Showing posts with label Selangor. Show all posts
Showing posts with label Selangor. Show all posts

Tuesday, January 17, 2012

Doli

First time makan Doli Char kueyteow ni ialah masa kenduri kawen kazen last week. dah lama duk baca pasal kueyteow ni kat blog sblm2 ni,tup2 masa kenduri kawin tuh ada "live" station buat kueyteow. oh sesungguhnya kenduri kawen tu yg paliiiingg best sekali yg saya pernah attend. food sume sedap2, ada 3 live stations- Doli CKT, ABC sedap dan popia basah PJ (diorg ckp popia ni kalau bulan puasa pukul 3pm org dah stat beratur nak bli!). buffet food dia lak mewah, lauk pauk banyaaakkkk, choices pon byk drp ayam,udang, daging, dalca, nasik briani, nasik putih semua cukup lengkap. siap ada kambing golek lagi seekor!! mmg meriah sungguh kenduri tuh. puashati kitorg makan! semoga Allah merahmati pengantin hingga ke anak cucu. :)

ok berbalik kepada citer CKT Doli ni..masa makan CKT ni kat kenduri kawen aritu, since kitorg just amik 1 portion dan share, terus rasa teringin nak try makan kat restoran dia pulak.. tuh yg weekend bebaru ni otw balik dr IKEA kitorg sempat singgah ke Restoran Doli di Taman Tun Dr Ismail.

interior dalam dia bersih dan ala2 kopitiam gitu. actually Doli ni berasal usul dr Taiping, kiranya di TTDI tu ialah cawangan.

pilihan food yg ada tak banyak just- kueyteow/mee goreng (RM4.50), kueyteow/mee goreng special(RM10), nasi ayam. mee rebus, nasi dalca. pilihan air pon tak banyak. kitorg order limau ais dgn sirap bandung, unfortunately tak sedap sgt air2 ni. tawar dan cair! :(

for food, both of us ordered charkueyteow special (RM10). rasa dia sedap, penuh dgn udang2 dan kerang yg fresh. dia punya cili/kicap sdap gak cuma sikit sangat. hehehe cuma rasanya boleh diimprove kan lagi kalau CKT tu betul2 panas masa serve tu.. sebab kitorg punya CKT tuh cam ala2 suam gitu.. oh ye, CKT kat sini ialah CKT jenis kering (chinese style).total costs ialah RM25 utk 2 CKT spesel dan 3 gelas air. not bad la kot, considering udang2 dan kerang2 yg bergelimpangan tuh!


THE VERDICT:

Food: Good but can be better.
Cleanliness: Yes
Value for money: Yes
Return again: Yes

Address:
Doli Kuey Teow Goreng
No. 16, Jalan Wan Kadir 4
Taman Tun Dr Ismail
Kuala Lumpur

Tel: 03-77225351


p.s: Doli adalah restoran milik Melayu dan halal.

Friday, January 6, 2012

Restoran Nasi Dagang Ulik Mayang

Selalunya suka singgah di Restoran Nasi Dagang Ulik Mayang ni utk breakfast. esp kalau kebetulan nk ke UIA visit BIL or ke UIA. dulu2 paling suka singgah sini utk makan nasik dagang terengganu dgn ubi rebus cicah kelapa.. memang terbaik lar!! sejak balik baru aritu singgah sekali, tu pon sbb dah tatau nak makan kat mana otw nak balik ke KB.

Restoran ni terletak di Taman Melati, betul2 tepi MRR2.
 
Disebabkan malas nak makan nasik dagang, so kitorg just makan nasi kerabu for me dan nasi berlauk for cik Awe.
nasi kerabu dia takde kaler!! diorg just guna nasi putih jer.. kurang feel!! dahla budu dia agak masin. sambal tumis utk nasi kerabu not bad lar. and then saya amik jugak sikit daging goreng. overall taste not bad lar, tp rasanya nasi kerabu kat pasar malam cam lagi best kot? mebi sebab takde kaler, so dah bias dgn rasa dia!! hehehe harga dah lupa.. hehe
Ni cik Awe punya plate. dia amik nasi berlauk dgn daging goreng dah ikan keli goreng. sedap gak..  Total price that day was RM19, termasuk air teh o ais 2 gelas. 
 
