Saturday, December 3, 2011

JM Bariani House, Bdr Tun Hussein Onn

Betapa ketinggalan keretapi, restoran JM Bariani ni dah lama wujud di KL, tp kitorang tak pernah rasa nak try. hehehe tup2 baru terbukak pintu hati nk try nasi beriani kat sini last week. tu pun sebab dah bosan tatau nk makan kat mana + malas nak drive jauh utk cari sesuap nasik! :P

so kitorg decide utk dinner di JM Bariani House kat Lake Valley BTHO. diorg claim ni resepi beriani johor asli punya.

JM Bariani House, Lake Valley Bdr Tun Hussein Onn. 
actually ada banyak jer restoran ni di serata KL-Selangor.

interior yg cosy.

dan bersih!

Main food ofkos la nasik beriani. tp ada jugak terselit makanan johor yg lain cam mee jawa, tauhu bakar etc.. Tapi unfortunately malamtu masa kitorg ke sana, menu yg ada hanyalah beriani kambing dan ayam masak merah. even beriani gam pun takde. frust gak sbb baru je plan nk makan mee jawa!
so kitorg order beriani kambing dan beriani ayam masak merah (since tu jer yg ada pon) 

kuah dan lauk pauk semua diorg asingkan mangkuk. so kalo nak share pon boleh.. diorg serve lauk skali dgn dalca, acar buah dan papadom.

beriani ayam masak merah. quite a large portion jugak! ayam masak merah tu memang besar betul, penat jugaklah nak habiskan..ayam masak merah dia sedap gak.. cuma tak cukup pedas kot.. dan rasa beriani dia not so bad, biasa2 jer tp takdela sampai tak sedap lansung..

   
beriani ayam masak merah (pic taken wif flash)

cik Awe lak order bariani kambing. nasi sama, lauk jer yg berbeza. saiz daging kambing kecik sket, memang cik Awe kena kidnap cik Mek punya ayam masak merah gak..hehe dan rasa dia so-so jugak, but edible.  acar buah dia pon tak sedap sgt, sbb cam manis sangat buah tuh. prefer kalau acar tu masam-manis gitu. :)

2 pinggan bariani dgn 2 gelas limau ice costs us RM32+. bolehlar kot, actually 2 pinggan bariani ni cukup utk makan bertiga, sbb big portion.


THE VERDICT
Food: so-so. not bad though.
Cleanliness: Very clean. and cosy ambience.
Value for money? Fair
Return again? Maybe.

Address:  
No 20, Jalan Suarasa 8/4 Town Park Bandar Tun Hussein Onn,43200 Cheras, Selangor Darul Ehsan
Phone number: 016-6597496/03-9075 2680

Checkout their other outlets here

p/s: erkkk.. actually how to spell beriani? or izzit bariani? 


2 comments:

wan_syahira said...

ade mase, mai laa batu pahat, kite pekena nasik beriani tersohor + bakso paling bestt n murah sepanjang zaman...hehe :)

mekar24 said...

Kedai ni banyak cawangan dia. sya biasa pi di cawangan giant kota damasara. Betul, masakan dia biasa2 saje tapi tak de la tak sedap langsung. Kedai dia bersih dan xserabut sbb xramai org pi makan (ini yg di kota dmsara).

pst : sya masukkan blog ini sebagai bloglist makan2 di blog sya http://juadahmalaysia.com