Showing posts with label Chinese Muslim. Show all posts
Showing posts with label Chinese Muslim. Show all posts

Sunday, March 25, 2012

Redwok Restaurant, again! :p

Weekend ni adalah weekend yg paling memenatkan. baru hari ahad, tp dah rasa tak cukup rest!!banyaaakkk kerjaaa sgt2,pancit!! sampaikan cik abe offer ajak g bercuti somewhere utk berehat..apapun hopefully kerja tu semua membuahkan hasil yg membanggakan.. ;) hmmm tp how lar nk kena masuk kerja esok.. huhu :( anyhow lets layan post yg dah lama terperap dlm draft ni..

Selepas duk asyik tergila bayang dgn restoran kuali merah ni (redwok), akhirnya kitorg surrender- ikut nafsu makan-start enjin kereta dan terus order makanan! hehehe sampai begitu sekali penangan redwok nih! second visit,kitorg order 4 jenis lauk jugak, tp sepinggan nasik jer.. mission mlmtu adalah utk ratah lauk sahaja! takkan tak order nasik lansung, kang fensan pulak waiter! :p



  
lauk pauk mlmtuh..

menu febret: butter crispy squid. rasa still sama eventho selepas beberapa visit.. 

selain tu kitorg order kung poh chicken.. lauk ni pun sedap! just RM9.50 sepinggan, pun sama jugak, very big potion! sedap, masam manis gitu, cuma terlalu banyak bahan2 tambahan lain dlm ni, sampai susah nak cari ayam. hehehe

 
sizzling balckpepper beef. pon sodap! diorg siap pecahkan telur dlm hotplate tuh, menjadikan kuah blackpepper tu unik dan bertambah sedap!
also cik abe insist on ordering lala kum heong febret dia tuh.. still yummieh!

even ABC ni pun the best! dia punya kekacang-cendol etc tuh banyakk giler. mmg value for money! siap snap pic guna flash lg. time ni tokey kedai dah sengih2 je dr jauh-sure hepi sbb tgk org snap pics food dia.. free2 dapat iklan, the power of blogging! :D


checkout my previous review here.

Thursday, March 15, 2012

Restoran Redwok Bdr Baru Bangi yang sedap!

First time pergi ke restoran ni dlm 4wks ago atas suggestion kawan2.. first time pergi, there and then jugak jatuh cinta! tersangat sedapppp woo!! dan tersangat value for money! so far ni antara restoran chinese-muslim terbaik pernah kitorg try..

sebab rambang mata, kitorg order 4 jenis lauk. pastu sceptical dgn portion yg di claim to be "small" tambah pulak harga yg murah, kitorg mati2 ingat memang small portion lah kan..dahla menu banyaaakkk pilihan pulak tuh.. tu yg tamak haloba terus order 4 jenis lauk utk makan berdua jer.. . bila sampai lauk, tu diaaa... penuh satu meja! :)

Bangkok tomyam yg kitorg order ni memang terbaekk!! RM9.50 semangkuk 'kecik', tapi sedap giler!

  
 nampak jer macam mangkuk kecik, tp kat dalam tu segala macam jenis hidupan laut ada, memang berbaloi2 betul! agak spicy, tp dah nama lagi tomyam, kalau tak spicy mana kick! :)

 butter crispy squid ni memang best of the best! rasa dia ala2 sotong goreng tepung jer, tp version yg jauh lagi lembut dan sedap. sekali try, terus jatuh cinta! senang2 jer boleh lawan sotong goreng tepung kat bagan lalang tuh.. RM12 utk 1pinggan (small), tp banyak! jenuh gak nak habiskan sebab banyak sangat.. very generous portion!