 
THE VERDICT:
 
Food: Fair
Cleanliness:  Clean
Value for money: Fair
Return again: Yes
 
 
Address:
55 & 57G Jalan Melati Utama 4, Taman Melati Utama, Setapak
53100  Kuala Lumpur
Wilayah Persekutuan  Malaysia  
Telephone: 0126292342

GPS Coordinates:
N 3 13.40016 E 101 43.85508

Saturday, December 31, 2011

Masakan kampung di Restoran Rose Sari, Bdr Tun Hussein Onn

Kalau lunchtime, restoran paling sedap dengan pelbagai masakan kampung di area umah saya ialah Restoran Rose Sari, terletak di Suadamai Bdr Tun Hussin Onn. memang sedap dan terbaik utk lunch, sbb banyaakkk pilihan lauk pauk yg ada. dari gulai kawah, masak lemak cili api yg pelbagai (paling koman ada 5-6 jenis masak lemak), ulam-ulaman, ayam kampung goreng, ikan bakar hingga lah ke pelbagai jenis pengat (ada dekat 5-6 jenis pengat)

masak lemak siput sedut, pucuk ubi, ketam, ikan sembilang, rebung, nangka dll. sedap giler!
lauk pauk lain pon banyak. ada dekat 30 jenis kot? atau lebih! kalau g sini, mmg akan duk pusing2 lama tatau nak amik lauk mana satu! hehehe

biasanya ni lauk febret kitorg. ikan bakar, lala masak pedas dgn nasik campur. heaven.

puashati sebab dapat makan masak lemak pucuk paku + gulai nangka. almaklumler nak masak sendiri tak pandai dan malas! hahaha lala dia pun sedap! ikan bakar not bad, banyak choice, biasanya ada ikan keli, tilapia, terubuk dan pari. paling suka amik ikan keli bakar. dia punya air asam ok lar, tp lagi suka cicah sambal ikan bakar tu. lagi kick!

pricewise, not bad. cuma kitorg lagi suka kalau makan kat sana terus je. bukan apa, kalau lauk pauk utk 2 org makan mcm kat atas tu dgn air teh o ais 2 gelas hanyalah dlm RM21. kira murah la kan.. tp kalau bungkus/tapau, jaaaauuuhhh lagi mahal! just imagine hubby pernah kena RM19 utk satu polisterin nasik jer! bukannya amik lauk mahal pun, just ayam seketul dgn seekor ikan keli bakar jer!! rasanya mebi sbb org yg kira kat kaunter charge dgn harga yg lebih mahal compared to org yg kira kat meja makan. thats why kitorg suka lepak2 makan kat restoran je, eventho jarak rumah ke restoran ni less than 3km! tak kisahla org ckp bini pemalas nk basuh pinggan ke hape, yg penting, jimat beb!! hahaha :p


THE VERDICT:

Food: delicious kampung food.
Cleanliness: Clean, restraurant is air conditioned.
Value for money: Yes (if dine-in), No (for takeaways).
Return again: Definitely.

p.s: my next entry will be in the new year! haha


Wednesday, December 28, 2011

Alif Bistro, Cheras Batu 11.

