Wednesday, November 30, 2011

GM kopitiam gua musang

Masa on the way balik kelantan aritu, kitorg singgah di Gua Musang. saja2 nak stretch kan badan sambil2 reload gula dlm darah. so takdela boring dan ngantuk sangat.. selalunya singgah je mana2 warung tepi jalan, tp aritu tetiba tertarik pulak tengok kopitiam baru kat Gua Musang tu. 

GM Kopitiam. terletak di bandar Gua Musang, betul2 kat tepi mainroad utk ke KL-KB. 

dia punya interior agak cosy. 

ada gambar2 lama bandar Gua Musang zaman dolu2..

hiasan pun diorg guna perabut/barang2 lama..
 restoran ni airconditioned, siap ada wifi lagi.

So on that day sebab tak brapa lapar sangat, kitorg decide nak makan mee jer. saja malas nak makan nasik sebab kunun nak diet hehehe :p 

cik Mek order mee hailam. hitam pekat. unfortunately tak sedap. masin dan dia punya bahan2 dlm tu pun kurang,diorg just letak isi ayam dgn udang je seekor dua..

cik Awe lak order mee bandung. worst than mee hailam, lagiiii la tak sedap!!! kuah dia tasteless, dan takde rasa pedas/masam/apa2 pon. dahla rasa dia lebih kurang sama dgn mee hailam je-cuma mee hailam gelap sbb berkicap. pastu telur pon takde, first time makan mee bandung yg takde telur! aiyoo!!

dia punya servis lak, lousy!! slow tersangatla slow! kitorg kena tunggu dekat 45min utk dpt makan mee hailam dgn mee bandung tuh.. terasa stress pon ada, sbb dahla otw nak balik kl kan.. time was very limited, diorg pulak serve food slow... :(

and the worst part was the bill!! harga mahal!! cam takleh terima akal bila diorg caj mee bandung dan mee hailam yg takde apa tu (even telur pon kedekut nk letak) RM5.90. kalau KL maybe ok sket lar, but this happened in Gua Musang!!! aisehman!!!


THE VERDICT

Food: Not good. tasteless.
Cleanliness: Clean. Even the toilets are very clean
Value For Money: No
Return again: No (unless if I desperately need to use their toilet!! hehe)

Tuesday, November 29, 2011

Breakfast di Restoran Gulai Serati Power dan dinner nasi lemak puyuh, Kota Bharu

Setiap kali balik kelantan, for sure akan ada lambakan lelemak lebih. sebab selalu duk makan nasik je pagi petang malam..   hehe not to complain,actually kitorg enjoy je makan nasik ni, tp bila ada peningkatan berat badan setiap kali balik, mula la pening kepala.. hehehe

antara kedai untuk breakfast febret kitorg ialah Restoran Gulai Serati Power. Terletak berhampiran simpang 4 besar Kubang Kerian, sebelah Restoran Pinang Seribu.  

restoran ni kecik jer, dan takde singboard pon. cuma bila masuk dlm kedai tu, baru ada banner tulis nama kedai. konpius gak.:D diorg berniaga dr pagi utk breakfast hingga tengahari utk lunch.  

ada banyak pilihan lauk, eventhough utk breakfast. dia punya siganture dish ialah gulai itik serati dan jugak ayam kampung. cuma satu je, kat restoran ni,utk sarapan hanya nasi berlauk yg dijual. takde mee/nasi lemak dan seangkatan dengannya..memang sedap dan mengenyangkan!


dan kalau dinner pulak, antara dinner yg unik dan sedap di KB masa balik bebaruni ialah nasi lemak puyuh.. warung ni terletak di deretan foodcourt di Pasir Tumboh. walaupun hanya sebuah gerai foodcourt, tp food presentation tetap mantap sekali..

siap dihidang dalam dulang buluh lagi. dan lauk nasi lemak pulak ialah burung puyuh goreng kunyit. sedap dan memang unik.. sambal nasi lemak pun sedap dan ada kick. boleh dikategorikan sbg kedai yg jual nasi lemak tersedap di bandar Kota Bharu!