  
Kum Heong lala ni memang among the best lala we've ever tasted! memang superbbb! rasa dia unik, siap ada udang kering lagi utk memekatkan kuah. dan udang kering tu jugak menjadikan gravy dia chewy dan masin2 manis. RM12 utk sepinggan 'kecik' tp big portion, mmg mantap!!

  
the best of lala. :)

lemon chicken ni pun not bad. rasa dia sedap, cuma agak 'banjir' sikit, if not lagi sedap! RM11 per plate.sedap, cuma masa kitorg makan tuh, kesedapan ayam ni telah 'dibayangi' oleh kesedapan tak terhingga lala kumheong dgn sotong tuh. heheheh apapon mmg value for money sbb big portion jugak. berbaloi baloi!

lemon chicken

kitorg order teh o ais segelas dgn air nyiur.

air nyiur ni agak fail sikit. sebab diorg beli (air) nyiur ready made je. dahla nyiur wangi pulak tuh, agak pening sikit masa nk perabis kan air tuh. last2 terpaksa mintak air lain, lagi segelas teh o ais! hehehe

on that day, first time ever kitorg makan nasik tak habis!masing2 duk bizi menghayati lauk pauk yg sedap2 tuh, sampaikan tak nak makan nasik! kenyang ratah lauk jer! seriously sedapp!!

checkout menu2 lain yg lazzat  disini

paling kitorg suka kalau ke restoran ni sebab kawasan dia yg luas. senang nak parking, tak sesak sangat. dahla restoran ni mmg luas, kipas banyak pulak tuh.. mmg sungguh conducive utk menjamu selera! :)



my personal verdict, WAJIB pergi, esp utk warga sekitar cheras-bangi-kajang. worth the money/travel. dijamin sedap dan value for money. owh ye, total cost for our dinner that night (lauk2 di atas+2 teh o ais + 1 bijik air nyiur) was only RM54.50!! terjegil bijik mata tengok bil (sebab murah gilerrr!), tp cashier tu ingat kitorg terkejut sbb bil mahal, terus diberi diskaun 50sen!! hasben  tersengih2 kenyit mata masa membayar sebab muraahhhhhhhhhhh gilerrr,dahla sedap!!! yeay! :D

checkout their address and location here

and their official website here

p.s: we've finally found our favourite chinese-muslim food  port! double yeay!! :D
*tetiba salivating*


Monday, March 12, 2012

Restoran Mohd Chan Abdullah, Bangi


Gara2 terpengaruh dgn my colleague. actually kitorg dah tau lama pasal kewujudan restoran ni, tapi sebab selalu jer fail kalau area2 bangi, so terpaksa telan air liur aje ler. since my colleague dah pindah seksyen 8, so secara tak lansung boleh la belajar2 pasal bangi area. sbnrnya dah dekat pun dgn umah..

cerita dan gmbar2 ni semua dah lama basi. dah berminggu2 pergi, sampai dah lupa ada simpan pics ni semua. hehehe layann!

interior dalam restoran. actually 2 tingkat, tp masa sampai diorg tutup 2nd floor tuh,sebab masih awal kot. kitorg terpacak kat situ pukul 8pm, exactly lepas magrib bertolak dr umah!

sebab tak lunch that day, so we decided nk order a la carte. lagipun cik abe nk open table! (mcm tak biasa pulak! hehehe) :p
kitorg order ikan stim nih, masak stim Cheong Zheng. frust betul, sbb rasa dia agak kureng. terlalu manis, rasa dia cam ala2 kuah rojak buah tu kat pasal malam tu jer lebih kurang.. harga pun agak pricey. struggle utk habiskan ikan seekor (kecik) nih.. :(

daging blackpepper so-so jugak. paling sedih sebab mahal! hidangan semua standard, fixed price at rm20 sepinggan, tapi portion teramat sedikit! so kalau pergi ramai, memang kena order at least 2-3pinggan utk 5-6org makan, which is rm 40-60 just utk daging sahaja?! *gulp*

see? sikit je kan? pinggan kecik je ni (compare la dgn saiz daun salad tu)... 

and satu lagi kitorg order lala masak pedas. pun sama jugak, very small portion and very priceyyy!! rm20 sepinggan kecik ni, rasa dia pun so-so ajer. sungguh tak berbaloi! :(

masa nak order air, kitorg order air all-time fevret, teh o ais. but surprisingly takde teh o ais kat situ!! haiyaa.. confused[dot]com seketika! so terpaksa la opt for teh bunga nih..

segelas teh bunga (claimed to be homemade) ni dlm rm4. rasa dia sedap jugak, ala2 ada herba gitu. layan jer.. 

total costs that nite (seekor siakap stim kecik,sepinggan kecik daging blackpepper dgn sepinggan kecik lala serta 2 pinggan nasik+1 teh bunga+1 coke) was rm84!! priceyyyy weiihh!! sungguh tak berbaloi. but then maybe sebab kitorg makan a-la carte kot. sbb my friend selalu makan nasi/mee goreng etc, dia ckp sedap dan berbaloi2.. okeh, next time boleh cuba lagi. tapi lambaaat lagi la kot, serik tak hilang lagi nih! tu la padahnya kalau time org cerita tak dengar elok2, kang dah silap order daaa! hehehehe :D

For more infos, check their website here.





