Kalau lunchtime, restoran paling sedap dengan pelbagai masakan kampung di area umah saya ialah Restoran Rose Sari, terletak di Suadamai Bdr Tun Hussin Onn. memang sedap dan terbaik utk lunch, sbb banyaakkk pilihan lauk pauk yg ada. dari gulai kawah, masak lemak cili api yg pelbagai (paling koman ada 5-6 jenis masak lemak), ulam-ulaman, ayam kampung goreng, ikan bakar hingga lah ke pelbagai jenis pengat (ada dekat 5-6 jenis pengat)
masak lemak siput sedut, pucuk ubi, ketam, ikan sembilang, rebung, nangka dll. sedap giler!
lauk pauk lain pon banyak. ada dekat 30 jenis kot? atau lebih! kalau g sini, mmg akan duk pusing2 lama tatau nak amik lauk mana satu! hehehe
biasanya ni lauk febret kitorg. ikan bakar, lala masak pedas dgn nasik campur. heaven.
puashati sebab dapat makan masak lemak pucuk paku + gulai nangka. almaklumler nak masak sendiri tak pandai dan malas! hahaha lala dia pun sedap! ikan bakar not bad, banyak choice, biasanya ada ikan keli, tilapia, terubuk dan pari. paling suka amik ikan keli bakar. dia punya air asam ok lar, tp lagi suka cicah sambal ikan bakar tu. lagi kick!
pricewise, not bad. cuma kitorg lagi suka kalau makan kat sana terus je. bukan apa, kalau lauk pauk utk 2 org makan mcm kat atas tu dgn air teh o ais 2 gelas hanyalah dlm RM21. kira murah la kan.. tp kalau bungkus/tapau, jaaaauuuhhh lagi mahal! just imagine hubby pernah kena RM19 utk satu polisterin nasik jer! bukannya amik lauk mahal pun, just ayam seketul dgn seekor ikan keli bakar jer!! rasanya mebi sbb org yg kira kat kaunter charge dgn harga yg lebih mahal compared to org yg kira kat meja makan. thats why kitorg suka lepak2 makan kat restoran je, eventho jarak rumah ke restoran ni less than 3km! tak kisahla org ckp bini pemalas nk basuh pinggan ke hape, yg penting, jimat beb!! hahaha :p
THE VERDICT:
Food: delicious kampung food.
Cleanliness: Clean, restraurant is air conditioned.
Value for money: Yes (if dine-in), No (for takeaways).
Return again: Definitely.
p.s: my next entry will be in the new year! haha