Tuesday, December 20, 2011

Ani Sup Utara, Bdr Tun Hussein Onn

Dah 2 minggu sakit tekak, masa first time kena 2wks ago siap demam2 lagi, suara pon takde. siap dapat MC lagi 2 hari.. nak wat camne, keja guna suara dan tangan, bila suara takde, mmg patut dapat coti la kan? hehehe :p since sakit tekak yg amat teruk sampai tahap nak menelan pon susah, cik Awe suggested g makan benda2 lembut, macam sup2 jer... sebab malas nak travel dan explore tempat makan jauh2, kitorg ke Restoran Ani Sup Utara kat Lake Valley BTHO jer...

Actually restoran ni di-franchise. ada banyak jer cawangan di seluruh mesia.. tp quality/kesedapan food tatau camne diorg selaraskan. sebab tak pernah rasa kat tempat lain.. last week kira first time kitorg try makan kat situ.. :)

suasana agak lengang. 

kipas. actually tatau apa motip amik gmbr ni, tp sbb dah haplod, tayang je lar.. heheh :D

cik Awe order set nasi. diorg bg nasi putih, telur masin, smbal belacan dgn sup ekor. biasa2 aje, tp sambal belacan tu pedassssssssssss bangats!
 lupa harga brapa, tp mmg agak pricey.. 
cik Mek lak masa tu sbb tak berapa sihat, order bihun sup jer. main telann je, malas nak kunyah sbb sakit tekak. seriously tak sedap sangat, biasa2 ajer. rasanya yg jual kat tepi jalan/pasar malam jauh lagi sedap. dia punya bahan2 dlm tu pun tak banyak, mangkuk tu penuh dgn bihun jer.. 


THE VERDICT:

Food: So-so
Cleanliness: Clean
Value for money: No
Return again : Nope!

check their website here

1 comment:

mekar24 said...

Dulu sup anie utara ni ada buka cawangan kat area umah sya. Baru2 ni dah tutup agaknya xleh tahan persaingan. Sup dia boleh tahan juga rasa.

from: juadahmalaysia.com