Friday, November 25, 2011

Four Seasons Restaurant, Kota Bharu


Masa balik Kota Bharu bebaru ni, cik Awe suggest g makan besar kat KB, sambil2 nk belanja FIL makan.. cik Awe yg suggest ke Restoran Four Seasons nih, sebab dah lama betul tak pergi. last time makan kat situ sblm merantau ke obersi dulu.. so dah 3thn lebih dah tak makan kat situ..

actually ni adalah chinese muslim restaurant yg tersohor sekali kat kelantan. dijamin halal, siap ada logo Jakim lagi.. even Tok Guru yg rasmikan restoran ni, siap tayang gambar Tok Guru tgh menjamu selera lagi.. ;)

dia punya ambience, memang first class! fully airconditioned. banyak pulak tuh aircond! sejuk dan nyaman jer.. dan yang paling utama, bersih memang tip top! owh ye, diorg siap ada sediakan surau lagi kat sini,memang memudahkan pengunjung utk solat.

.
dia punya menu, banyakkk!! ni atr yg berjaya diamik gambar.. dan yang best kat sini, sbb diorg dah ada sediakan set menu. ada pelbagai set, dr set utk 2 org makan hinggalah set utk 10 org makan.. dan yg paaalinnggg best, sebab harga set menu tu adalah tersangat murah, jauh lagi murah berbanding kalau beli a la carte!

gambar dapur tempat diorg serve nasi dan jugak utensils.

malamtuh cik Awe yg pilih food. dia amik set 1, utk 2-3 org makan.. dlm set 1, boleh pilih 4 jenis lauk (any dish!) dan chinese tea and fruits are also included..

kalau ke chinese restaurant haruslah amik buttered prawns ni. mmg seriously sedap sungguh!!udang dia besar2,fresh dan tersangat juicy.. dia punya butter floss tu pon halus dan lembut jer.. yummy!!

then kitorg order jugak lemon chicken. pon sedap, crunchy diluar tp isinya maintain juicy dan lembut.. dia punya gravy masam-manis just nice jer.. quite a big portion utk 3 org makan..

then we had blackpepper beef. dish ni  pon sedap!! isi daging lembut jer, dan tak terlalu pedas dgn blackpepper.. isi daging pun banyak, tak mcm sesetengah restoran yg slalunya bg sayur/bawang lagi banyak drp daging.. *salivating*

even steam fish (nyonya style) ni pon sedap giler!! isi lembut dan fresh. dia punya gravy sedap hingga boleh hirup kuah dia.. dan veryyy big fish pulak tuh! and yes, ni pon termasuk dlm 4 dish yg boleh pilih dlm menu set tuh! *drooling*

and then we all order jugak tomyam. yg ni kitorg order tambahan (not included dlm 4dishes tuh). agak spicy, tp sedap dan ada kick! just rm10 utk semangkuk besar tomyam yg sedap nih.. 

owhs! did i tell u that this restaurant is always full? and its better to book earlier, especially if you plan to go during weekends/year end. if not, u might end up like us.. we got lotsss of pressies!! :D

lots and lots of 'em!! :p

cos our table was just next to the rostrum!! and we became the VIP that day, eating in front of 70+ of teachers!! hehehe gara2 tak book awal, kitorg ditempatkan di depan sekali, yg kebetulan tgh ada function jamuan akhir tahun cikgu2 sekolah. hehehe buat muka selamba je menikmati makanan yg lazat tuh, mmg tak pandang kiri kanan dah! :p

owhh... the best of our dinner that nite was the bill!! guess how much did we pay for the dinner? 