Restoran Hoover, Kota Bharu

Antara restoran wajib singgah setiap kali balik KB. Restoran Hoover. glamer restoran ni, siap pernah masuk Majalah 3 lagi dulu.. Restoran ni menyediakan masakan padang - diorg akan serve pelbagai lauk pauk, dan hanya lauk yg dimakan sahaja akan dikenakan caj..   

actually kat restoran ni, bahagian minuman dimiliki oleh cina, manakala food/nasi dimiliki oleh org melayu. memang betul2 konsep 1Malaysia lar kiranya.. :)

yang lagi special sebab ada pelbagai jenis lauk.. kadangtu kalau ikutkan diorg, sampai penuh meja diorg serve.biasanya awal2 kitorg dah reject mana2 lauk yg tak terasa nak makan utk kurangkan pinggan atas meja.

selalunya kitorg akan amik gulai ikan, kerutuk limpa, taugeh goreng dgn gulai ayam kampung. kesemua lauk pauk dia mempunyai rasa masakan kampung yg authentic, tatau camne nak describe kena cuba dulu baru tau. :)

dan yang paling special dan takleh tinggal ialah ayam kampung goreng ni. sedap!sedap! crispy diluar tapi juicy di dalam. makan pulak dgn nasi panas, fuhh!! memang sedap!! seketul ayam ni berharga dlm rm4.50. dan selalunya kitorg paling koman perlu 2-3pinggan! sedap woo!dan kalau ratah, memang boleh kalah kfc!!

servis dia pun bagus. laju jer, sebab semua lauk pauk dah tersedia. dan yg paling istimewa, ada sorang pakcik ni memang terer giler mengira/mencongak harga. laju je dia kira,takguna kalkulator pun, pastu betul lak tuh.. kagum kagum.. owh ye, utk kitorg makan bertiga haritu costs us dlm rm60 utk 3pinggan ayam goreng kampung, 3ketul paru goreng, seketul kerutuk limpa, sepinggan taugeh goreng dgn 3 gelas air teh o ais. murah tak? kira ok la kot sbb semua food diorg guna ayam kampung, ayam kampung memang mahal sket pun kan?

THE VERDICT

Food: Fantastic
Cleanliness: Fair
Value For Money: Yes
Return again? Absolutely!

Address:
1963 Jalan Dato Pati, 15000 Kota Bharu, Malaysia

Phone number: 09-748 1439 

The map is here

Monday, November 28, 2011

One Ikan Bakar, Kubang Kerian

Restoran One Ikan Bakar ni terletak di tepi pagar istana Kubang Kerian, Kelantan. dah lama dibukak,cuma tak pernah try jer. selalu je banyak kereta.. dan my frens yg study kat HUSM pon selalu duk tayang gmbar food restoran ni kat facebook.

So bila balik bebaru ni, sebab cik Mek malas nak masak, kitorg decide nk try food kat restoran ni.. kira dekat jer dgn umah FIL.

  
ni list menu dia. tak byk choice. unfortunately masakan panas yg ada hanyalah sup tulang,sup ekor dgn sayur goreng jer.. tp agak terkagum gak sebab ada wifi dan ada credit card facility (eventho memula tu cam agak sceptical sket,sbb jarang sangat restoran kecik2 ada facility ni.. hehehe)!!

restoran ni berkonsepkan open space. takde dinding, diorg sewa bangunan ala2 gudang/balai raya. spacious. cuma agak panas sebab siling tinggi dan kurang kipas. hehehe   

diorg bakar ikan kat tepi tu jer.. yg specialnya sebab guna arang api,atas dapur arang dulu2 yg kaler merah tu. memang tradisional habis la.. :)

even dapur tempat diorg masak, basuh pinggan pon kat tepi tu jer. takde dinding, mmg open.

plan asal haritu nk makan nasi/mee goreng jer. tp sebab tak available, terpaksa order nasik jugak..
kitorg order sup tulang. biasa2 jer rasa dia. isi/tulang pun kurang..
dengan sotong celup tepung. rasa dia pon biasa2 jer.. sotong agak liat sebab saiz besar sangat, dan dia punya tepung tu tak tersalut betul2.. ada sotong yg togel jer, sebab tepung cam tak melekat.. :( 
ikan bakar fresh, pandai gak diorg bakar. just nice, lembut dan juicy, dan tak terlalu garing/hangus.cuma diorg just bakar tawar jer. takde apa yg special sgt pun.. ikan ni kitorg pilih ikan jenahak. actually ada banyak pilihan ikan yg diletak dlm ice box polisterin, pilih je, then bgtau nak suruh diorg masak apa.. 

