Saturday, January 5, 2013

Makanan halal Bangkok: Yana Restaurant, MBK Mall

Kalau ke Bangkok, tak sah kalau tak ke MBK Mall utk shopping souvenirs. dan kalau ke MBK Mall memang tak sah kalau tak pekena makan kat Yana Restaurant. Glamer restoran ni, memang selalu full. Terletak di Level 5, Tokyo Wing. Betul2 berhadapan dengan food court.

the entrance
  
restoran ni kecik je. meja makan dia buat dalam bentuk section2 camni.
thai & international food. tp ofkos la kat sini makanan thai lar yg sedap. :)

pepper and salt yg kiut

our drinks. 


kitorg ke Yana Restaurant ni 2 kali sepanjang berada di bangkok. 

on the first visit kitorg order...

  
tomyam goong. superrrr sedap!!! memang yg paling sedap kami pernah rasa. tomyam pedas, tp tak terlalu pedas, diorg letak santan cair skit yg tak terasa muak, dan dia punya lauk pauk dalam tu pun banyak. puashati!

  
blackpepper beef. so-so ajer sebab beef tu overcooked. yang bijik2 hijau tu ialah blackpepper  fresh- pelik skali rasa dia.

burppp!!!  total damage that day was RM60+ utk 2 pinggan nasi, tomyam, blackpepper beef dan 2 cans of soft drinks.


disebabkan sedap dan asyik duk terkenangkan si mek Yana ni, kami ke sana lagi on the second day kat Bangkok tuh.. but this time around kami try lauk lain pulak...

  
kerabu mangga
 
  
sedap wehhh kerabu mangga ni. tak masam, manis2 dan terasa sangat fresh.

 
sotong celup tepung. agak fail sebab lemau. pastu sotong sikittt sangat. nampak banyak sebab diorg serve sekali dengan bawang besar celup tepung dan jugak sengkuang celup tepung. sos dia terlalu cair dan manis.

tapi dia punya thai green curry ni teramat sangat sedap! masya allah sedap giler hokeh!! sampai tahap boleh hirup kuah tuh!!! ayam dia tender dan juicy, ada skali dalam tu terung pipit dan jugak rebung yg crunchy2 lemak2 manis gitu. perghhh!! memang sedap gilerr!! (im actually drooling while typing this! hahahaha)

  
lambang kesedapan green curry :p

  
yang tinggal hanyalah bunga orkid dan bawang celup tepung; :p

lichinnn!! :p

alhamdulillah tersandar kekenyangan... hahaha


lepas makan, kami terus jadi malas nak pusing2 shopping MBK lagi. tp still rajin dan bersemangat nk cari thai desert pulak.. hahhahaha


...to be continued



Friday, January 4, 2013

Makanan halal bangkok: Saman Islam Chatuchak Market

Kami pulang dari vacation trip ke bangkok dah lama, tapi sekarangni musim malas melanda. so lepas dekat 2 bulan ni baru nak hapdet blog, hopefully masih ingatla.. hehehehe :) sebelum ke bangkok aritu kitorg mmg ada google2 cari tempat2 makan yg best dan halal di bangkok. makanan halal di bangkok ada banyak, cuma agak susah nk cari.

on the second day kat bangkok kitorg ke Chatuchak Market. market ni besarrr... boleh tersesat jugakla kalau berjalan tanpa map.. antara gerai makan yg halal kat Chatuchak Market ni ialah Restoran Saman Islam. Nak cari stall ni senang je, kena cari clock tower kat chatuchak tu, dan stall ni betul2 berhadapan dgn clock tower tuh.

the clock tower

the stall. ada banyak pilihan makanan kat sini, dari nasi beriani, hinggalah ke pelbagai jenis tomyam, kerabu dan jugak desert.

nasi beriani dan lauk pauk yg ada.

  
beef noodle station

haritu memandangkan kami plan nk pergi makan kat tempat lain for lunch, so kitorg decide just makan ringan2 je dulu.. utk alas perut je dulu sementara nak pusing pasar chatuchak tu..

  
ada org tgh menikmati beef noodle

the beef noodle, rasa dia sedap. cuma ada org tersilap underestimate diaorg punya serbuk cili. ingatkan serbuk cili ala2 malaysia yg pedas2 manja, skali pedasssss tahan gaban! hahahaha struggle nak habiskan bihun yg tersilap taruk cili nih, dahla cuaca tgh panas terik.. habis jugakla 2 gelas air utk compensate kepedasan bihun ni. hehehe :)


 
dan saya pulak order seafood tomyam noodle. sedapppp!! tomyam sedap, tp pedass jugak! seafood banyak, lagi banyak dr noodle yg ada.

Highly recommended kalau ke chatuchak market! cuma stall dia agak kecil, dan selalu full time lunch hour (mostly pelancong dr malaysia).