Aritu kitorg ke Cheras Batu 11, temankan hubby ke bank utk bank in duit.. alang2 dah park keta cantek kat tepi bank tuh, kitorg terus singgah mamak di Restoran ALif Bistro, Pekan Batu 11 Cheras.. supper sambil lepak2 borak2 dgn hubby.. aritu kebetulan dinner awal pulak, so mmg lapar gak lar..

actually ni antata fevret mamak kitorg.. dia punya mee goreng mamak memang superb! siap ada kacang tanah dan tauhu cukup lengkap. seriously memang terbaek! tapi aritu tak order mee goreng mamak ni, sebab nk try roti canai dia pulak.. 

  
so cik Mek order roti canai telur. dia punya roti canai sedap dan lembut.. kari dia not bad, spicy tapi takde la kuat mana bau rempah kari dia. eben dhal dan sambal dia pun sedap..

cik Awe lak order nasi lemak dgn ayam goreng. seriously seriously sedap! sambal dia mmg the best lah! pedas, masam masin manis seimbang dan cukup lengkap.. the best nasi lemak mamaj yg kitorg pernah try.. dahla telur mata dia pun cantik jer separuh masak. ayam goreng dia pun sedap..

dan yg paling penting, harga pon tak semahal restoran2 mamak yg lain.. harga nasi lemak aritu ialah rm4.50 saja.. murah kan?

Address:
Alif Bistro, Pekan Batu 11 Cheras
(bersebelahan Hong Leong Bank)

THE VERDICT:

Food: Yummy!
Cleanliness: Moderate
Value for money: Yes
Return again: Yes.

Wednesday, December 21, 2011

Nasi Kukus

Antara makanan febret kalau time malas nak masak dan malas nak tunggu order makanan panas di restoran2.. dahla takyah nk pikir2 parking keta kat mana, just parking keta tepi jalan, order dan terus dapat.. balik umah, boleh terus makan! :)

gerai febret kitorg ialah di Suadamai Bdr Tun Hussein Onn, di hadapan Klinik Pergigian Azizah. biasanya gerai ni dibukak pada pukul 6 onwards, tp by pukul 9pm dah tak banyak ayam yg tinggal. 

nasi ni simple je, ada ayam seketul (either whole leg, or wings) agak besar-dlm quarter chicken gitu, kuah, sambal belacan dan ulam timun- kalau dtg beli awal boleh dapat taugeh goreng. eventho simple, tp sedap dan mengenyangkan.. puashati! harga sebungkus nasi ialah rm6. memang ada kick! ;)


THE VERDICT:
Food: Delicious
Cleanliness:Clean (by warung standard)
Value for money: Yes
Return again: Yes.


Tuesday, December 20, 2011

Ani Sup Utara, Bdr Tun Hussein Onn

Dah 2 minggu sakit tekak, masa first time kena 2wks ago siap demam2 lagi, suara pon takde. siap dapat MC lagi 2 hari.. nak wat camne, keja guna suara dan tangan, bila suara takde, mmg patut dapat coti la kan? hehehe :p since sakit tekak yg amat teruk sampai tahap nak menelan pon susah, cik Awe suggested g makan benda2 lembut, macam sup2 jer... sebab malas nak travel dan explore tempat makan jauh2, kitorg ke Restoran Ani Sup Utara kat Lake Valley BTHO jer...

Actually restoran ni di-franchise. ada banyak jer cawangan di seluruh mesia.. tp quality/kesedapan food tatau camne diorg selaraskan. sebab tak pernah rasa kat tempat lain.. last week kira first time kitorg try makan kat situ.. :)

suasana agak lengang. 

kipas. actually tatau apa motip amik gmbr ni, tp sbb dah haplod, tayang je lar.. heheh :D

cik Awe order set nasi. diorg bg nasi putih, telur masin, smbal belacan dgn sup ekor. biasa2 aje, tp sambal belacan tu pedassssssssssss bangats!
 lupa harga brapa, tp mmg agak pricey.. 
cik Mek lak masa tu sbb tak berapa sihat, order bihun sup jer. main telann je, malas nak kunyah sbb sakit tekak. seriously tak sedap sangat, biasa2 ajer. rasanya yg jual kat tepi jalan/pasar malam jauh lagi sedap. dia punya bahan2 dlm tu pun tak banyak, mangkuk tu penuh dgn bihun jer.. 