dia punya pencicah tu ada 2 pilihan. satu warna merah cair-tak sedap, sbb tasteless, takde rasa apa kecuali rasa2 bawang! satu lagi (yg warna merah gelap) lebih pekat, dan terlajak pedas pulak! rasa belacan agak kuat, dan sebab pedas sangat, terpaksa mix dgn kicap.. agaknya sbbtu diorg memang ada sediakan kicap di setiap meja kot..

All in all, tak sedap sangat! frust dan agak hairan naper ramai sangat org singgah. pastu harga dia agak mahal!! nasi 3 pinggan+lauk2 di atas+ teh o ais 3 gelas costs us RM80!!! mahal!!


THE VERDICT?

FOOD: not good. very minimal choices.
CLEANLINESS: not so clean. I grade them as B only..
VALUE FOR MONEY? No.
RETURN AGAIN? No.


Friday, November 25, 2011

Four Seasons Restaurant, Kota Bharu


Masa balik Kota Bharu bebaru ni, cik Awe suggest g makan besar kat KB, sambil2 nk belanja FIL makan.. cik Awe yg suggest ke Restoran Four Seasons nih, sebab dah lama betul tak pergi. last time makan kat situ sblm merantau ke obersi dulu.. so dah 3thn lebih dah tak makan kat situ..

actually ni adalah chinese muslim restaurant yg tersohor sekali kat kelantan. dijamin halal, siap ada logo Jakim lagi.. even Tok Guru yg rasmikan restoran ni, siap tayang gambar Tok Guru tgh menjamu selera lagi.. ;)

dia punya ambience, memang first class! fully airconditioned. banyak pulak tuh aircond! sejuk dan nyaman jer.. dan yang paling utama, bersih memang tip top! owh ye, diorg siap ada sediakan surau lagi kat sini,memang memudahkan pengunjung utk solat.

.
dia punya menu, banyakkk!! ni atr yg berjaya diamik gambar.. dan yang best kat sini, sbb diorg dah ada sediakan set menu. ada pelbagai set, dr set utk 2 org makan hinggalah set utk 10 org makan.. dan yg paaalinnggg best, sebab harga set menu tu adalah tersangat murah, jauh lagi murah berbanding kalau beli a la carte!

gambar dapur tempat diorg serve nasi dan jugak utensils.

malamtuh cik Awe yg pilih food. dia amik set 1, utk 2-3 org makan.. dlm set 1, boleh pilih 4 jenis lauk (any dish!) dan chinese tea and fruits are also included..

kalau ke chinese restaurant haruslah amik buttered prawns ni. mmg seriously sedap sungguh!!udang dia besar2,fresh dan tersangat juicy.. dia punya butter floss tu pon halus dan lembut jer.. yummy!!

then kitorg order jugak lemon chicken. pon sedap, crunchy diluar tp isinya maintain juicy dan lembut.. dia punya gravy masam-manis just nice jer.. quite a big portion utk 3 org makan..

then we had blackpepper beef. dish ni  pon sedap!! isi daging lembut jer, dan tak terlalu pedas dgn blackpepper.. isi daging pun banyak, tak mcm sesetengah restoran yg slalunya bg sayur/bawang lagi banyak drp daging.. *salivating*

even steam fish (nyonya style) ni pon sedap giler!! isi lembut dan fresh. dia punya gravy sedap hingga boleh hirup kuah dia.. dan veryyy big fish pulak tuh! and yes, ni pon termasuk dlm 4 dish yg boleh pilih dlm menu set tuh! *drooling*

and then we all order jugak tomyam. yg ni kitorg order tambahan (not included dlm 4dishes tuh). agak spicy, tp sedap dan ada kick! just rm10 utk semangkuk besar tomyam yg sedap nih.. 

owhs! did i tell u that this restaurant is always full? and its better to book earlier, especially if you plan to go during weekends/year end. if not, u might end up like us.. we got lotsss of pressies!! :D

lots and lots of 'em!! :p

cos our table was just next to the rostrum!! and we became the VIP that day, eating in front of 70+ of teachers!! hehehe gara2 tak book awal, kitorg ditempatkan di depan sekali, yg kebetulan tgh ada function jamuan akhir tahun cikgu2 sekolah. hehehe buat muka selamba je menikmati makanan yg lazat tuh, mmg tak pandang kiri kanan dah! :p

owhh... the best of our dinner that nite was the bill!! guess how much did we pay for the dinner? 

