Sunday, May 5, 2013

Aroma Ikan Bakar, Jeram

Last time masa ke Kuala Selangor sempat singgah Jeram utk makan ikan bakar for dinner. First time ke sana, pergi pun sbb SIL bwk kan. kitorg ke sana awal, dlm kul 5.30 dah smpai. i was told kalau lambat, selalunya full kat sini..

 restoran ni besarrrr, terletak betul2 ditepi pantai Jeram

  
siap ada tempat makan tepi pantai lagi


kalau nak makan kat pondok2 ni, kena sewa. kalau tak silap RM20 utk pondok yg betul2 tepi laut, tp kena makan secara bersila. kalau pondok yg  jauh sikit dr pantai, RM10.

nice view. kebetulan air surut lak. tp sempatla tengok sunset sambil dinner. :)

tapi kitorg makan kat meja biasa jer. biasala sbb nak FOC. hahahaha :p tempat makan pon luas, siap lengkap dgn surau lagi. selesa la nak makan..

haritu kitorg makan open table.. main amik je apa yg nak makan... eheheheh :p

kerang bakar as starter. 
 ketam bercili

buttered prawns

  
udang celup tepung

  
dan semestinya ikan bakar harus ada! sedappp!

 
2 ekor okeh! hahhahaa

  
tudiaaaa! banyak gilos utk 4 adults and 2kids makan je nih. kekekek :p

  
kitorg makan ni semua dgn nasik goreng
makan sampai lebam. tak pandang kiri kanan dah, sebab sedap! :D


berbaloi gak. sedap lak tuh. suasana makan pon selesa. pricewise, fair lah. kira fair la dgn suasana dan seafood yg fresh. recommended mencuba! tp make sure kena sampai awal la,kalau tak org ramai.. takpon blh buat tempahan meja dulu..

Alamat : Aroma Ikan Bakar, 
Jalan Jati off Jalan Pantai Jeram, 
Pantai Jeram, 45800 Jeram, Selangor
Tel : 017 – 3163117 (En. Naim) atau 019 – 2084452 (Pn. Hazura)

GPS coordinates:
N3° 13' 33.45"
E101° 18' 19.61"


Friday, May 3, 2013

Pulut mangga di Mango Tango, Bangkok

nak sambung tayang gambar2 makanan sedap di kota Bangkok. dah lama kitorg pergi, tp sampai sekarang still duk teringat2 lagi kesedapannya. :) kalau ke bangkok haruslah pekena mango with sticky rice dia. atau dlm bahasa melayu pulut mangga. kalau kat sini kitorg tak berapa gemar sgt pulut mangga, tp kat bangkok punya mmg sedap giler.

disebabkan kitorg 'segan' geli nak makan/beli food kat kakilima sbb kebersihannya tak berapa memberangsangkan (pernah nampak ada org asah pisau dan potong buah utk buat rojak buah kat atas jalan raya jer!! euwww!!), so utk rasa pulut mangga ni kitorg sanggup buat extra effort menapak jauh dan google lagi utk cari Mango Tango ni.

Mango Tango ni adalah kedai franchise yg menjual makanan/minuman yg berasaskan mangga ajer.airconditioned, dan selalu full house! mostly tourists la kebanyakkannya.

sebab full, terpaksa menunggu seat kat luar kedai (diorg dah prepare stools siap2 utk org menunggu).
lama sangat menunggu + penat seharian berjalan, so kami decide nak tapau ajer makan kat hotel! :)
impressive, bukan? bekas plastik cantik giler, siap kitorg bwk balik ke kl lagi. hehehe diorg asingkan siap2 1 pack utk buah mangga, satu pack lagi utk pulut. kuah santan diletakkan dlm paket kecil berasingan.

balik hotel, terus masukkan dlm fridge.
 lepas dinner dan refresh ourselves baru teringat nk makan....

yummmmyyyyyy!!! the best ever pulut mangga!! 
mangga dia banyak, manis dan lembut. santan tak terlalu pekat, tak terlalu cair. pulut tak melekit (relai2) dan manis - even tanpa santan/mangga pon kitorg boleh habiskan makan camtu jer.. dan combination keseluruhan mangga-santan-pulut ditambah pulak dgn sejuk menjadikan ia tersangat refreshing dan sodapppp!! (salivating while typing this.. lol!)


interested? going to bangkok soon?
checkout their website here : http://www.mymangotango.com/
(kitorg pergi yg cawangan di Siam Sq Soi 5 - depan novotel hotel)
mmg wajib singgah okeh!! 
dan kalau boleh tolong tapau bawak balik kl bagitaula, i nk kirim!!! hehehe :p

Wednesday, May 1, 2013

Coconut icecream

Found this in Chatuchak market, bangkok. 
yummieh and refreshing!!



  
 the stall
 
the toppings varies between stalls, depends on their creativity. 

a must try if u happen to be in bangkok.