THE VERDICT:

Food: So-so
Cleanliness: Clean
Value for money: No
Return again : Nope!

check their website here

Saturday, December 17, 2011

Restoran Barada, Bdr Tun Hussein Onn

Second time kitorg ke Restoran Barada, kitorg decide nak try nasi pulak. since aritu masa makan roti/kebab kat sini  cam ala2 tak memberangsangkan jer.. 

the menu

ada banyak jugak pilihan nasi kat sini..

suasana still cosy. agak lengang sebab ke sana di tengah minggu dan di hujung bulan. hehe

haritu kitorg order lamb maghout setengah kilo. masa memula order tuh cam skeptical takut tak cukup setengah kilo utk makan berdua, siap tnya waiter tu lagi.. tersengih2 budak tuh jawab, cukuppp. bila sampai nasik tuh.... perghhh!! banyaaaaakkkkkkkk!! daging kambing pon banyak, berketul2 diorg lambak kat atas nasi tu. 

cuba tengok comparison saiz pinggan nasi dgn tin air coke tuh. reaallllyyyy biggg portion, kan?? nasi ni dihidang bersama sup, kira takdela tercekik makan nasi ni.. nasi sedap gak, memang diorg guna beras basmati yg mahal tuh, panjang2 sebijik2 jer.. 

daging kambing dia pun lembut jer, juicy lak tu. nasi ni ala2 nasi mendy je, cuma cara/rempah ratus masakan yg berbeza.. pancittss gak nak habiskan nasik ni, last2 kitorg tapau! hehehe

Moral of the story, kalau ke Barada BTHO, sila la amik makanan nasik-based ye! jauh lagi sedap dr sebarang kebab2 tuh. sungguh murah lak tuh! setengah kilo nasi lamb maghout harga dia RM28, boleh makan bertiga (hingga kenyang) atau berempat kalau utk org yg makan sikit..

THE VERDICT:

Food: Their rice is yummy!
Cleanliness: Clean
Value for money: Obsolutely!
Return again: Yes.

Sunday, December 11, 2011

Restoran Mee Bandung Muar D'Muar Western Food, Kajang

Fuuh!! panjang betol nama restoran ni.. hehe tapi restoran ni memang menarik sebab org selalu jer ramai.. dahla location strategik, terletak di main road ke bandar kajang kalau uols dr cheras. pastu setentang dengan Hospital Pakar KPJ Kajang pulak tuh.. 

  
dgn lampu lip-lap nya.. dgn asap berkepul2 nya.. dgn kereta dan org ramai lagi, memang menarik dan tertarik utk singgah! 

actually dah pergi banyak kali sebab dikira dekat jer dgn umah, tapi tak sempat2 nak berblog lagi.. so ni alang2 nak blog, saya nk tayang food yg kitorg pernah try kat sini. so far semua sedap2 dan superb. kiranya antara restoran berhampiran dgn umah yg kitorg dah register nk jd loyal customer la ni. hehhe :p

restoran ni besar, parking spaces pon banyak.
kat restoran ni ada 2 tempat makan, yg terbahagi oleh laluan kereta. semuanya under restoran yg sama.  food pulak banyak jenis, cam ala2 konsep booth pon ye jugak!


memula order, order je kat budak pelayan yg lalu lalang. tp (kalo ikut signage), utk tambah order, kena g order kat kaunter..

 
first time datang sini, cik Mek order mee bandung muor, perrgghh!! terus jatuh cinta! sedap giler!!

 
kuah pekat likat, memang berasa udang kering dia.. isi kandungan/bahan2 dlm tuh pun banyak!

   
large servings jugak. harga rm4.50 semangkuk.

 
pastu kitorg order jugak sate. sedaaaapppppp jugak! jauh lagi sedap dr samuri nyer sate!!  ketulan2 ayam/daging tu besar2 dan juicy2 pulak tuh! harga 60sen je secucuk. the BEST sate in kajang! (sorry dgn kualiti gambar ni, gelap gulita je, lupa nak guna flash! hehe)

 
chicken chop kat sini pon not bad! sedap gak.. ayam tuh besar, dan rangup. dia punya balckpepper tu ok gak, not bad lar. cuma agak frust sebab dia punya side dishes tuh semua outttt!!! fries tuh keras dan sejuk! :( coleslaw dahla sikit, tak cukup creamy pulak tuh..dia punya mixed veges tuh lagi sedh, keras kejung. macam baru kuar dr freezer pastu diorg terus tuang atas pinggan.. aiisehman! spoil betul! it would be better kalau side dishes semua ni sedap!