YUP!! it was just RM80.50!! 4 dishes (blackpepper beef, lemon chicken, ikan siakap steam, buttered prawns) + 1 mangkuk besar tomyam + 2 orange juices + 1 ice lemon tea. dahla semua big portions! mmg murah giler!!!!!!!!!!!!!!! and theres no service tax whatsoever summore!!

it is definitely THE restaurant in town!! the best in KB! highly highly recommended!!


OVERALL REVIEW:

FOOD: Superb!
CLEANLINESS: Superb!
VALUE FOR MONEY: Very!
RETURN AGAIN? Definitely, 110%!!

Check their website here.

Address: 
5670 B/2 & B/3,
JALAN SRI CEMERLANG,
KOTA BHARU
KELANTAN
15300
MALAYSIA .
check their map here

E-mail: fsrsb@tm.net.my
Telephone: 609-743 6666 , 609-743 7399
Fax: 609-743 9973
Mobile Phone Number: 6019-987 8282 (Noraini), 6012-901 8282 (Vivian)
Business Hours : 12.00pm-2.30pm and 6.00pm-10.00pm



Thursday, November 24, 2011

yeay! cheap food coupon! :p

Sejakbalik dr negri omputih, baru nak try berjinak2 beli kupon kat groupon. 
dalm duk suka suki surfing, tetiba berjaya beli kupon makanan murah.. 


Yeay!! me likey! 


jemput2la jenguk groupon, kot2 ada lagi kupon nih.
gudluck! weols dah dapat, tak sabo tunggu masa nk redeem je nih!! hehe :p

Ikan celup tepung, Pantai Tok Jembal KTrg.

Upacara jalan2 kampung halaman Kuala Terengganu, sambil balik beraya 2 minggu lepas. Petang2 selalu pusing2 dgn cik Awe jalan kat bandar. dan kalau boring2 singgah ke pantai,pastu haruslah pekena seafood skali. tempat febret dan paling dekat dengan umah, Pantai Tok Jembal (bersebelahan airport Kuala Terengganu).

warung tidak bernama di pantai Tok Jembal. ada beberapa buah warung, semua terletak bersebelahan, dan semuanya jual seafood yg lebih kurang sama.. kalini kitorg try warung yg paling hujung sekali..
menu wajib setiap kali balik kampung.. keropok goreng, sotong dan ikan celup tepung..

sotong celup tepung dan keropok. unfortunately sotong agak liat sikit that day, mebe sbb terlalu besar kot..

keropok dia not bad. sedap, memang terasa ikan dia.. 

dan ikan celup tepung adalah agak marbeles..sangat fresh, ikan panas2 baru lepas goreng dan dimakan pulak time hujan rintik2..  yummieh!! :)


anyhow, agak frustrated sebab dia punya sos pencicah tak sesedap dulu.. selalunya memang terbaek dan sedap, tp haritu agak masam dan kurang pedas.. hmmm 


OVERALL REVIEW

Food: Good, but it was usually better.
CLEANLINESS: so-so. 
VALUE FOR MONEY? Yes. we paid RM25 for 2 plates of sotong, 1 pc ikan kembung medium size and 10pcs of keropok, and 3 glasses of ice tea.
RETURN AGAIN? Yes, but maybe we'll try another stall next time.