Address:
Section 16, Soi 7, Chatuchak, Bangkok, Thailand


Wednesday, December 26, 2012

Makanan autentik di Selera Rimba

Pernah makan rusa, pelanduk, kijang, ayam hutan or daging landak?? ok i mean daging haiwan liar yg betul2 ori, dari hutan punya... bukan haiwan yg dipelihara.. sekiranya mengidam haiwan liar yg pelik2 ni, silakan ke Restoran Selera Rimba, Sg Besar, Selangor.. :)


restoran ni popular di kalangan bikers.
(siap ada heli pernah landing kat depan restoran ni utk menikmati makanan autentik kat sini!)

restoran ni kalau tengok sekali imbas macam biasa2 jer.. macam restoran kampung yang lain.. dahla terletak di tengah2 hutan kelapa sawit... 

lauk pauk nasi campur masakan kampung/banjar yg terhidang
apart from that lauk pauks, boleh jugak a-la carte lauk lain... biasanya binatang liar tu semua kena order then baru diorg masakkan.. 

so lauk kitorg haritu ialah....

ayam kampung goreng 2 ketul. liat-liat sedap gitu.. 

masak lemak cili padi ikan baung yang sedap dan sambal ijo yg pedas tahap gaban..
ikan baung ni besarrrr... kitorg amik half ajer..

pastu kitorg order daging landak masak rendang pedas banjar. yang ni masakan panas, kitorg amik setengah kilo. rasa dia sedap! daging dia agak liat, tp masakan rendang dia memang pedas dan berkick. yummieh!!
dengan setengah kilo pelanduk masak blackpepper. pelanduk lagi sedap dari daging landak. sampai menjilat jari!! :p

makan sampai tak hengat dunia. sampai berpeluh2 sebab sedap dan pedas dan panas! hehehe

tp bebudak kecik ni semua lagi menghargai ayam goreng kampung tho.. hehehe



total spent that day was RM160+ utk 4 adults 2kids makan.. considered reasonable sebab order food pon tak hengat dunia jugak.. dahla main order je haiwan2 liar tu semua.. :) owh jgn risau, restoran ni dapat sijil daripada Jbtn Perhilitan utk serve haiwan2 liar tuh..

so what are u waiting for? ada berani nk try makan daging landak? :)

 this is their details:
Restoran Selera Rimba (Ala Banjar & Jawa)
address: Kg Belia 2, Jln Sg Panjang, 45300 Sg Besar, Sngor 
(Jalan Lama ke Tg Malin dr Tg Karang)

Phone: 016-3160344/013-3543724 (Hamka Jaafar)
Waktu Operasi; 11pg-5ptg. Jumaat tutup

GPS coordinates: 3.70884, 101.17419 or 
N03 42.527' E101 10.452'

btw diorg ada juga menerima order daging mentah, boleh call ajer number phone tu dan diorg akan prepare daging yg dah siap disiang.. antara daging autentik yg dijual adalah kijang, pelanduk, ayam kampung, landak, udang galah (serious besarrr giler okeh!), ikan baung dan ikan tapah.


Tuesday, November 6, 2012

Cendol Bakar Kuala Selangor

Pernah nikmati cendol bakar?! hanya di Kuala Selangor... :)

siap ada drive thru lagi okeh!! :)

  
dan dia punya drive thru lagi panjang Q dari drive thru mekdi!!! :)

orang2 yg eat-in pun ramaiiiii!!

  
tempat diorg serve cendol. one side utk serve drive thru, the other side utk serve org2 yg eat in. not bad, huh? :)

the menu

  
peminum cendol 1. 

peminum cendol 2. 
syiok wooo minum cendol sambil borak2 di bawah atap nipah dgn angin sepoi2 bahasa.. 


  
the cendol :)

 
kitorg minum cendol bakar pulut tapai. refreshing!


so whats so special bout their cendols? sebab cendol diorg ni dibakar!! errr bukannya bijik2 cendol tu dibakar, tp diorg cairkan gula melaka tu dgn cara bakar.. unik kan? rasanya ramai gak yg tertipu sebab ingat cendol tu yg dibakar, termasukla penulis blog ni.. heheheh :p apapon sedap memang sedap. dan tersangat refreshing, rasanya pun lain skit drp2 cendol2 mamak... 

highly recommended!

location: Bukit Rotan, di main road KL-Kuala Selangor. ada banner kuning dan kereta bersusun2, kompom takkan miss punya gerai ni.. kitorg jumpa pon secara kebetulan jer sbnrnya... hehehhe :)


Friday, November 2, 2012

Restoran Sayam, Stulang

On our last night kat JB, we went to Stulang for dinner. since wifey tak pernah ke stulang, so layan lar boleh tengok2 pemandangan dalam suasana yg cukup happening - org ramai giler!! hasben ajak makan kat restoran febret dia zaman2 bujang dulu- Restoran Sayam di Stulang..

masa kitorg pergi ni dah dekat  midnight, tp org still ramai dan suasana still happening. maybe sebab malam minggu...

kat restoran diorg jual masakan panas. dan dah siap ada set dinner... so kitorg just amik set dinner for 2 terus, senang takyah nak pikir pilih2 lauk etc..

tomyam campur - ok ler.

sotong gerung tepung - mengecewakan. sebab kulitnya lemau dan kureng sket..

  
telur bungkus- pon so-so ajer.. sbb tak berbungkus pon, diorg just tabur sweetsour sauce atas telur tu jer

  
kailan ikan masin - best

  
medium sized ikan steam - sedap.


overall food dia biasa2 ajer.. not bad lar.. tp pricewise? MURAHHHHH Giler okeh! semua dishes kat atas ni plus 2 gelas fresh oren just costs RM50!!!! seriously murah giler!!! highly recommended utk tempat yg serve food yg murah with acceptable taste.