Antara restoran wajib singgah setiap kali balik KB. Restoran Hoover. glamer restoran ni, siap pernah masuk Majalah 3 lagi dulu.. Restoran ni menyediakan masakan padang - diorg akan serve pelbagai lauk pauk, dan hanya lauk yg dimakan sahaja akan dikenakan caj..
actually kat restoran ni, bahagian minuman dimiliki oleh cina, manakala food/nasi dimiliki oleh org melayu. memang betul2 konsep 1Malaysia lar kiranya.. :)
yang lagi special sebab ada pelbagai jenis lauk.. kadangtu kalau ikutkan diorg, sampai penuh meja diorg serve.biasanya awal2 kitorg dah reject mana2 lauk yg tak terasa nak makan utk kurangkan pinggan atas meja.
servis dia pun bagus. laju jer, sebab semua lauk pauk dah tersedia. dan yg paling istimewa, ada sorang pakcik ni memang terer giler mengira/mencongak harga. laju je dia kira,takguna kalkulator pun, pastu betul lak tuh.. kagum kagum.. owh ye, utk kitorg makan bertiga haritu costs us dlm rm60 utk 3pinggan ayam goreng kampung, 3ketul paru goreng, seketul kerutuk limpa, sepinggan taugeh goreng dgn 3 gelas air teh o ais. murah tak? kira ok la kot sbb semua food diorg guna ayam kampung, ayam kampung memang mahal sket pun kan?
THE VERDICT
Food: Fantastic
Cleanliness: Fair
Value For Money: Yes
Return again? Absolutely!
Address:
1963 Jalan Dato Pati, 15000 Kota Bharu, Malaysia
The map is here
1 comment:
kerutuk limpa..macam sedap aje...
kenapalah KB jauh sgt...huhuhuhu
Post a Comment