 
harga dah lupa.. tapi definitely tak lebih dr RM12. dikira murah kalau amik kira portion ayam yg besar ni..

hmmm.. moral dia, mmg kitorg dah jadi regular customers dah skrgni.. dekat dgn umah, tak jem, dan food sedap2.. pastu byk variety lak tu, dr roti canai sampaaaaiiii la sate. takdela asyik2 makan tomyam-nasik goreng kampung jer manjang kan.. hehehe pastuh yg paling utama, harga pon ok..  :D


THE VERDICT:

Food:  Good.
Cleanliness: Moderate
Value for money: Yes
Return again? Yes.


Address:
Batu 14, Jalan Cheras, Kajang (opposite KPJ Kajang)
Phone : 016-267 9156, 013-322 5702


Saturday, December 10, 2011

Barada, Bdr Tun Hussein Onn


The only restoran arab di perkampungan umah saya. Restoran Barada Bdr Tun Hussein Onn ni terletak di Suarasa / Lake Valley. kira dekat2 area Carrefour BTHO tu.. memula dulu tak perasan pun ada restoran arab ni, mati2 duk ingat restoran melayu jer. tup2 bila baca signboard betul2 baru nampak arab cuisine rupanya.. so apalagi, time2 malas masak dan kemaruk makan luar ni lar nk pekena kan.. haruslah try singgah makan.. :)

  
 restoran ni terletak betul2 di sebelah Bangi Kopitiam BTHO.

ada 2 ekor unta sambut kedatangan kastemer

so lastweek kitorg singgah Barada utk dinner..since terasa nak diet (kununla kan? hehe) dan taknak makan nasi tambah2 pulak sebab lately asyik duk teringat jer kedai makanan febret kat london dulu, so kitorg decide nk try diorg punya kebabs. 

quite cosy gak lar.

hiasan dan food yg berkonsepkan moghul

sebab lately asyik duk teringat kat kebab kat skolah lama dulu, so cik mek decide nk order chicken kebab..
tapiiiiiiii
  
 sedih giler tgk kebab ni!! :(( diorg guna roti pita je, keras pulak tu.. dahla isi ayam tu kurang! :( priced at RM6.90 (kalau tak silap)

try to snap pic from diff angle- hoping that it'll looks yummy, but then still tak menariks! sebab memang tak sedap pon! :( sedih tak tengok salad dia? beberapa hirisan salad dgn sekeping tomato jerrr!! sungguh tak value for money!

cik Awe lak order chicken shawarma..
ini yg dia dapat..

shawarma bertopi! hahaha lawak gak memula tengok tuh.. amatlah jaaauuuhhh bezanya dgn shawarma yg kitorg biasa makan kat kedai pakistan dulu2.. :(

dan bila selak topi tu, baru tersembul ketulan2 ayam dia.. biasa2 je rasa dia, but edible lah. pastu rasa tak lengkap sebab takde garlic-mint sauce.. diorg replaced with mayo and ketchup instead! tapi rasa dia better than kebab lah.. isi ayam pon banyak.. priced at rm12 kalau tak silap.. 

ermm mungkin gak kitorg tersilap pilih food. sebab nampak meja sebelah makan nasik cam sedap gak.. next time kita try nasik pulak! ok? :)


THE VERDICT:

Food: the kebabs are not good. not sure bout their signature dish (rice)
Cleanliness:  Clean
Value for money: No
Return again? Yes-to try their rice 

 Address:
Barada Restaurant
33-A, Jalan Suarasa 8/3,
Town Park One, Lake Valley
Bandar Tun Hussien Onn
Tel: 03-9075 1939 Fax: 03-90751939