Monday, April 22, 2013

Udang Mak Ngah Kuala Rompin

Udang Mak Ngah Kuala Rompin : Tempat utk menaikkan tahap kolesterol anda dgn berbaloi2, merangkap tempat makan udang galah yg paling sedap,fresh dan murah.

malas nak cerita panjang, let all photos do the talking. :)

udang galah gred A masak lemak. 

besar, fresh dan sedap. sebesar tapak tangan manusia dewasa. :)

udang galah gred A masak sambal. masakan sambal dia fair ajer, tapi udang memang tahap meletop!!

yg terbaek adalah udang goreng kunyit.. (waaa siap ada effect kabur2 berkabus gitu!hahaha)

the best of udang galah. kitorg amik gred B aje, tp besar2 dan fresh2.mmg terasa kesegaran dia, cara dia goreng pon sedap. berperisa dan tak berminyak lansung. marbelessss! ibu2 mengandung, sila mengidam. memang tersangat berbaloi utk mengidam udang galah goreng Mak Ngah neh. hehehe :)

sbg bini kpd ore kelate, lauk pauk haruslah disusuli dgn cicahan budu. :p

the end result. sedap yg tak terhingga. sampai tahap kitorg ke kuala rompin 3 kali berturut2 dalam masa 2 minggu! muahahahahah :D

pricewise? murahhh! 
udang galah yg dimasak gred A : RM75/kilo. gred B : RM55/kilo
kalau nk beli mentah pon boleh, harga slightly cheaper..
gred A: RM60/kilo, gred B rm55/kilo


Address:
Udang Mak Ngah Kuala Rompin,
Kampung Leban Chondong.
(Food court/mini R&R Kg Leban Chondong berhampiran persimpangan Kuala Rompin-Muadzam Shah)



Monday, February 4, 2013

Ee Ji Ban Chicken Rice ball


Among the food yg harus dicuba bila ke melaka. hanya ada di melaka. unik dan sedap! malas nk tulis pepanjang, jom layan gambar jer.. :)


ada banyak chicken rice ball kat melaka. tapi yg halal susah nak cari. ni antara restoran yg sediakan halal chicken rice ball. so haruslah try kannn

 the interior : newspaper cutting yg dijadikan hiasan kedai

 
chicken rice ball set, with roasted and steamed chicken

the rice balls. rasa dia mcm nasi impit berperisa nasi ayam. memula try mcm pening2 gak tatau nk makan camne kan, siap tokey kedai dtg bgtau. heheh 

juicy chicken

chicken rice balls, cicah sambal cili nasi ayam dan makan dengan ayam. simply awesome!!

burpp!

memandangkan rice balls tu kecik2 je, so haruslah dianggap sbg appetizer aje kan.. kitorg order pulak nasik ayammmm... kekekekek :p

nasi ayam 2 pinggan dgn lauk pauknya.. 

we looovveee  steamed chicked more than roasted

  
sambal sotong ala nyonya. pedas giler!!

kailan ikan masin was simply awesome!

  
double burrrppp!! :p

sebab terngiang2 dgn kesedapan chicken rice balls, kitorg siap tapau balik hotel lagik. hahahhaha :pp

 
  
anyway, terkagum dgn anak2 tokey kedai ni. yg sulung lelaki tu siap tolong kemas meja, lap pinggan, amik order.. siap kena marah lagi dgn ayah dia sbb lembab buat kerja. yg kecik pompuan tu dlm 5-6thn bizi wat homework.

Address: 275, Jalan Melaka Raya 3, Taman Melaka Raya, 75000, Melaka, Melaka, 75000
Phone:016-366 5220   
GPS: 2.186199, 102.254412

Saturday, January 5, 2013

Makanan halal Bangkok: Yana Restaurant, MBK Mall

Kalau ke Bangkok, tak sah kalau tak ke MBK Mall utk shopping souvenirs. dan kalau ke MBK Mall memang tak sah kalau tak pekena makan kat Yana Restaurant. Glamer restoran ni, memang selalu full. Terletak di Level 5, Tokyo Wing. Betul2 berhadapan dengan food court.

the entrance
  
restoran ni kecik je. meja makan dia buat dalam bentuk section2 camni.
thai & international food. tp ofkos la kat sini makanan thai lar yg sedap. :)

pepper and salt yg kiut

our drinks. 


kitorg ke Yana Restaurant ni 2 kali sepanjang berada di bangkok. 

on the first visit kitorg order...

  
tomyam goong. superrrr sedap!!! memang yg paling sedap kami pernah rasa. tomyam pedas, tp tak terlalu pedas, diorg letak santan cair skit yg tak terasa muak, dan dia punya lauk pauk dalam tu pun banyak. puashati!

  
blackpepper beef. so-so ajer sebab beef tu overcooked. yang bijik2 hijau tu ialah blackpepper  fresh- pelik skali rasa dia.

burppp!!!  total damage that day was RM60+ utk 2 pinggan nasi, tomyam, blackpepper beef dan 2 cans of soft drinks.


disebabkan sedap dan asyik duk terkenangkan si mek Yana ni, kami ke sana lagi on the second day kat Bangkok tuh.. but this time around kami try lauk lain pulak...

  
kerabu mangga
 
  
sedap wehhh kerabu mangga ni. tak masam, manis2 dan terasa sangat fresh.

 
sotong celup tepung. agak fail sebab lemau. pastu sotong sikittt sangat. nampak banyak sebab diorg serve sekali dengan bawang besar celup tepung dan jugak sengkuang celup tepung. sos dia terlalu cair dan manis.

tapi dia punya thai green curry ni teramat sangat sedap! masya allah sedap giler hokeh!! sampai tahap boleh hirup kuah tuh!!! ayam dia tender dan juicy, ada skali dalam tu terung pipit dan jugak rebung yg crunchy2 lemak2 manis gitu. perghhh!! memang sedap gilerr!! (im actually drooling while typing this! hahahaha)

  
lambang kesedapan green curry :p

  
yang tinggal hanyalah bunga orkid dan bawang celup tepung; :p

lichinnn!! :p

alhamdulillah tersandar kekenyangan... hahaha


lepas makan, kami terus jadi malas nak pusing2 shopping MBK lagi. tp still rajin dan bersemangat nk cari thai desert pulak.. hahhahaha


...to be continued