Wednesday, November 23, 2011

Yusof Bistro at Bandar Tun Hussein Onn

Tak tahu kenapa, area2 Bandar Tun Hussein Onn ni adalah amat ketandusan restoran mamak! yg best dan paling dekat pon Alif Bistro je, tu pon dekat area pekan Batu 11 (i'll blog bout this resturant later). biasanya kalau nk bistro yg terbaek mmg kena travel sket lar.. 

so bila Yusof Bistro start tayang banner utk opening, terus kitorg excited pergi try. Yusof Bistro ni terletak di Lake Valley BTHO, bersebelahan Carrefour BTHO. diorg baru bukak early this month.
so biasanya kalau nk try test tengok sesebuah restoran mamak tu sedap ke tak, haruslah try diorg punya signature dish - mee goreng mamak dan jugak roti canai.. 

on that day cik Mek try mee goreng mamak. lengkap dengan telur mata separuh masak sebijik. the verdict?  so-so ajer. takde kick pon. rasa mcm mee goreng biasa jer.. hmm.. 

cik Awe lak try roti canai telur. size dia reasonable, dan roti tuh lembut.. boleh la tahan.. 

cuma kari dal dia kurenggg sket! pastu dia punya sambal tuh pon tak sedap! cam tak logik je bila diorg serve sambal yg rasa dia manis2.. aiyoo!! spoil je sbb roti canai dah sedap, tp gravy out la pulak!!

All in all, kitorg agak frust dgn kualiti food yg ada. maybe kitorg belum terjumpa food yg betul2 sedap kat restoran ni kot.. lagi satu, dia punya servis agak slow. lambaaat sangat nk tunggu diorg serve food. mungkin jugak sbb baru stat beroperasi diorg belum betul2 expert lagi dgn sistem camne nk amik order etc....

hmmm... baru je ingat dah jumpa port mamak yg best kat sini, tp frust je!

Overall review:

FOOD: so-so
CLEANLINESS: very clean. even the toilets are clean!
VALUE FOR MONEY? No
RETURN AGAIN? No

Tuesday, November 22, 2011

Warong Santai at Tesco Ampang

Aktiviti bersantai2 di waktu pejabat bersama inchik hasben. Bukan salah saya, tapi salah inchik hasben! dah hasben datang jemput ajak lunch, adalah isteri mendurhaka namanya kalau menolak, tak gitu?! hehehe :p alaaa, bukannya melencong jauh pun, kita ke Warung Santai kat Tesco Ampang tu jer. tak sampai pon 5km!

masa kitorg smpai baru kul 11.30pagi. hehehe


disebabkan terlalu dekat dan terlalu awal kuar memonteng, diorgni tak siap lagi dgn preparation bhn2.. so terpaksa bersantai lepak2 tunggu 12pm baru diorg stat amik order..


sambil2 tunggu kita tengok2 belek2 resepi.. ada beberapa cawangan, TTDI, Tesco Mutiara Damansara,Ampang, Rawang dan jugak Seremban. Tak sure apa beza warung dgn kitchen, dan cuisine. yang pasti, restoran yg kat TTDI tu mmg besar lar-sbbtu namanya restoran yg kat tesco ni namanya warung kot??

food dia ala2 makanan warung jer.

so utk lunch haritu kitorg order..


4 jenis lauk, dgn nasik putih 2pinggan..

tomyam seafood. biasa2 ajer, bahan2 kat dalam tu tak banyak sgt..

telur bungkus pon biasa2 ajer jugak! in fact kurenggg sket rasa dia - dia punya inti tuh kering sikit, pastu diorg letak mixed veges dgn minced chicken. lagi prefer kalau inti dia basah2 sket, baru sedap..

sotong masak paprik. penuh dgn sayur2 je, nak cari isi sotong macam nk cari harta karun! sikit sangat isi sotong nyer.. rasa dia pon biasa2 jer..

dan ayam goreng kunyit. surprisingly, ni dish yg paling sedap dlm byk2 food yg kitorg order tuh!! diorg guna isi ayam, pastu goreng garing. memang sedap dan crunchy..



haritu pukul 12.30, kitorg dah kenyang!! dan yang penting, balik opis, terus tunjuk rajin buat kerja!! mintak ampun inchik boss!! hahaha :p

Overall review:

Food: Not bad but edible. but no wow factor tho.. 
Cleanliness: OK. but can be improved.
Value for money? No.
Return again? Yes - if there's no other place to go.