(p.s: to my fren, hargailah restoran warung chilis depan skolah kita tuh.jgnlah asyik duk termenung, sbb kebab diorg tiada lawannya.. hehe)


Thursday, December 8, 2011

Kayu Nasi Kandar, Bandar Sri Permaisuri

Sabtu lepas lepas ada kerja di Bangsar, bila habis semua kerja dah pukul 1pm. sebab malas nak redah bangsar cari tempat makan (errrkk takkan nak g Pelita Bangsar lagi kot, baru je pergi kan? hehe), pastu malas nak masuk mana2 shopping complex, kitorg decide terus balik rumah.. so our major problem and major question ialah tatau nak makan kat mana.. hehehe :p since Bdr Sri Permaisuri memang akan lalu sbb dah otw masa nak balik umah, cik Awe suggested singgah Permaisuri je, cari2 kedai yg menarik.. niat asal nak cari Restoran Ikan Bakar Bellamy, sebab terbaca kat blog redmummy pasal restoran tu. tapi bila pusing2 nampak tak brapa authentic sebab restoran dia cantik sangat!! hehehe so kitorg decide singgah pekena nasik kandaq lagi!! hahaha :p

kali ni kitorg try Original Kayu pulak. terletak di BSP, just next to Q Bistro, menghadap Cendana Condo dan Masjis BSP.

kat dalam restoran ni sangat cosy dan ekslusif. air conditioned dan tersangat bersih. takde bau, takde asap tak macam typical mamak restaurant.

so ni rezeki kami lunch sabtu bebaru ni. kitorg amik lauk yg sama.. ayam goreng, sambal telur, bendi dan papadom. dan semestinya kuah campur dan kasi banjirrr!! :) verdict: sedap jugak! for me rasa nasi kandar ni  lagi sedap dari Pelita, but then for cik Awe dia lagi suka Pelita.. apapon, both (Pelita dan Kayu) dua2 sedap lah!!! :)

air pulak kitorg order air teh o ais limau 2 gelas. kat sini yg bestnya ada banyak periuk2 besar diorg display dan lauk2 dia pun banyak choice. errmmm actually ada snap pic gmbar lauk pauk tuh, tp ada si kecik terdelete pulak pics tu semua (sebab nk make way utk snap dia punya pics transformers!!iskkk..).. takper, next time la kita snap pics dan buat entry lagi.. :) 

owh ye, total damage for that lunch was just rm20.80!! dikira murah sebab boleh makan sedap2 kat dalam aircond dan selesa pulak tuh.. tak gitu?? ;)


THE VERDICT:

Food: Good (nasi kandar)
Cleanliness: Veryyyyy clean.
Value for money: Yes, considering the cosy ambience and delish food.
Return againa: YES!

Address:
Original Kayu Nasi Kandar 
No.1 & 3, Jalan Dwi Tasik 1,
Bandar Sri Prmaisuri 1,
56000 Cheras,
Tel: (03) 9173 2777
Fax: (03) 9173 1777

Check out their website here

Monday, December 5, 2011

Ayers Rock Butcher & Grill Bukit Jelutong, really rocks!!


Actually dah dengar2 cerita pasal Ayers Rock ni dah lama. masa memula pembukaan tu lagi, cik Awe dah dapat emel dlm dia punya alumni emel thread. tp sebab masa tu still kat obersi, so pendam kan saja la niat tuh. pastu petang semalam saja2 berjalan ke umah kakak ipar, kebetulan umah dia dah dekat2 area situ, so cik Awe suggested kita makan besar utk tea-dinner.. so cik Mek pon apalagi, on kan ajer lar.. hehehe :p

masa sampai tu gelap sebab hujan ribut kuat.. tp sebab determination yg kuat, sanggup jer redah hujan cari restoran ni. dahla takde GPS (ada, tp belum update map mesia lagik), pastu tak brapa biasa lak dgn area bukit jelutong.. meredah based on address yg ada jer.. seb baik jumpa!! hehehe

interior dan hiasan dalaman dia agak cosy..
masa kitorg makan tu memang lengang lar.. sapa la nak pegi time2 hujan lebat camtuh kan.. hehehe
   
dekat tingkap main door diorg hias dengan rempah2 ratus dan jugak botol gravy (agaknyala?hehe).. nice!! :)

hiasan cam ala2 koboi pon ada jugak.. pistol di dinding restoran.. 