YUP!! it was just RM80.50!! 4 dishes (blackpepper beef, lemon chicken, ikan siakap steam, buttered prawns) + 1 mangkuk besar tomyam + 2 orange juices + 1 ice lemon tea. dahla semua big portions! mmg murah giler!!!!!!!!!!!!!!! and theres no service tax whatsoever summore!!

it is definitely THE restaurant in town!! the best in KB! highly highly recommended!!


OVERALL REVIEW:

FOOD: Superb!
CLEANLINESS: Superb!
VALUE FOR MONEY: Very!
RETURN AGAIN? Definitely, 110%!!

Check their website here.

Address: 
5670 B/2 & B/3,
JALAN SRI CEMERLANG,
KOTA BHARU
KELANTAN
15300
MALAYSIA .
check their map here

E-mail: fsrsb@tm.net.my
Telephone: 609-743 6666 , 609-743 7399
Fax: 609-743 9973
Mobile Phone Number: 6019-987 8282 (Noraini), 6012-901 8282 (Vivian)
Business Hours : 12.00pm-2.30pm and 6.00pm-10.00pm



Saturday, November 12, 2011

Homst TTDI

Actually nih antara favourite restaurant kitorg, esp kalau melencong ke area PJ-Damansara-TTDI. Restoran ni berkonsepkan chinese-muslim, food dia mmg marvelous! semuanya (yg pernah kitorg try makan) sedap2!! ni gmbar2 latest kitorg ke sana, last week. masa tu kebetulan nk ke IKEA, sebab dah malas nak makan kat foodcourt Ikea, kitorg melencong singgah TTDI utk dinner otw balik umah.

Masa tu sebab kelaparan, so cik Awe nak makan nasik. so kami order nasik putih, tomyam campur, blackpepper beef dgn wet buttered chicken. semua amik small portion jer, tp tu pon portion dia still consider banyak utk makan berdua! mmg puashati! :)

tomyam campur yg mmg kick. agak pedas dan spicy, tp mmg sedap. harga dlm RM7 semangkuk kecik.

yang nih pulak ialah menu wajib order kitorg: wet buttered chicken. sedap dan memang terbaek! lemak berkrim, (tp tak muak) dan spicy dgn chopped chillies. taktau camne nk explain, tp memang marbeles. so far kat sini je yg kitorg jumpa wet buttered chicken ni. even try google nk cari resepi pon tak jumpa.. sebab sedap sangat, kitorg siap amik gravy dia buat kuah nasik, dan lebih2an kuah tu siap hirup lagi! hahahaha apapon mmg tahap wajib order!(RM12 utk small portion).

pastu kitorg order jugak blackpepper beef nih. sedap jugak. memang just nice jer dia punya masam-masin-manis-pedas tuh. sedap hingga licin pinggan! hehehe :p (RM13 utk 1 small portion) owh lupa, daging rusa (venison) pon ada jugak, cuma harga mahal sket lar compared to beef.

  

 Antara favourite food kitorg yg lain ialah lemon chicken. dia punya gravy masam-manis, pastu ayam dia crunchy2 sket,sebab digoreng celup tepung. memang sedap! takde gambar sbb last week tak order- dah banyak lauk utk makan berdua.. hehehe

suasana kedai dia simple jer. tapi yg penting bersih. slalu ramai org, esp kalau weekends. servis pon bagus, cepat jer.

HOMST TTDI. For directions, click here

Actually restoran ni ada banyak cawangan, kalau tak silap ada cawangan kat Kota Damansara, Shah Alam Seksyen 13 dan jugak Prima Saujana Kajang. Main branch dia kat TTDI. For more info, baca di sini. Menu pon banyak, cuma so far belum pernah try nasi/mee goreng lagi. Roasted duck pon ada, cuma slalu jer tak bernasib baik- setiap kali pergi slalu jer itik sold out!

Pricewise,not that expensive. makan berdua dgn 3jenis lauk dlm RM40.. cuma the only downside, nasi putih 1 pinggan RM1.50. mahal tuh utk harga semangkuk nasik! mebe pasni kena bwk nasik dr umah la kot? hehe takpon kita pakat singgah utk makan lauk jer.. hehehe :p