi..

selain dr tuh, even timun dia pon BIG jugaks!! 

see? very the big lah! tebal giler!! kalau kat kedai lain, agaknya satu slice timun nih diorg boleh slicekan nipis kpd 2-3 slices kot.. tp kat kedai ni very the generous one lah! but i loike!! hahaha :p


but surprisingly, the price is not that big!! 2 plates of nasik ayam + 2 big glasses of teh o ais limau only costs us RM12!! kenyang sampai pagi!!

hmm.. kompom lepasni kitorg nk register jadi regular kastemer nasik ayam kat sini lah! :)

Overall review:

Food: Nasi ayam was good. not surea bout other food (yet!)
Cleanliness: Clean, but can be improved
Value for money: YES for nasi ayam! hehe
Return again? : Yes