G'day Mate!
actually Ayers Rock adalah nama tempat di Australia. dgr2nya tokey restoran ni pernah duduk oz lama. 
macam2 jenis steak ada:ribeye, striploin, angus, lamb shoulder, lamb chop, ribs and the most expensive is wagyu beef.. pastu nk steak saiz besar mana depends pada budget dan selera masing2.. ada 200gm (they called it for casual dining), 280gm (hearty dining) dan jugak 350gm (beef eater). pricewise not that bad.. 
pastu kalau malas nak makan steak, ada jugak menu lain cam burger (beef patties dia besar, ok!), salmon steak etc..
  
pastu kalau rasa nak lebih thrill, boleh pilih sdr daging apa yg berkenan, then suruh jer diorg buat steak.. kalau nak beli daging mentah utk masak kat umah pon boleh.. 

yang best, sebab banyaaak pilihan daging ada kat sini.. bersih dan nice presentation. takde bau lansung pulak tuh! semua daging diimport dr Australia, siap ada sijil halal lagi.so takyah pening pikir takut tak halal etc. (tokey adalah org melayu)
so bila dah order tuh, pekerja restoran ni akan amik daging dr tempat display, potong dan timbang. then diorg hantar daging tu ke dlm kedai utk dibakar jadi steak..

  
so nih la dinner cik Mek semalam. premium striploin steak, medium rare. sebab tamak haloba, cik Mek request for 280gm, kira hearty meal la nih. :)
dia punya gravy, sangat unik dan sedap! tak muak. rasa cam ala2 blackpepper tp tak pedas sangat dan creamy.. siap tak cukup gravy lagi. hehehe pastu rasa steak diorg ni lain dari steak Tony Roma/chilis/TGI Friday, sebab gravy ni.. side dish lak diorg bg salad potato- sedap giler, creamy dan tak muak.. dan jugak mixed salad. salad ni so-so jer, diorg just mix dengan olive oil jer.
  
kemerahan sebab medium rare. yes, i am a beef eater! dan 280gm of steak ni besarrrr dan tebal ok!! eventhough tebal, tapi daging steak dia still tender dan juicy.. kenyang bangats! rasa cam karnivor lak semalam! hehe :p  sedap giler weiihh!!!

nih cik Awe punya steak. dia amik 280gm premium grainfed ribeye steak. semua sama cam cik Mek's punya dish, cuma bahagian daging je yg berlainan. 

110% dijamin sedap!!! aisehman! am salivating!!!
eventhough 280gm dengar cam sikit jer kan, tp bila dah jadi steak tu, banyakkk ok! kenyang sampai ke malam.. puashati!! pricewise, 2 steaks and 2 soft drinks cost us RM116. (if im not mistaken) there's no govt tax whatsoever..reasonable price.. cam lagi murah compared to TGIF/TR/Chilis, considering their big steak.

THE VERDICT:
Food: delicious!!
Cleanliness: Very Clean
Return again: Definitely
Value for money: Yes!

Address 
Lot 04-G, D'Bayu Jalan Serambi U8/24 Bukit Jelutong 40150 Shah Alam

Contact 03 7845 5150 (better book a table first, it can be really busy during weekends)

Check their map here


Oppsss!! one more thing that I forgot to mention and I didnt really understand, was this..


...hmmm... izzit really necessary to stick on a car sticker to the glass door? (cik Awe forced me to snap this photo)... MCOBs will always be MCOBs.
 *yawn* hehehe :p